omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Wangcheng, Changsha, Tengah China kaut 18 projek utama dengan pelaburan sebanyak 43.3 bilion yuan dalam pameran promosi

Xinhua Silk Road
2022-02-14 08:56 120

BEIJING14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan promosi untuk persekitaran pelaburan Daerah Wangcheng, Changsha, Wilayah Hunan, tengah China telahpun diadakan pada hari Khamis apabila 18 projek promosi pelaburan utama ditandatangani dengan jumlah pelaburan mencecah 43.3 bilion yuan (kira-kira 6.81 bilion dolar A.S.).

Foto disediakan oleh Changsha Wangcheng Converged Media Center menunjukkan persidangan promosi persekitaran pelaburan dan majlis menandatangani projek-projek utama diadakan pada hari Khamis di Daerah Wangcheng, Changsha, Wilayah Hunan, tengah China.
Foto disediakan oleh Changsha Wangcheng Converged Media Center menunjukkan persidangan promosi persekitaran pelaburan dan majlis menandatangani projek-projek utama diadakan pada hari Khamis di Daerah Wangcheng, Changsha, Wilayah Hunan, tengah China.

Projek-projek yang baru ditandatangani termasuk empat projek yang dilaburkan oleh perusahaan pusat, satu projek dengan pelaburan melebihi sepuluh bilion yuan dan dua projek melebihi lima bilion yuan. Projek-projek berkenaan meliputi pelbagai bidang iaitu ekonomi ibu pejabat, pelancongan budaya, kompleks komersial dan pembuatan pintar, melibatkan empat projek yang disenaraikan antara 500 teratas di dunia dan tiga antara 500 teratas di China.

Menarik minat hampir 200 wakil perusahaan merentas sektor-sektor yang berbeza, acara tersebut mendemonstrasikan persekitaran pelaburan Wangcheng dengan memperkenalkan warisan budayanya, persekitaran ekologi, lokasi pengangkutan, pembangunan industri, persekitaran perniagaan dan sebagainya.

Memanfaatkan kelebihan lokasinya sepanjang Sungai Xiangjiang, Wangcheng menyusun rancangan pembangunan untuk membentuk lapan zon perindustrian dan komersial utama dengan jumlah kawasan seluas 185 kilometer persegi sepanjang tepi sungai tersebut. Membawakan fungsi-fungsi dan tema-tema berbeza termasuk persekitaran ekologi pintar, perniagaan dan ekonomi inovatif, pelancongan budaya dan sebagainya, lapan zon ini harus membangun menjadi tempat-tempat menguntungkan yang komprehensif untuk menarik pelabur dan bakat dari seluruh dunia.

Ia merupakan satu langkah penting untuk bandar Changsha menyokong pembangunan ekonomi tepi sungai Daerah Wangcheng, kata Zhang Min, ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Changsha dan setiausaha suruhanjaya hal ehwal politik dan undang-undang bagi jawatankuasa Parti perbandaran.

Daerah Wangcheng bermatlamat untuk menyediakan persekitaran pelaburan dengan perspektif global, piawaian antarabangsa dan ciri-ciri tempatan, dibawakan oleh suasana yang inklusif dan sokongan perkhidmatan yang berkesan, kata Zhang Zuolin, setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Wangcheng mengenai persidangan tersebut.

Platform dalam talian bagi maklumat pelaburan Wangcheng turut dilancarkan di acara tersebut. Menyepadukan fungsi-fungsi promosi pelaburan, rundingan projek dan pengurusan projek, platform berkenaan akan berperanan sebagai alat yang penting untuk daerah tersebut merealisasikan promosi pelaburan digital yang lebih tepat, berkesan dan lancar.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/326390.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel Trade show news