omniture

HUAWEI AppTouch Tampil Julung Kali di MWC 2022, Bekerjasama dengan Pembawa Bantu Aplikasi Capai Pengguna Global dengan Lima Kelebihan Penting

Huawei consumer business group
2022-03-03 21:09 107

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI AppTouch diperkenalkan kepada pembangun aplikasi global di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 yang diadakan di Barcelona pada bulan Februari ini. Platform ini membantu pembangun mengedarkan aplikasi dan permainan kepada kumpulan pengguna global dan meningkatkan hasil mereka dengan ketara dengan mengumpul sumber daripada pembawa mudah alih global dan perusahaan automotif. AppTouch bekerjasama dengan lebih 60 pembawa yang menawarkan kemudahan di lebih 40 negara dan wilayah merentas Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Amerika Latin serta rantau Asia Pasifik. Setakat Disember 2021, AppTouch telah membantu pembangun mencapai lebih daripada 400 juta pengguna di serata dunia.

Lima Kelebihan Penting Platform HUAWEI AppTouch

  • Akses satu-titik untuk pengedaran global: Pembangun hanya perlu memuat naik aplikasi mereka di AppGallery Connect untuk mengedarkannya melalui AppGallery dan platform AppTouch.
  • Sokongan untuk pelbagai peranti pintar: Platform pengedaran AppTouch menyokong rangkaian peranti pintar yang luas termasuk peranti yang terlibat dalam telematik, mencakupi beberapa jenama yang berbeza, untuk membantu pembangun mencapai lebih ramai pengguna di seluruh dunia.
  • Saluran promosi diperkaya: HUAWEI AppTouch bekerjasama dengan pembawa tempatan untuk memanfaatkan sumber promosi mereka yang banyak termasuk pra-pemasangan pada telefon berjenama pembawa, promosi kedai, muat turun data percuma dan pemasaran SMS yang hasilnya memastikan aplikasi pembangun tersedia kepada ratusan juta pengguna.
  • Operasi setempat, dengan sasaran pengguna jitu: Huawei telah menubuhkan beberapa pusat operasi serantau di luar tanah besar Cina dan merekrut lebih daripada 2000 kakitangan operasi berpengalaman, lebih daripada separuh daripada mereka merupakan pekerja tempatan dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran tempatan. Mereka ditugaskan untuk membantu pembangun menyetempatkan produk dan operasi mereka.
  • Perkhidmatan penyelesaian sehenti: Platform AppTouch menawarkan perkhidmatan analisis data dan penyelesaian yang komprehensif melalui platform percukaian/kewangan global yang lancar.

HUAWEI AppTouch Tampil Julung Kali di MWC 2022, Bekerjasama dengan Pembawa Bantu Aplikasi Capai Pengguna Global dengan Lima Kelebihan Penting
HUAWEI AppTouch Tampil Julung Kali di MWC 2022, Bekerjasama dengan Pembawa Bantu Aplikasi Capai Pengguna Global dengan Lima Kelebihan Penting

Strategi Operasi Bersama yang Meningkatkan Pengewangan

AppTouch didatangkan dengan dua mod operasi bersama, operasi bersama untuk aplikasi dan keahlian. Operasi bersama untuk aplikasi melibatkan pembelian tunggal seperti muat turun berbayar tradisional dan pembelian dalam-aplikasi; operasi bersama untuk keahlian, turut dikenali sebagai AppTouch VIP Service, menggabungkan kandungan premium untuk pengguna melanggan dalam tempoh berkala, maka mereka dapat menikmati akses kepada aplikasi secara percuma selain iklan dan pembelian dalam-aplikasi.

AppTouch menjadi penting untuk kejayaan permainan seperti Stickman Rope Hero dan Bike Blast. Sejak menyertai program keahlian AppTouch, hasil Stickman Rope Hero meningkat sebanyak 1813% yang mengejutkan antara bulan Disember 2020 dan November 2021, manakala hasil Bike Blast meningkat sebanyak 707%.

Hasil daripada AppTouch, kini pembangun dapat memanfaatkan keupayaan berkuasa untuk mencapai pengguna global dengan cara yang paling cekap dan berkesan yang mungkin. AppTouch akan terus mendekati lebih banyak pembangun untuk meninjau peluang pengewangan aplikasi yang baharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AppTouch, sila kunjungi HUAWEI Developers (huawei.com)

 

Source: Huawei consumer business group
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news