omniture

CGTN: Beijing 2022 labuh tirai, serahkan Sukan Olimpik Musim Sejuk kepada Milano-Cortina 2026

CGTN
2022-02-24 06:21 237

BEIJING, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 melabuhkan tirainya di Stadium Nasional di Beijing pada malam Ahad selepas lebih dua minggu pertandingan dalam 109 acara daripada 15 disiplin yang mencakupi tujuh sukan di tiga zon pertandingan iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP
Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP

Presiden Cina Xi Jinping menghadiri upacara tersebut bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.

China, sebagai tuan rumah, memenangi 15 pingat mencatat rekod secara keseluruhan termasuk sembilan pingat emas. Ia tersenarai di tempat ketiga dalam jadual pingat, di belakang Norway yang mencipta rekod sepanjang zaman dengan memperoleh 16 pingat emas manakala Jerman yang mendominasi pertandingan luncur (sliding) memperoleh 12 pingat emas.

Para atlet menghadiri upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP
Para atlet menghadiri upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP

Sejumlah 2,871 atlet mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan lebih 2,000 daripada mereka menghadiri upacara penutupan. Ketua pengarah upacara tersebut, Zhang Yimou menggelar acara penutupan berkenaan sebagai "parti besar" untuk para atlet.

"Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang benar-benar luar biasa ini merupakan permulaan kepada era baharu untuk sukan musim sejuk global," kata Bach dalam ucapan beliau.

Sememangnya, para atlet tidak akan mampu mencapai prestasi luar biasa mereka tanpa sokongan dan bantuan daripada pihak jawatankuasa penganjur. Kira-kira 27,000 sukarelawan telah direkrut untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Mereka sentiasa berada di sisi dan bersedia membantu setiap peserta dalam Sukan tersebut. Ramai delegasi memberi pujian tinggi perkhidmatan daripada para sukarelawan.

"Mereka telah mempamerkan Semangat Olimpik. Mereka turut menjadi duta untuk persahabatan, persefahaman dan keamanan," kata Bach dalam temu bual sebelum ini bersama China Media Group.

Beppe Sala (tengah), datuk bandar Milan, dan Gianpietro Gedina (kanan), datuk bandar Cortina d'Ampezzo, memegang bendera Olimpik di upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP

Sebagai sebahagian daripada tradisinya, bendera Olimpik diturunkan di tengah-tengah upacara penutupan dan kemudian diserahkan oleh Chen Jining, datuk bandar Beijing, kepada Bach yang menyerahkan bendera tersebut kepada rakan-rakan sejawat Chen masing-masing di bandar-bandar Itali Milan dan Cortina d'Ampezzo, Beppe Sala serta Gianpietro Gedina, yang akan bersama-sama menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk seterusnya yang digelar sebagai Milano-Cortina 2026.

Kedua-dua wakil daripada negara tuan rumah turut membuat pembentangan pengenalan selama lapan minit untuk mengalu-alukan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026.

Bach mengisytiharkan tirai dilabuhkan untuk Beijing 2022 pada akhir ucapan beliau.

Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP
Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Kebangsaan di Beijing, 22 Februari 2022. /CFP

Ketika upacara tersebut hampir melabuhkan tirainya, emping salji yang sangat besar, yang turut membawa nyalaan api Sukan Olimpik Musim Sejuk, diturunkan dan akhirnya padam, menandakan berakhirnya tempoh Sukan Beijing 2022 serta permulaan kira detik empat tahun untuk Milano-Cortina 2026.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-20/Beijing-2022-Winter-Olympics-closing-ceremony-begins-17Ok5LgyH04/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Public Interest