omniture

"Keneutralan Karbon" Cipta Era Baharu | Apa Dr. Fang lihat di MWC?

Huawei
2022-03-11 12:23 198

BARCELONA, Sepanyol, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC) yang menarik penyertaan lebih daripada 2000 syarikat diadakan dengan jayanya di Barcelona mulai 28 Februari hingga 3 Mac. Sebagai kongres mudah alih yang terkemuka di dunia, MWC 2022 memberi tumpuan kepada topik-topik hangat seperti 5G, AI, rangkaian awan dan Internet Pelbagai Benda. MWC2022 ternyata menjadi pameran 'underline' pertama dan yang terbesar sejak wabak ini.

Tetamu tidak boleh mengabaikan teknologi dan amalan ICT mesra alam Huawei yang telah menarik minat ribuan orang yang ingin melihat apa yang bakal dilakukan oleh syarikat gergasi ICT ini dalam Era Keneutralan Karbon.

Dr. Fang Liangzhou, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Digital Power, memperkenalkan hutan Digital & Pintar, kawasan pameran yang dinamakan menurut visi Huawei Digital Power. Di bahagian hadapan kawasan pameran HUAWEI, Dr. Fang berkongsi pemerhatian dan pandangan beliau mengenai Keneutralan Karbon melalui teknologi, produk dan penyelesaian baharu.

Dr. Fang di Carbon Talk
Dr. Fang di Carbon Talk

Di Dewan 1# Ekspo MWC, slogan Huawei, Menerangi Masa Depan Hijau yang merumuskan visi Huawei untuk terus mencipta nilai buat pelanggan melalui inovasi yang berterusan dan membina masa depan yang lebih baik, lebih mesra alam, membuat penampilan yang mempesonakan.

Demi menyokong strategi pembangunan hijau pembawa, Huawei mengemukakan sudut pandangan More Bits, Less Watts (Lebih Bit, Kurang Watt) dan menerima pakai penyelesaian sistematik tapak hijau-rangkaian hijau-operasi hijau bagi membantu pembawa untuk terus meningkatkan kapasiti rangkaian dan mengurangkan penggunaan tenaga unit bit. Dengan menambah 5G tanpa menambah OPEX tenaga, satu tapak satu kabinet, satu tapak satu bilah, HUAWEI meningkatkan kecekapan tenaga daripada 89% kepada 97% dan mengurangkan kos setiap watt sebanyak 20%. Data ini memberikan kami pandangan yang menggalakkan mengenai masa depan 5G hijau.

Dengan percambahan perkhidmatan digital, pemecutan dan ketumpatan tinggi Pusat Data, seni bina konkrit tradisional menjadi semakin rumit, pembinaan, pelaksanaan, operasi dan penyelenggaran, serta pengurusan menjadi proses yang memakan masa dan menjerihkan, berserta keandalan yang berkurangan. Justeru itu, berdasarkan kepada modulariti, Huawei memberi tumpuan kepada pacuan dua roda Kecerdasan Modulariti dan melalui empat pembinaan semula yang utama, pembinaan semula seni bina, kawalan suhu, operasi & penyelenggaraan serta penyelesaian kuasa, menggalakkan pusat data generasi seterusnya ke tahap minimalisme, kehijauan, kecerdasan dan keandalan yang baharu.

Dijangkakan bahawa dengan pembangunan teknologi ICT yang semakin mendalam, pemecutan teknologi ICT hijau, pengeluar peralatan seperti Huawei akan lebih mengamalkan Lebih bit, Kurang watt, berusaha untuk mempromosikan industri-industri melalui penemuan teori, bahan dan algoritma demi mencapai pengurangan emisi karbon dan penjimatan tenaga.

Source: Huawei
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Trade show news