omniture

Indeks Keganasan Global 2022: Afrika Sub-Sahara muncul sebagai pusat keganasan global, manakala kadar kematian global menurun

The Institute of Economics and Peace
2022-03-02 13:00 25

LONDON, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ --

  • Walaupun serangan keganasan global meningkat kepada 5,226 pada tahun 2021, bilangan kematian menunjukkan sedikit penurunan dengan kadar 1.2%.
  • Konflik di Ukraine berkemungkinan mendorong peningkatan keganasan tradisional dan siber, memburukkan semula penambahbaikan yang dicapai di rantau ini sebelum ini.
  • Keganasan di Barat menurun secara ketara, dengan kadar serangan yang menurun sebanyak 68%. AS mencatatkan skor terendah sejak tahun 2012.
  • Afrika Sub-Sahara menyumbang sebanyak 48% daripada kematian global akibat keganasan.
  • Sahel merupakan markas kumpulan pengganas yang paling cepat berkembang dan berbahaya di dunia.
  • Myanmar mengalami peningkatan keganasan tertinggi dengan kematian yang meningkat sebanyak 20 kali ganda, kepada 521 kematian pada tahun 2021.
  • Islamic State (IS) menggantikan Taliban sebagai kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia pada tahun 2021 dengan 15 kematian bagi setiap serangan di Niger.
  • Keganasan kini menjadi lebih tertumpu, 119 buah negara tidak merekodkan sebarang kematian dan ini merupakan hasil terbaik sejak tahun 2007.
  • Di Barat, serangan berunsur politik mengatasi serangan keagamaan dengan kadar penurunan sebanyak 82%. Terdapat serangan berunsur politik yang lima kali ganda lebih banyak daripada serangan keagamaan.
  • Pengganas kini menggunakan lebih banyak teknologi canggih termasuk dron, sistem GPS dan perkhidmatan pesanan sulit.

Indeks Keganasan Global (GTI) 2022 mendedahkan bahawa walaupun terdapat peningkatan dari segi serangan, kesan keganasan semakin terus berkurangan. Pada tahun 2021, kadar kematian akibat keganasan menurun sebanyak 1.2% kepada 7,142 kematian walaupun serangan meningkat sebanyak 17%, menunjukkan bahawa keganasan semakin kurang menyebabkan kematian. Dua pertiga daripada negara-negara di dunia tidak mencatatkan sebarang serangan atau kematian akibat keganasan – hasil terbaik sejak tahun 2007 – manakala 86 buah negara mencatatkan peningkatan dalam skor GTI mereka. Bilangan kematian adalah lebih kurang sama dengan empat tahun yang lalu.

Indeks ini menyorot bahawa keganasan tetap menjadi ancaman yang serius dengan Afrika Sub-Sahara menyumbang sebanyak 48% daripada jumlah kematian global akibat keganasan. Empat daripada sepuluh buah negara yang mengalami peningkatan kematian akibat keganasan juga berada di Afrika Sub-Sahara: Niger, Mali, DRC dan Burkina Faso.

Berikutan kekalahan pihak tentera di Syria dan Iraq, IS telah mengalihkan perhatiannya kepada Sahel, dengan kematian akibat keganasan yang meningkat sepuluh kali ganda di rantau ini sejak tahun 2007. Sahel telah menjadi pusat gerakan keganasan baharu. Keganasan di rantau ini berpunca daripada pertumbuhan penduduk yang tinggi, kekurangan bekalan air dan makanan yang mencukupi, perubahan iklim dan pentadbiran kerajaan yang lemah. Kerumitan ini ditambah lagi dengan pelbagai organisasi penjenayah yang mendakwa bahawa mereka mewakili pemberontak Islam.

Indeks Keganasan Global tahunan yang kini berada pada tahun kesembilannya dimulakan oleh kumpulan pemikir antarabangsa terkemuka iaitu Institute of Economics and Peace (IEP) dan organisasi ini juga menyediakan sumber paling komprehensif tentang trend keganasan global. GTI menggunakan beberapa faktor untuk mengira skor ini termasuk bilangan kejadian, kematian, kecederaan dan tebusan, dan kemudian menggabungkannya dengan konflik dan data sosioekonomi untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang keganasan.

Indeks tersebut menunjukkan bahawa keganasan kini menjadi kian tertumpu dengan hanya melibatkan negara-negara yang telah pun mengalami konflik kekejaman. Zon yang mengalami konflik menyumbang sebanyak 97% daripada jumlah bilangan kematian. Sepuluh buah negara yang paling terjejas oleh keganasan semuanya berada di dalam zon konflik ini. Hanya 44 buah negara merekodkan kematian akibat keganasan pada tahun 2021 berbanding 55 buah negara pada tahun 2015.

Peningkatan keganasan terbesar adalah di Myanmar dengan bilangan kematian yang meningkat sebanyak 23 kali ganda dari 24 hingga 521 kematian, diikuti oleh Niger dengan bilangan kematian yang meningkat dua kali ganda daripada 257 pada tahun 2020 kepada 588 pada tahun 2021. Mozambique mengalami kadar pengurangan kematian akibat keganasan yang tertinggi, daripada 82% kepada 93%. Kejayaan ini kebanyakannya didorong oleh operasi antipemberontakan terhadap IS oleh pasukan ketenteraan Mozambique, dengan sokongan Rwanda dan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan. 

Dari sisi yang positif, gerakan antipemberontakan telah mengurangkan aktiviti Boko Haram secara ketara, organisasi tersebut mencatat hanya 64 serangan pada tahun 2021. Kadar kematian menurun sebanyak 92% daripada 2,131 pada tahun 2015 kepada 178 pada tahun 2021. Kemerosotan Boko Haram ini menyumbang kepada penurunan rekod kematian akibat keganasan kedua tertinggi di Nigeria pada tahun 2021, dengan kadar kematian yang berkurangan sebanyak 47% kepada 448 kematian.

Ukraine berpotensi menyaksikan keganasan yang meningkat. Dalam krisis yang berlaku pada tahun 2014, negara tersebut merekodkan 69 serangan pengganas. Ini menyebabkan kebimbangan yang serius tentang kesan buruk keganasan siber terhadap negara-negara lain. Selain serangan siber ke atas Ukraine, Rusia turut dikaitkan dengan serangan ke atas banyak negara lain. Ada kemungkinan ancaman keganasan siber akan terus meningkat di seluruh dunia berikutan konflik di Ukraine yang semakin meningkat.

Konflik di Ukraine cenderung untuk beralih dari Rusia dan Eurasia dengan rekod penambahbaikan tertinggi pada GTI pada tahun 2021, diikuti dengan Amerika Utara. Rantau MENA telah bertambah baik dengan ketara, naik dua kedudukan ke atas, daripada kategori rantau paling bergolak pada tahun 2018. Untuk tahun kedua berturut-turut, Asia Selatan merupakan rantau yang paling terjejas oleh keganasan, manakala Amerika Tengah dan rantau Caribbean mencatatkan kesan kejejasan terendah.

Steve Killelea, Pengasas & Pengerusi Eksekutif IEP: "Keganasan kini lebih tertumpu kepada zon konflik, ditambah pula dengan pentadbiran kerajaan yang lemah dan ketidakstabilan politik, manakala di Eropah dan AS, keganasan berunsur politik telah mengatasi serangan yang bersifat keagamaan. Walaupun konflik di Ukraine kini mendominasi perhatian di seluruh dunia, adalah penting untuk diingat bahawa perjuangan memerangi keganasan di seluruh dunia tidak dipinggirkan. Aktiviti keganasan di Sahel meningkat dengan ketara dan faktor ini didorong oleh militia Islam."

"Penurunan kadar keganasan di Barat berbetulan dengan penularan pandemik COVID-19. Sekatan terhadap kebebasan pergerakan, perjalanan dan ancaman kesihatan peribadi yang mendesak mungkin menjadi sebab kepada penurunan ini. Apabila langkah-langkah kecemasan ini dihentikan, terdapat kemungkinan akan berlakunya peningkatan dalam aktiviti keganasan."

Apabila teknologi mengalami kemajuan, penggunaannya juga akan ditingkatkan oleh kumpulan pengganas. Ini termasuk peluru berpandu dan dron yang memperluas jangkauan serangan dan mengurangkan kecederaan serangan tersebut. Telefon pintar mampu milik, media sosial dan penyulitan adalah teknologi lain yang turut memperluas rangkaian mereka, memudahkan penyebaran propaganda dan perekrutan anggota.

Laporan tersebut mengenal pasti IS dan sekutunya sebagai kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia pada tahun 2021, walaupun kematian yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut menurun sedikit daripada 2,100 kepada 2,066 kematian. Serangan paling buruk berlaku pada tahun 2021 apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dua butir bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul Afghanistan yang mengakibatkan 170 kematian dan lebih 200 orang mangsa yang tercedera.

Jamaat Nusrat Al-Islam wal Muslimeen yang beroperasi di Sahel merupakan organisasi pengganas yang paling cepat berkembang di dunia dan bertanggungjawab ke atas 351 kematian pada tahun 2021 dengan kadar peningkatan sebanyak 69%. Kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia ialah Islamic State dari Afrika Barat, dengan purata 15 kematian setiap kali berlakunya serangan di Niger.

Serangan di Barat telah menurun dengan ketara, berkurang sebanyak 68% pada tahun 2021, daripada serangan yang memuncak pada tahun 2018. Secara keseluruhan, terdapat 113 serangan di Eropah pada tahun 2021 dan tujuh serangan di AS. AS merekodkan penambahbaikan yang signifikan dari segi impak keganasan dengan catatan skor GTI terendah sejak tahun 2012. Terdapat tiga serangan oleh puak pelampau Islam di Eropah dengan jumlah yang paling rendah sejak tahun 2014.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, terdapat perubahan yang ketara dari segi pemula keganasan di Barat. Tindakan keganasan berunsur agama menurun sebanyak 82% pada tahun 2021 dan keganasan berunsur politik telah mengatasi kadar ini yang kini menyumbang kepada lima kali ganda serangan. Kebanyakan serangan yang didorong oleh ideologi kiri atau kanan ini berpunca daripada individu atau kumpulan yang tidak mempunyai kaitan rasmi dengan organisasi yang diiktiraf. Sasaran serangan ini kebanyakannya sama sahaja, biasanya organisasi kerajaan atau tokoh politik dengan motivasi yang serupa. Kedua-dua kohort ini menjadi radikal secara dalam talian dan menentang sistem sedia ada yang menjadi lawannya.

Jumlah serangan di UK berkurangan sebanyak separuh pada tahun 2021 kepada 12 serangan, bilangan terendah sejak tahun 2008 dengan hanya satu serangan yang berunsur keagamaan. AS merekodkan tujuh serangan, dengan lima serangan berunsur politik manakala dua lagi serangan tidak dapat dikategorikan. Perancis mencatatkan tujuh serangan dengan kadar pengurangan sebanyak 72% daripada 25 serangan yang direkodkan pada tahun 2020.

Keadaan yang banyak dikaitkan dengan keganasan adalah berbeza-beza bergantung pada faktor sosial dan ekonomi sesebuah negara. Terdapat kaitan yang jelas antara keganasan berunsur politik dengan kurangnya penerimaan hak asasi manusia di kebanyakan negara ini. Untuk negara OECD, terdapat kaitan yang kuat antara peningkatan keganasan dan ketidakadilan sosial, serta akses yang lebih mudah kepada senjata dan elemen ketenteraan yang lebih tinggi. Bagi negara lain, institusi yang lemah, perasaan tidak puas hati kumpulan dan keganasan berunsur politik adalah faktor penting dalam mendorong keganasan.

Laporan penuh dan peta interaktif GTI 2022 tersedia di: visionofhumanity.org    
Ikuti: @GlobPeaceIndex
Suka: facebook.com/globalpeaceindex

Sila hubungi:
Pejabat akhbar Indeks Keganasan Global di H+K Strategies: gti2021@hkstrategies.com

Indeks Keganasan Global (GTI)
GTI yang dihasilkan oleh Institute for Economics & Peace menyediakan ringkasan komprehensif tentang trend dan corak keganasan global utama sejak 14 tahun yang lalu. Laporan tersebut menilai kedudukan 163 buah negara (99.7 peratus daripada populasi dunia) mengikut kesan keganasan. Penunjuknya merangkumi bilangan insiden keganasan, kematian, kecederaan dan tebusan.

Laporan GTI dihasilkan menggunakan data daripada Terrorism Tracker (Pengesan Keganasan) serta sumber-sumber lain. Terrorism Tracker memberikan rekod peristiwa tentang serangan pengganas sejak 1 Januari 2007. Set data ini mengandungi lebih 600,500 insiden keganasan untuk tahun 2007 hingga 2021.

Institute for Economics & Peace
Institute for Economics & Peace (IEP) ialah syarikat pemikir terkemuka di dunia yang dikhususkan untuk membangunkan metrik dalam menganalisis keamanan dan mengukur nilai ekonominya. IEP membangunkan indeks global dan nasional, termasuk Indeks Keamanan Global tahunan, mengira kos ekonomi akibat kekejaman dan memahami Keamanan Positif iaitu sikap, institusi dan struktur yang mewujudkan dan mengekalkan masyarakat yang aman damai.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/792052/IEP_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: The Institute of Economics and Peace
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Publishing/Information Service Social Media Telecommunications Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research