omniture

CGTN: Peng Liyuan berucap menerusi sidang video pada Hari Batuk Kering Sedunia 2022

CGTN
2022-03-28 09:13 97

BEIJING, 28 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri kepada Presiden Cina Xi Jinping dan duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS, menghadiri sidang video sempena Hari Batuk Kering Sedunia 2022 pada hari Khamis.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil daripada kerja keras oleh WHO dan usaha bersama daripada komuniti antarabangsa, dunia telah melakar kemajuan yang penting dalam usaha memerangi TB," kata Peng.

"Kerajaan Cina memandang pencegahan dan rawatan TB dengan amat serius dan telah menggabungkannya ke dalam strategi Healthy China (China Sihat). Dana khas telahpun ditubuhkan, pemeriksaan susulan secara percuma dan ubat-ubatan anti-TB disediakan kepada pesakit dan semakin banyak usaha dilakukan bagi menggalakkan teknologi diagnostik dan ubat-ubatan baharu. Hasilnya, kadar sembuh TB telah dikekalkan melebihi 90 peratus," kata beliau.

Peng menyatakan bahawa kerajaan Cina dan semua sektor masyarakat menyediakan penjagaan secara aktif kepada pesakit TB, demi memastikan agar rawatan tidak terjejas oleh pandemik.

Beliau turut berkongsi pengalaman beliau terlibat dalam usaha pencegahan dan kawalan TB di negara ini, memandangkan beliau telah melawat banyak institusi perubatan, sekolah dan komuniti dalam tahun-tahun yang lalu.

"Di China, lebih daripada sejuta sukarelawan berusaha untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pencegahan dan rawatan TB serta membantu dan menyokong pesakit TB," kata beliau.

24 Mac merupakan Hari Batuk Kering Sedunia kali ke-27. Sebagai salah satu penyakit berjangkit yang paling lama wujud, TB telah melanda dunia selama berabad-abad lamanya. Namun begitu, walaupun dengan kesedaran yang semakin meningkat dan keazaman yang lebih kuat untuk membasminya, penyakit ini masih terus berlarutan.

https://news.cgtn.com/news/2022-03-24/Peng-Liyuan-addresses-video-conference-on-World-TB-Day-2022-18EM3kcPNsc/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service