omniture

CGTN: Peng Liyuan galakkan pertukaran budaya antara China dan Ecuador

CGTN
2022-02-07 21:35 138

BEIJING7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, bertemu Maria de Lourdes Alcivar, wanita pertama Ecuador pada hari Sabtu di Dewan Besar Rakyat di Beijing. Perbualan mereka berkisarkan usaha memerangi pandemik COVID-19 serta pertukaran budaya antara kedua-dua negara ini.

Di dalam kamar yang dihiasi dengan bunga peony China dan bunga ros Ecuador, Peng menyambut mesra Alcivar yang mengiringi Presiden Ecuador Guillermo Lasso ke upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada hari Jumaat.

Memuji usaha Beijing yang menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk walaupun dengan impak COVID-19, Alcivar melahirkan penghargaan atas bantuan China kepada Ecuador dalam memerangi pandemik dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua negara dalam Sukan ini.

Apabila mengetahui bahawa Alcivar berminat dengan budaya tradisional Cina, Peng mengatur pertunjukan Opera Peking dan memperkenalkan sejarah yang panjang serta ciri-ciri artistik Opera Peking kepada beliau. Mereka menikmati petikan daripada "Sell Water" dan "Drunken Concubine" bersama-sama.

Alcivar memuji persembahan cemerlang para artis dan berkata beliau berharap dapat mempelajari lebih lanjut mengenai budaya tradisional Cina pada masa akan datang.

Peng berkata usaha bersama dapat dilakukan untuk mempererat pertukaran budaya serta individu-kepada-individu dan kerjasama antara China dan Ecuador untuk meningkatkan persefahaman bersama.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-06/Peng-Liyuan-encourages-cultural-exchanges-between-China-and-Ecuador--17qlq5EaEAo/index.html 

Peng Liyuan galakkan pertukaran budaya antara China dan Ecuador
Peng Liyuan galakkan pertukaran budaya antara China dan Ecuador

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports