omniture

Fusion Worldwide memperoleh pusat ujian komponen elektronik di Singapura

Fusion WorldWide
2022-02-21 20:54 43

BOSTON, 21 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Fusion Worldwide telah memperoleh Prosemi Mfg Pte Ltd, sebuah pusat ujian komponen elektronik yang berskala besar di Singapura. Dengan rantaian bekalan yang mengalami sejarah kekangan dan membawa kepada waktu pusing ganti yang panjang, pemerolehan ini akan meningkatkan lagi misi Fusion Worldwide untuk menyediakan penyumberan dan memenuhi keperluan pelanggan bertaraf dunia, sambil memperkukuh keupayaannya untuk mengekalkan tahap piawaian kualiti yang paling tinggi.

"Kerjasama antara Fusion Worldwide dengan Prosemi menandakan detik yang bersejarah bagi syarikat kami. Kualiti sentiasa menjadi keutamaan perniagaan kami dan pemerolehan ini menunjukkan dedikasi kami yang berterusan terhadap kecemerlangan. Kami berharap dapat memberikan waktu pusing ganti yang sesingkat mungkin kepada para pelanggan kami secara konsisten semasa mengemudi pasaran yang berubah-ubah ini," kata Tobey Gonnerman, Presiden Fusion Worldwide.

Sepanjang sejarahnya selama 22 tahun, Prosemi merupakan sumber yang dipercayai oleh beberapa syarikat CEM dan OEM terbesar di dunia untuk ujian komponen elektronik. Piawaian kualiti Fusion Worldwide yang terkenal di seluruh dunia akan diperkukuhkan oleh peralatan, proses dan kepakaran Prosemi yang canggih.

"Prosemi kekal dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan ujian dan pembuatan terbaik di luar jangkaan," kata K.H. Siau, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Prosemi. "Kerjasama baharu kami dengan Fusion Worldwide akan membantu kami untuk terus menyampaikan sumber berkualiti tinggi dalam industri pemasangan semikonduktor, elektronik serta papan litar bercetak (PCBA)."

Sejak ditubuhkan pada tahun 2001, Fusion Worldwide berpegang teguh kepada janjinya untuk memberikan kualiti terbaik. Gabungan kepakaran dalam industri antara Fusion Worldwide dan Prosemi selama 40 tahun menggambarkan kebolehpercayaan dan dedikasi terhadap kecemerlangan kualiti yang berterusan pada masa hadapan. Pengembangan rangkaian perkhidmatan Fusion Worldwide ini memperkukuhkan lagi matlamatnya untuk menyediakan penyelesaian penyumberan strategik yang terbaik dan lancar sebagai tindak balas terhadap kejutan rantaian bekalan yang sukar dielakkan.

Tentang Fusion Worldwide 

Fusion Worldwide ialah pengedar penyumberan pasaran terbuka dunia yang ulung bagi produk elektronik. Syarikat ini menghasilkan nilai kepada para pelanggan melalui penyumberan, pengurusan inventori dan risikan pasaran. Dengan ibu pejabat yang terletak di Boston, Massachusetts, pengedar ini juga mempunyai pejabat di 22 buah lokasi di empat benua. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari fusionww.com, atau ikuti Fusion Worldwide di LinkedIn, Facebook, Instagram dan Twitter.

Tentang Prosemi Mfg Pte Ltd 

Prosemi yang terletak di Singapura, menyediakan perkhidmatan pembuatan dan projek siap guna kepada industri semikonduktor, pengurusan pengalaman pelanggan (CEM) dan pengeluar barangan elektronik. Syarikat ini mengedarkan komponen elektronik berkualiti tinggi yang telah diuji dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam memenuhi keperluan dan harapan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari prosemitesting.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1750093/Fusion_WorldWide_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Fusion WorldWide
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Acquisitions, mergers, takeovers