omniture

Vantage menang Penyedia Perkhidmatan Perdagangan Terbaik APAC di ADVFN International Financial Awards 2022

Vantage
2022-03-23 17:17 131

SINGAPURA, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai "Penyedia Perkhidmatan Perdagangan Terbaik APAC (Asia-Pasifik)" di ADVFN International Financial Awards 2022.

Anugerah yang diadili oleh panel ini – kini memasuki tahun kelapan mereka – mengiktiraf dan meraikan produk serta perkhidmatan yang terbaik seumpamanya baik daripada industri kewangan tradisional mahupun teknologi kewangan (Fintech).

"Kami berbesar hati menerima anugerah ini di ADVFN International Financial Awards 2022," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi, Vantage. "Ini benar-benar merupakan satu pengesahan terhadap usaha kami ketika kami terus berinovasi dan mengukuhkan kehadiran kami di rantau APAC, menyediakan ekosistem perdagangan yang terbaik dalam kelas kepada pelanggan kami."

"Vantage telah beroperasi di rantau APAC selama beberapa tahun sehingga kini, namun dengan kecanggihan yang semakin meningkat dan harapan yang lebih tinggi dalam kalangan pelanggan kami, kami tahu kami tidak boleh berpuas hati."

"Sebaliknya, kami meneruskan usaha kami dalam pasaran-pasaran baru muncul, menambah baik perjalanan pengguna pelanggan kami, menyediakan alatan yang diperlukan untuk pelaksanaan yang amat lancar, meluaskan kawasan operasi kami untuk mendekati pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan dan mengembangkan tawaran produk kami di samping mengekalkan yuran dagangan kami yang rendah untuk disesuaikan dengan keperluan perdagangan pelanggan."

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih saya yang tulus iklhas kepada pasukan kami atas kerja keras mereka serta pelanggan kami atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Vantage."

Ini merupakan pengiktirafan besar kedua yang diterima oleh Vantage di rantau APAC sejak pelaksanaan penjenamaan semula utamanya pada tahun 2021. Terdahulu, Vantage diberi pengiktirafan di Transform Awards Asia 2021 – program anugerah APAC yang mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam pembangunan jenama.

Di Transform Awards Asia, Vantage menerima anugerah "Projek pembangunan jenama terbaik untuk memperlihatkan misi, nilai atau kedudukan yang berubah" dan "Identiti visual terbaik daripada sektor perkhidmatan kewangan".

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage merupakan lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai dan platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

Diperkasakan untuk berdagang melalui peluang pasaran apabila anda
berdagang dengan lebih pintar @vantage.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Hispanic-oriented news Financial Technology