omniture

ZTE Lancar Siri Hero Blade V40 Baharu Bawakan Empat Model Baharu

ZTE Corporation
2022-03-03 02:13 179

SHENZHEN, China,, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, melancarkan siri ZTE Blade V40 baharu di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC 2022) pada 28 Februari 2022, waktu tempatan di Barcelona. Siri hero baharu yang menarik ini termasuk ZTE Blade V40 5G, ZTE Blade V40 Pro, ZTE Blade V40, dan ZTE Blade V40 Vita. Dengan konfigurasi terpelbagai dan prestasi yang amat kukuh, empat model yang luar biasa ini sepatutnya menarik perhatian ramai.

ZTE Blade V40 Series
ZTE Blade V40 Series

ZTE Blade V40 5G, Dilengkapi dengan Antena Super 5G 3.0 Pastinya Lebih Pantas, Lebih Stabil dan Lebih Pintar

Internet mudah alih dalam era 5G melangkah secara rasmi ke pentas lebar jalur tinggi dan kependaman rendah manakala gaya hidup senario penuh pintar menyeru telefon pintar yang berkebolehan. Justeru itu, pengguna memerlukan isyarat berkelajuan tinggi dan stabil untuk meningkatkan pengalaman dalam talian mereka dan menikmati senario pintar dalam era 5G yang baharu ini. Semasa MWC 2022, ZTE melancarkan ZTE Blade V40 5G dengan prestasi 5G yang cemerlang.

Prestasi komunikasi ZTE sentiasa dipercayai. ZTE Blade V40 5G ini dikuasakan oleh pemproses 5G okta-teras 7nm dan antena super 5G yang diaplikasikan dengan sistem antena bersepadu 360° serta teknologi Isyarat Rujukan Pemeruman (Sounding Reference Signal) dan menikmati prestasi dipercepat dengan tiga rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi. Dengan cara ini, model ini akan menyediakan kelajuan pemuatan yang lebih pantas, rangkaian lebih stabil dan pengalaman yang lebih pintar.

ZTE Blade V40 Pro, Dilengkapi dengan Pengecasan Pantas 65W dan Badan Nipis 8.3mm, Mengimbangi Prestasi dan Penampilan dengan Sempurna

Ketika ini, kelajuan rangkaian yang pantas, pengecasan pantas dan penampilan cemerlang kesemuanya diperlukan untuk sebuah telefon pintar. ZTE Blade V40 Pro, dengan ciri pengecasan cepat dan rupa yang menarik, memenuhi keperluan ini dengan tepat. Dilengkapi dengan pengecasan amat pantas 65W, bateri berkapasiti tinggi 5100mAh, teknologi penjimatan kuasa pintar ZTE, ZTE Blade V40 Pro membawakan ciri siap sedia yang amat lama, lalu menjadikannya kegemaran pengguna.

Tidak syak lagi, ZTE Blade V40 Pro kelihatan jauh lebih bagus. Badan berukuran 8.3mm dengan reka bentuk diperkemas menjadikan seluruh badan kelihatan nipis dan semula jadi. Skrin AMOLED 6.67-inci dengan kedalaman warna 8-bit meliputi gamut warna luas DCI-P3 kecerahan penuh yang menjadikan warna-warna paparan lebih cantik dan lebih diperkaya serta membolehkan peralihan warna yang lebih semula jadi. Kamera ini mewarisi susun atur ringkas dengan reka bentuk cincin berganda. Bagi warna pula, Blade V40 Pro memiliki warna biru-merah-jambu yang mempesonakan yang ditindih dengan tekstur berbintang. Inilah Magic Gradient (Gradien Ajaib). Ia memberikan telefon dengan penampilan yang bergaya dan kelihatan muda.

ZTE Blade V40, Dilengkapi dengan Skrin FHD+ dan Tiga Kamera 48MP, Menawarkan Pengalaman HD yang Baharu

Ketika ini, komunikasi visual adalah sangat popular dan persaingan telefon pintar menumpukan kepada saiz skrin dan konfigurasi kamera. ZTE Blade V40, telefon bimbit FHD+ dengan skrin besar, membawa kejutan yang menggembirakan. Salah satu sorotannya ialah paparan lubang-tebuk FHD + yang popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berukuran 6.67 inci, dengan nisbah skrin-kepada-badan 92.1%, membawakan pengalaman skrin penuh yang imersif.

Konfigurasi kamera model ini mengikuti perkembangan arus perdana semasa. Ia dilengkapi dengan tiga kamera 48MP untuk menukarkan kanta dan set dengan mudah seperti yang diperlukan, selain kanta makro 4cm, kamera kedalaman, tetapan HDR automatik dan fungsi swafoto cantik AI 8MP. Fotografi berkualiti tinggi dapat direalisasikan menggunakan model itu sendiri, tanpa memerlukan sebarang pemprosesan gambar.

ZTE Blade V40 Vita, Dilengkapi dengan Paparan Titisan Air HD+ Positif untuk Impak Visual dan Bateri Berkapasiti Tinggi Menyumbang kepada Hayat Bateri yang Panjang

Satu lagi model dalam siri ZTE Blade V40 ialah ZTE Blade V40 Vita, yang mempunyai skrin amat besar dan hayat bateri yang panjang. Model ini menggunakan paparan titisan air HD+ 6.745-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 91%, menduduki tempat teratas dalam industri ini. Model ini mencapai impak visual dan sentuhan lebih baik dan benar-benar membawakan pengalaman HD dan Hi-Fi.

Untuk hayat bateri, ZTE Blade V40 Vita, dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi 6000mAh maksimum, pengecas pantas 22.5W dan sistem penjimatan kuasa AI, turut menunjukkan prestasi yang baik. Dengan hayat bateri yang panjang, pengecasan pantas dan kurang penggunaan kuasa, model ini sentiasa menyediakan kapasiti perkhidmatan yang amat panjang. Selain itu, memori kilat UFS 2.2 membantu model ini melangkaui prestasi banyak telefon bimbit yang lain.

Inovasi tanpa had menunjukkan hasilnya ke arah mencapai penemuan yang selanjutnya. Mendapat manfaat daripada inovasi teknologi yang hebat, ZTE terus menerajui trend pembangunan industri. Pelancaran terkini siri ZTE Blade V40 akan membawakan pengguna dengan gaya hidup yang lebih pintar dengan 5G, pengalaman yang lebih hebat dengan pengecasan pantas dan penampilan cemerlang, persepsi visual HD yang lebih mengasyikkan dan paparan amat besar yang lebih praktikal selain hayat bateri yang panjang. Dengan konfigurasi terpelbagai dan prestasi yang luar biasa hebat, ia akan dapat memenuhi keperluan berbeza pelbagai pengguna ke tahap maksimum.

Siri ZTE Blade V40 akan dilancarkan secara berturut-turut dan tersedia dalam semua salurah di seluruh dunia termasuk pasaran pembawa, pasaran terbuka, saluran jualan dalam talian dan luar talian dan lain-lain mulai April 2022.

Individu untuk Dihubungi: Margrete Ma
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 HongKong:763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news