omniture

Wujudkan Tempat Kerja Mampan, Hisense Galakkan Wanita Capai Diri Lebih Baik dalam Segenap Aspek

Hisense
2022-03-09 06:26 304

QINGDAO, China, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Apabila Laporan Jurang Gender Global Forum Ekonomi Dunia 2021 mendapati bahawa kesaksamaan gender adalah sejauh 135.6 tahun, ini bererti dunia perlu memberi lebih perhatian untuk mencapai kesaksamaan gender demi masa depan yang mampan. Bagi menangani dan mengurangkan ketaksamaan gender, tema tahun ini untuk Hari Wanita Antarabangsa ialah "Kesaksamaan gender hari ini untuk masa depan yang mampan," menggalakkan komuniti untuk bersatu dan mewujudkan tempat yang pelbagai, saksama dan inklusif buat semua.

#RememberTheName
#RememberTheName

Hisense menganggap bahawa menghormati kesetaraan gender, kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja adalah penting, pihak korporat berusaha untuk memastikan setiap pekerja berasa seolah-olah mereka tergolong dalam pasukan yang menerima bakat yang pelbagai dan memberi peluang yang sama rata untuk menyerlahkan potensi setiap pekerja, membantu pekerja mencapai matlamat peribadi atau mencabar batasan mereka, demi menjadi diri yang lebih baik.

Hisense Menggalakkan Wanita untuk Bersinar dalam Segenap Aspek di Tempat Kerja

Menyedari halangan dan cabaran tidak dijangkakan yang dihadapi oleh wanita ini, terutamanya dalam kerjaya, Hisense mengiktiraf sepenuhnya kepentingan untuk mewujudkan tempat kerja yang seimbang, pelbagai dan sama rata. Ketika ini, wanita menyumbang seramai 41.6% daripada tenaga kerja global Hisense International, lebih tinggi berbanding purata tenaga kerja wanita global terkini Bank Dunia iaitu 38.89%.

Tatkala Hisense berusaha untuk mewujudkan budaya korporat yang lebih inklusif dan pelbagai, lebih ramai pekerja wanita menjadi lebih menonjol dalam industri ini.

Li Wenli, Pengurus Besar Hisense Japan, dianggap sebagai pemimpin contoh oleh ramai rakan sekerja muda beliau kerana beliau komited terhadap kerjaya beliau, memperkasa dan memperjuangkan penambahbaikan yang berterusan untuk pasukan beliau, kerjaya dan pencapaian korporat. Sejak menyerta Hisense, beliau menetap di Jepun secara bersendirian dan memimpin pasukan beliau untuk mencapai peningkatan jualan sebanyak 10 kali ganda dalam tempoh 10 tahun. Sebagai pekerja wanita yang cemerlang, beliau tekal mencabar diri beliau dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengejar impian mereka, berusaha di tempat kerja dan menjadi yang terbaik dalam lapangan mereka.

Luna Nortje, Eksekutif Kanan dan ketua CE, HA serta jabatan jualan Mudah Alih di Hisense South Africa, berkata bahawa gaya korporat Hisense adalah rendah hati dan berintegriti, sementara kekuatan terbesar syarikat ini adalah menerima kepelbagaian dan memberi peluang yang sama rata tanpa mengira bangsa. Luna terus menggalakkan pekerja wanita untuk bersuara agar didengari dan benar-benar menyerlahkan potensi penuh mereka untuk menjadi diri yang lebih baik.

Hisense-Female-Employees
Hisense-Female-Employees

Menyokong Wanita dalam Bidang Sukan, Membolehkan Wanita Meluaskan Potensi dalam Pelbagai Bidang 

Hisense merupakan rakan kongsi yang berbesar hati bagi EURO 2022 UEFA Women, susulan penajaan kejohanan ini pada tahun 2017. Untuk terus memberi inspirasi kepada wanita dalam bidang sukan, Hisense berganding bahu dengan UEFA akan melancarkan kempen 'Remember the Name', menggamit perhatian yang lebih luas untuk sukan bola sepak wanita, memberi pemain wanita pengiktirafan yang layak diterima, membolehkan mereka bersinar dan terkenal di serata dunia.

Apa yang mengikat Hisense dengan erat terhadap bidang sukan ialah nilai bersama antara usaha, kerja berpasukan, hormat-menghormati dan keakraban. Melangkah ke hadapan, Hisense akan terus mewujudkan persekitaran yang lebih saksama dan mampan untuk wanita, kanak-kanak perempuan dan semua, dengan memperkukuh teknologi teras dan menjadi jenama antarabangsa yang dipercayai.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Workforce Management/Human Resources Women-related news