omniture

RossellTechsys dan Knight Aerospace Bergabung untuk Menghasilkan Penyelesaian Baharu

Rossell Techsys
2022-03-24 10:30 23

- Menawarkan Dapur/Tandas Boleh Angkut Udara Generasi Seterusnya, Penyelesaian Modular VIP dan Aeroperubatan serta Sistem Tempat Duduk Berpalet untuk Pasaran Aeroangkasa India .

BANGALORE , India, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Knight Aerospace dan Rossell Techsys bergabung untuk menghasilkan penyelesaian palet dipandu masuk/keluar dengan pertukaran pantas untuk penukaran pesawat kargo termasuk dapur/tandas boleh angkut udara generasi seterusnya (NG-ATGL), modular VIP/aeroperubatan, pengangkutan pesakit serta peralatan sokongan darat untuk Pasaran Aeroangkasa India. Sistem penukaran kargo terdiri daripada tempat duduk VIP / ekonomi, modul pembendungan bioperubatan, pengangkatan udara pesakit, penjagaan kritikal di udara dan pelbagai sistem tambahan. NG-ATGL terdiri daripada sebuah dapur dan tandas perkhidmatan penuh pada palet tersuai. Knight juga mereka cipta dan membuat beberapa sistem berpalet khusus yang lain yang disepadu dan disesuaikan dengan bahagian dalam pesawat untuk pelbagai jenis penggunaan.

Rossell Techsys and Knight Aerospace Form a Partnership to Deliver New Solutions
Rossell Techsys and Knight Aerospace Form a Partnership to Deliver New Solutions

"NG-ATGL, Sistem Tempat Duduk Berpalet dan Modul Aeroperubatan Knight Aerospace merupakan suatu cara yang praktikal dan menjimatkan kos untuk mengubah misi pesawat kargo. Penyelesaian ini mewakili penyelesaian teknologi penukaran kargo layak terbang dan paling canggih yang tersedia pada masa ini di seluruh dunia. Dengan adanya Rossell Techsys sebagai rakan kongsi kami yang dipercayai, kami kini mampu menyediakan kesemua penyelesaian ini serta menghasilkan keupayaan misi penting di India," kata Cik Bianca Rhodes, Presiden Knight Aerospace.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Knight Aerospace serta mampu membawa teknologi dan penyelesaian terbaik ke Pasaran Aeroangkasa India. Rangkaian produk yang disediakan oleh Knight Aerospace melengkapkan perniagaan perkhidmatan selepas pasaran kami apabila Rossell menyediakan penyesuaian setempat, sokongan aksesori, pemasangan, pentauliahan, latihan, sokongan penyelenggaraan sehingga akhir kitaran hayat produk dan menjadi satu-satunya pusat perhubungan untuk para pelanggan yang berpangkalan di India," kata Encik Prabhat Kumar Bhagvandas, Ketua Pegawai Eksekutif Rossell Techsys.

Knight Aerospace ialah sebuah perniagaan kecil milik kaum wanita dan golongan minoriti yang berpangkalan di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. Ia merupakan penyedia yang terkemuka untuk reka bentuk, pembuatan penyelesaian modular VIP dan Aeroperubatan dipandu masuk atau keluar/pertukaran pantas, sistem tempat duduk berpalet, sistem tandas dan dapur khusus berpalet serta peralatan sokongan darat (GSE) bagi pesawat kargo.  Knight Aerospace membekalkan peralatan kepada OEM Pesawat utama serta pengendali pesawat ketenteraan dan komersial di lebih 34 buah negara yang menyokong lebih 16 jenis pesawat dan variasinya. 

Rossell Techsys ialah Bahagian Aeroangkasa & Pertahanan Rossell India Limited, sebuah syarikat tersenarai awam. Rossell Techsys menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan tersuai dalam Sistem Pendawaian Elektrik & Saling Hubungan, Sistem Elektronik & Integrasi Sistem, Peralatan Ujian serta Khidmat Sokongan Produk Selepas Pasaran.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1770254/KA_site_group.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1770256/Rossell_Techsys_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Rossell Techsys
Keywords: Aerospace/Defense Air Freight Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Licensing/marketing agreements