omniture

Sungrow Bekerjasama dengan INPOS Bangunkan Projek Solar Atas Bumbung 61MWp+ untuk Kilang Multinasional

Sungrow Power Supply Co., Ltd
2022-03-04 04:42 139

HANOI, Vietnam, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sungrow, pembekal penyongsang terkemuka global untuk tenaga boleh diperbaharui, bekerjasama dengan INPOS, pelabur Vietnam dan kontraktor EPC untuk solar atas bumbung, bagi membangunkan kumpulan projek solar atas bumbung untuk banyak kilang syarikat multinasional seperti Taiwan Flour, Khanh Hoa Beverage, Miza Paper dan sebagainya. Jumlah kapasiti melebihi 61 MWp yang dapat mengurangkan 48,405 tan emisi CO2 setiap tahun, bersamaan dengan menanam 3,355,000 batang pokok.

Projek Solar Atas Bumbung 2MWp untuk Kilang Viet Phap MEEC di Bac Ninh
Projek Solar Atas Bumbung 2MWp untuk Kilang Viet Phap MEEC di Bac Ninh

Projek ini terbentang dari utara hingga selatan Vietnam dan ia telah ditauliahkan dengan jayanya sejak tahun 2020. Pada tahun 2022, lebih 20 MWp akan ditauliahkan dan digunakan serta dijangka mengurangkan 16,460 tan CO2 setiap tahun.

Syarikat multinasional membina sistem solar ini di bumbung mereka sendiri untuk kegunaan kendiri dan mereka mempunyai standard industri yang amat tinggi dari segi keselamatan dan keandalan. Bagi memenuhi standard ini, Sungrow akan menyediakan mereka dengan penyongsang rentetan SG110CX yang andal. Memandangkan ia mempunyai 9 MPPT dan keserasian dengan modul dwimuka, penyelesaian ini dapat mencapai kecekapan maksimum 98.7% penjanaan kuasa elektrik; standard perlindungan tinggi IP66 dan C5 menggalakkan kestabilan di luar walaupun dalam haba tinggi dan hujan yang kerap. Penyelesaian ini membekalkan bukan sekadar kepada projek solar 2GW C&I di Vietnam sepanjang tahun-tahun yang lalu dengan jayanya, membuktikan daya saingnya yang mantap.

En. Nguyen Khoa Dung, Ketua Pegawai Eksekutif INPOS berkata, "Dengan bekerjasama bersama pembekal standard antarabangsa dan pasukan profesional Sungrow, kami semakin hampir untuk merealisasikan matlamat bercita-cita tinggi kami untuk mencapai pembangunan perintis pada masa akan datang agar dapat membantu Vietnam mencapai emisi sifar bersih menjelang tahun 2050."

Michael Ruan, Ketua Negara Vietnam, Sungrow menambah, "Ini merupakan satu penghormatan buat Sungrow untuk bekerjasama dengan INPOS untuk projek solar atas bumbung mega ini yang dapat meningkatkan prestij mahupun kapasiti kami dalam pasaran Vietnam. Sungrow menghargai perkongsian strategik dengan INPOS dan berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama pada masa akan datang."

Ketika ini, solar atas bumbung menjadi semakin popular di Vietnam terutamanya projek-projek yang dibangunkan berasaskan perniagaan pembuatan yang membantu pengeluar mengakses tenaga bersih dengan lebih mudah dan menjimatkan serta memenuhi matlamat mereka untuk mengurangkan jejak karbon mereka. Sungrow menyediakan rangkaian luas penyelesaian kediaman dan C&I selain perkhidmatan pasca-jualan yang komprehensif untuk membekalkan projek-projek akan datang dengan lebih baik di negara ini.

Latar Belakang INPOS

INPOS ialah kontraktor kuasa solar atas bumbung terkemuka di Vietnam dengan lebih 61MWp beroperasi hingga penghujung tahun 2021. Dengan impian untuk "meninggalkan dunia lebih baik daripada ketika kami menemuinya", INPOS memberi usaha maksimum melalui model perniagaannya untuk membawa nilai tambahan yang tertinggi kepada pelanggan, menyediakan model kerjasama optimum kepada rakan kongsi, menyediakan ahli dengan persekitaran kerja terbaik untuk membolehkan impian menjadi kenyataan. Jadikan dunia lebih baik untuk generasi akan datang suatu kenyataan.

Ketahui lebih lanjut mengenai INPOS dengan mengunjungi: www.inpos.com.vn

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ("Sungrow") ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 224 GW dipasang di seluruh dunia setakat Disember 2021. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyongsang solar bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berdedikasi yang terbesar dalam industri ini dan portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & industri dan kediaman selain penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 25 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa kepada pemasangan di lebih 150 negara.

Ketahui lebih lanjut mengenai Sungrow dengan mengunjungi: www.sungrowpower.com.

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300274
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities