omniture

EXPO 2020 Dubai anjur ISALEX 2.0, latihan penguatkuasaan undang-undang dalam Metaverse yang pertama di dunia

International Security Alliance Secretariat
2022-03-24 23:35 62

- ISALEX 2.0 bakal menghimpunkan pasukan penguatkuasa undang-undang daripada sembilan buah negara anggota Pakatan Keselamatan Antarabangsa (ISA) untuk latihan maya yang dikuasakan VR

- 50 orang pakar keselamatan akan menangani senario ancaman keselamatan yang melibatkan jenayah siber, dron dan media sosial sepanjang tempoh tiga hari

DUBAI, UAE, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai yang pertama di dunia, latihan keselamatan siber maya oleh Pakatan Keselamatan Antarabangsa - ISALEX 2.0 – bermula pada hari ini. Dianjurkan di EXPO 2020 Dubai, ia akan menjadi latihan pertama seumpamanya yang akan diadakan dalam Metaverse. Simulasi unik ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan siber sambil memastikan kesediaan ahli pakatan dalam menghadapi ancaman masa depan melalui penyelesaian yang inovatif dan berpandangan ke hadapan.  

50 orang perwakilan daripada kementerian dalam negeri dan agensi penguatkuasaan undang-undang daripada sembilan buah negara anggota ISA akan mengambil bahagian dalam ISALEX 2.0, di mana mereka akan berdepan dengan beberapa senario keselamatan dunia nyata. Pasukan-pasukan ini akan ditempatkan dalam bilik operasi serta pusat arahan dan kawalan di semua negara yang mengambil bahagian. Mereka akan berkomunikasi dalam realiti maya dan juga melalui teknologi persidangan video. Kementerian Dalam Negeri UAE telah menubuhkan bilik gerakannya sendiri bermula pada Expo 2020.

Latihan ini dianggap sebagai eksperimen keselamatan siber maya yang pertama, dengan pasukan menghadapi pelbagai senario yang tidak dirancang yang melibatkan ancaman keselamatan yang dimodelkan untuk mensimulasikan realiti. Senario maya dan dunia nyata ini memerlukan penyelarasan, pembuatan keputusan di bawah tekanan dan penilaian yang pantas terhadap ancaman serta pengurangan risiko. Latihan ini juga akan menggabungkan pengurusan krisis dalam semua bentuknya yang merangkumi komunikasi strategik melalui platform tradisional dan sosial.

Major Hamad Khatir, Pengarah Jabatan Operasi Antarabangsa Kementerian Dalam Negeri Emiriyah Arab Bersatu berkata: "UAE menjadi peneraju dalam menangani ancaman generasi seterusnya terhadap keselamatan dan kesejahteraan, manakala ISALEX 2.0 menandakan suatu langkah yang menarik menuju masa hadapan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengalaman langsung dalam persekitaran VR untuk menyokong latihan polis masa nyata, memudahkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta meningkatkan kerjasama antarabangsa. Pada hari ini kita membawa penguatkuasaan undang-undang ke dalam metaverse – namun ia akhirnya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia nyata."

ISALEX yang dianjurkan pada tahun ini merupakan susulan kepada kejayaan ISALEX19 yang dianjurkan di Abu Dhabi pada tahun 2019 - sebuah latihan antarabangsa bersama yang memudahkan perkongsian pengalaman dan pertukaran amalan terbaik di kalangan ahli-ahli pakatan. Edisi 2019 memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan, pengurusan krisis dan bencana, komunikasi serta pertahanan awam.

Pakatan Keselamatan Antarabangsa (ISA) 

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017 oleh Emiriyah Arab Bersatu dan Perancis yang menyatukan kementerian dalam negeri dari Bahrain, Israel, Itali, Maghribi, Senegal, Singapura, Slovakia dan Sepanyol, Pakatan Keselamatan Antarabangsa ini berfungsi sebagai kumpulan kerja yang komited untuk melindungi keselamatan dan kemakmuran masyarakat. ISA bermatlamat untuk meningkatkan usaha sama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama tentang isu keselamatan global seperti jenayah terancang rentas negara, kawalan sempadan, aktiviti radikal dan ekstremisme keganasan. Dianjurkan dalam Kementerian Dalam Negeri UAE, Sekretariat ISA bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua aktiviti – daripada penglibatan strategik dan teknikal peringkat tinggi kepada latihan secara langsung, latihan dan operasi bersama – yang membolehkan ia bertindak balas secara dinamik terhadap ancaman keselamatan yang baru muncul di dunia. 

 

 

Source: International Security Alliance Secretariat
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Public Safety