omniture

Atlas Renewable Energy Memperoleh Pembiayaan melalui BNB untuk Pembinaan Loji Solar Lar do Sol - Casablanca II di Brazil

Atlas Renewable Energy
2022-02-18 18:34 240

Pinjaman untuk pembinaan loji fotovolta swapengeluaran ini diperoleh melalui Dana Pembiayaan Berperlembagaan Northeastern Bank di Timur Laut Brazil 

SAO PAULO, Brazil, 18 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Atlas Renewable Energy, sebuah syarikat penjana tenaga boleh baharu global, telah memperoleh pinjaman sebanyak BRL407 juta (kira-kira USD76 juta) daripada Dana Pembiayaan Berperlembagaan Northeastern Bank di Timur Laut Brazil untuk pembinaan loji solar Lar do Sol – Casablanca II, yang bakal terletak di Pirapora, negeri Minas Gerais, Brazil. Loji swapengeluaran ini akan membantu mendayakan Unipar bagi menghasilkan klorin rawatan air untuk lebih 60 juta orang.

 

An Atlas solar power plant in Latin America. The company has over 2GW of contracted projects.
An Atlas solar power plant in Latin America. The company has over 2GW of contracted projects.

 

Atlas Renewable Energy akan menjadi pelabur serta pengendali utama dan akan bekerjasama dengan Unipar yang akan turut sama melabur.

"Projek seperti ini merupakan contoh hubungan jangka panjang yang hebat antara penjana tenaga boleh baharu, pembiaya dan pelanggan," kata Luis Pita, Pengurus Besar Atlas Renewable Energy Brazil. "Kami amat berbangga kerana Unipar dan BNB mengiktiraf keupayaan dan rekod prestasi Atlas dalam industri ini dengan memilih kami sebagai rakan kongsi mereka bagi membina dan mengendalikan projek tenaga boleh baharu berskala besar serta melaksanakan program sosial dan alam sekitar untuk manfaat komuniti yang berada di sekitar projek ini."

"Pembiayaan untuk projek tenaga boleh baharu ini menyerlah dalam kalangan dasar sokongan Banco do Nordeste do Brasil SA. Institusi ini merupakan bank pembangunan serantau terbesar di Amerika Latin dan lebih menyerlah daripada yang lain kerana misi pembangunannya yang memberi tumpuan kepada penciptaan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan dalam kawasan ia beroperasi," kata Superintenden Banco do Nordeste de Brasil, Diego Rocha Batista. "Selain daripada memiliki syarat-syarat yang mencukupi untuk sektor ini, program kredit ini juga merupakan sebahagian daripada tindakan kelestarian alam sekitar oleh bank tersebut. Pembiayaan lain yang disempurnakan dengan Atlas Renewable Energy di Brazil mengukuhkan komitmen terhadap sektor ini dan mengiktiraf kumpulan keusahawanan tersebut sebagai rakan kongsi yang cemerlang di rantau ini."

Loji Solar Lar do Sol – Casablanca II, yang akan meliputi kawasan seluas kira-kira 700 hektar, akan mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 239MWp berserta 460,000 panel solar. Penjanaan tenaga tahunan loji ini akan menyamai pembekalan tenaga kepada kira-kira 261,662 isi rumah, menurut purata penggunaan tenaga bagi sebuah keluarga di Brazil. Tambahan pula, loji ini akan mengelakkan kira-kira 40,500 tan metrik pelepasan CO2 setiap tahun, yang menyamai penghapusan 16,200 buah kenderaan dari jalan-jalan di Sao Paulo Brazil.

Selain daripada mendayakan pengeluaran klorin dan klorida Unipar, loji ini dijangka akan mengambil kira-kira 1,200 orang pekerja tempatan semasa kemuncak aktiviti pembinaannya dan akan turut melaksanakan program tenaga kerja wanita Atlas berdasarkan prinsip "Kita semua adalah sebahagian daripada tenaga yang sama". Dengan itu, Lar do Sol – Casablanca II akan mematuhi sekurang-kurangnya 5 Matlamat Pembangunan Lestari PBB (#5: Kesaksamaan Jantina, #6: Air Bersih dan Sanitasi, #8: Kerja Baik dan Pertumbuhan Ekonomi, #10 Ketaksamaan Berkurang dan #12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).

Tentang Atlas Renewable Energy 

Atlas Renewable Energy ialah sebuah syarikat penjanaan tenaga boleh baharu yang membangunkan, membina dan mengendalikan projek tenaga boleh baharu secara kontrak jangka panjang di seluruh Amerika. Portfolio syarikat pada masa ini ialah projek berkontrak dengan kapasiti 2.3GW di peringkat pembangunan, pembinaan atau operasi dan berhasrat untuk berkembang dengan tambahan kapasiti sebanyak 4GW pada tahun-tahun akan datang.

Dilancarkan pada tahun 2017, Atlas Renewable Energy mempunyai pasukan berpengalaman dengan rekod prestasi paling lama dalam industri tenaga solar di Amerika Latin. Syarikat ini diiktiraf atas piawaiannya yang tinggi dalam projek pembangunan, pembinaan dan operasi berskala besar.

Atlas Renewable Energy merupakan sebahagian daripada Energy Fund IV yang diasaskan oleh Actis, pelabur ekuiti swasta terkemuka dalam sektor tenaga. Pertumbuhan Atlas Renewable Energy memberi tumpuan kepada pasaran dan ekonomi baru muncul yang terkemuka, menggunakan pembangunan, pengkomersialan dan kemahiran penstrukturannya yang terbukti untuk mempercepat transformasi ke arah tenaga bersih. Dengan penglibatan yang aktif bersama komuniti dan pihak berkepentingan yang menjadi keutamaan dalam strategi projeknya, syarikat ini berusaha setiap hari untuk menyampaikan masa depan yang lebih bersih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Atlas Renewable Energy, sila layari: www.atlasrenewableenergy.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1749296/Atlas_Renewable_Energy.jpg?p=medium600

 

 

Source: Atlas Renewable Energy
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Financing agreements