omniture

Adakah benar bahawa automasi tidak memerlukan usaha yang gigih? Program Pemecut Parascript hampir mencapai matlamat ini.

Parascript, LLC
2022-03-23 23:06 41

LONGMONT, Colorado, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mari kita bincangkan ungkapan ini: Kami tidak berminat untuk menjual perisian kami kepada anda. Kami hanya berminat untuk menyampaikan hasil.

Dalam suatu era ketika kebanyakan vendor memberi tumpuan kepada tempahan jualan dengan membiarkan pelanggan menguruskan kos dan risiko yang tinggi yang dikaitkan dengan mencapai sebuah projek penerimagunaan teknologi yang berjaya, sudah pasti ada cara yang lebih baik. Bilakah kali terakhir anda bekerjasama dengan vendor yang sanggup mengambil risiko demi memenuhi hasrat anda? Vendor yang tidak melibatkan pelbagai bayaran untuk perkhidmatan profesional yang diberikan serta melibatkan arahan yang berubah-ubah? Vendor ini tidak boleh dijadikan rakan kongsi.

Parascript percaya bahawa telah tiba masanya pembelajaran mesin yang hebat dimanfaatkan pada saat ia benar-benar diperlukan: menyampaikan hasil sebenar tanpa kos dan risiko yang disebabkan oleh kerumitan cara lama. Dan kami bersedia untuk membuktikannya.

"Dengan program Pemecut baharu kami, pelanggan dapat mengurangkan kos minimum sebanyak 50% dan tidak perlu membeli apa-apa," kata Dawn Wood, Naib Presiden Jualan Parascript. "Tiada perbelanjaan modal pendahuluan atau langganan berterusan. Tiada perkhidmatan profesional untuk konfigurasi dan penggunaan. Tiada penjagaan rapi sistem secara berterusan. Tiada hapus-dan-ganti untuk pelaburan teknologi semasa anda."

Apakah yang Membuatkan Program ini Mampu Dilaksanakan? 

Parascript boleh menawarkan program tanpa risiko yang memberi tumpuan kepada hasil yang disampaikan berikutan pelaburan besar yang dilakukan untuk memodenkan keupayaannya, yang disasarkan untuk mengurangkan kos dan kerumitan berkaitan penggunaan IDP sambil turut memastikan prestasi yang tinggi.

Dinamakan sebagai "Pembelajaran Pintar", sistem ini menggunakan pelbagai teknik pembelajaran mesin yang setiap satunya disesuaikan untuk mengoptimumkan tugas tertentu. Pembelajaran pintar mampu belajar dalam beberapa mod berbeza termasuk operasi tanpa pengawasan, hanya pada data yang telah ditanda. Semasa di peringkat pengeluaran, prestasi dipantau di sebalik tabir tanpa mengganggu aliran kerja, sambil ia mengoptimum dan menyesuaikan keperluan dan data baharu secara automatik.

"Tidak seperti perisian perusahaan lain, dengan automasi dokumen, masih terdapat halangan ke atas penerimagunaan, ini disebabkan kebanyakan pulangan pelaburan adalah berdasarkan penyampaian data yang tepat pada tahap yang tinggi," kata Greg Council, Naib Presiden Pemasaran & Pengurusan Produk Parascript. "Mencapai prestasi yang tinggi memerlukan usaha yang gigih bukan sahaja untuk mempelajari sesuatu perisian, malah perlu meluangkan masa dan berusaha untuk memperoleh set data, mengkonfigurasi sistem dan kemudian mengoptimumkannya bagi memastikan data yang berkualiti tinggi. Pembelajaran Pintar mengubah semua kerja-kerja manual yang berisiko dan rumit ini kepada masa pengiraan yang berkos rendah serta boleh dipercayai, dengan berkesan."

"Kami menilai teknik pembelajaran mesin yang berbeza dengan teliti untuk setiap jenis tugas dengan memberi tumpuan kepada menggabungkan prestasi yang optimum dengan keringkasan," tambah Igor Kil, Naib Presiden Kanan Penyelidikan & Pembangunan Parascript. "Pendekatan ini menghasilkan sebuah sistem tanpa kelemahan tidak seperti penyelesaian pembelajaran mesin lain yang hanya berdasarkan kepada satu atau beberapa jenis pembelajaran mesin semata-mata."

Bagaimana Ia Berfungsi 

Setiap penglibatan bermula dengan penekanan terhadap aspek-aspek utama yang diperlukan untuk mencapai keperluan automasi dan pengurangan kos pelanggan. Pada peringkat ini, Parascript mengendalikan pengumpulan, penyusunan dan analisis data latihan yang mencapai kemuncak ketika Pembelajaran Pintar membangunkan model yang dioptimumkan. Kemudian, kami menguji sistem tersebut dengan data ujian yang dibutakan untuk mengesahkan tahap prestasi yang dibandingkan dengan jangkaan pelanggan. Sebaik sahaja diterima, kami menyampaikan sistem tersebut dan menyepadukannya ke dalam aliran kerja sedia ada anda dengan tumpuan untuk meminimumkan sebarang gangguan terhadap proses dan aliran kerja sedia ada yang perlu dipelihara. Semasa di peringkat pengeluaran, sistem tersebut mengekalkan prestasi secara automatik dengan pelanggan yang mencapai penjimatan operasi secara serta-merta. Parascript hanya memperoleh pendapatan daripada penjimatan kos yang disahkan oleh pelanggan. 

Ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Tentang Parascript 

Parascript bukan sahaja menjual perisian tetapi kami menjual hasil sebenar yang boleh disahkan yang menjimatkan syarikat-syarikat yang berjumlah melebihi $1 bilion setiap tahun. Para pelanggan memilih Parascript apabila mereka ingin menggunakan AI gunaan untuk mencapai penyelesaian pemerolehan data yang dioptimumkan dengan tahap tertinggi automasi yang boleh dipercayai. Parascript mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, mengautomasikan proses berorientasikan dokumen yang melibatkan lebih 100 bilion dokumen setiap tahun. Kami telah mengautomasikan industri pos, ruangan mel komersial, pilihan raya kerajaan, pembayaran dan ratusan proses lain. Sila layari Parascript.

Hubungan Media: Ariane Barragan, ariane.barragan@parascript.com, 720.731.3282

 

Source: Parascript, LLC
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Data Analytics Financial Technology