omniture

Maklumat Dalaman Produk Baharu Mouser Electronics: Hampir 70,000 Alat Ganti Baharu Dilancarkan pada 2021

Mouser Electronics
2022-02-08 15:49 136

Pengedar Global Terajui Pengenalan Produk Baharu 

SHANGHAI, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai pengedar berdaftar, Mouser Electronics, Inc. memberi tumpuan kepada pengenalan produk dan teknologi baharu yang pantas, memberi kelebihan kepada pelanggan dan membantu mempercepatkan tempoh dibawa ke pasaran. Lebih 1,200 jenama pengeluar semikonduktor dan komponen elektronik bergantung kepada Mouser untuk membantu mereka memperkenalkan produk mereka ke dalam pasaran global. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap pengeluar.

Maklumat Dalaman Produk Baharu Mouser Electronics: Hampir 70,000 Alat Ganti Baharu Dilancarkan pada Tahun 2021
Maklumat Dalaman Produk Baharu Mouser Electronics: Hampir 70,000 Alat Ganti Baharu Dilancarkan pada Tahun 2021

Pada tahun 2021, Mouser melancarkan lebih daripada 69,568 produk yang sedia untuk dihantar.

Antara 6,208 produk yang diperkenalkan oleh Mouser dari Oktober hingga Disember 2021 termasuk:

Untuk melihat lebih lanjut mengenai sorotan Maklumat Dalaman Produk Baharu, sila ke https://www.mouser.com/newproductinsider.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Commerce Semiconductors New products/services Survey, Polls & Research