omniture

ZANOPRIMA LIFESCIENCES MEMFAILKAN TINDAKAN PELANGGARAN PATEN TERHADAP HANGSEN INTERNATIONAL UNTUK MENGUATKUASAKAN PROSES ENZIMATIK RINTISNYA DALAM SINTESIS NIKOTIN-(S)

Zanoprima Lifesciences Ltd.
2022-03-30 19:43 6

WACO, Texas, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 Mac 2022, Zanoprima Lifesciences Ltd. ("Zanoprima") memfailkan Aduan Pelanggaran Paten terhadap Hangsen International Group Ltd. ("Hangsen") di Mahkamah Daerah A.S., Nombor Sivil 22-cv-00268 ("Aduan"). Dalam aduan tersebut, Zanoprima mendakwa bahawa Hangsen telah melanggar patennya yang bertajuk "Proses untuk Membuat Nikotin-(S)," (Nombor Paten A.S. 10,913,962) ("Paten Zanoprima") melalui pembuatan dan pengimportan Hangsen ke dalam produk pasaran A.S. yang mengandungi nikotin sintetik yang diperbuat menggunakan proses berpaten milik Zanoprima.

Zanoprima ialah syarikat pertama yang mengeluarkan dan menyediakan bentuk sintesis enzimatik nikotin-(S) tulen secara komersial – SyNic™ – yang secara kimianya serupa dengan nikotin yang didapati dari kilang tembakau tetapi tanpa nitrosamin khusus-tembakau, karsinogen, alkaloid serta bendasing berbahaya lain yang mengiringi nikotin daripada tembakau.   

Ashok Narasimhan, Ketua Pegawai Eksekutif Zanoprima berkata, "Zanoprima telah melaburkan banyak masa, sumber, modal intelektual dan kepakaran saintifik selama bertahun-tahun untuk membangunkan proses sintesis nikotin-(S) enzimatik Zanoprima yang rintis dan berpaten, yang tidak mengandungi nitrosamin khusus-tembakau serta bendasing lain.  Tindakan undang-undang Zanoprima menunjukkan dedikasi syarikat kami untuk melindungi harta intelek kami dengan bersungguh-sungguh di A.S. dan di seluruh dunia." 

Aduan Zanoprima mendakwa bahawa, selepas penerbitan Paten Zanoprima, Hangsen memfailkan Permohonan Paten China yang menerangkan tentang proses yang ditiru daripada proses ciptaan Zanoprima, tetapi permohonan paten Hangsen telah ditolak oleh Pejabat Paten China pada bulan Jun 2021 dengan memetik bahawa paten Zanoprima adalah ciptaan lebih awal. Aduan itu juga mendakwa bahawa Hangsen mengimport serta menjual produk yang dikatakan mengandungi "produk nikotin dan nikotin-(S) sintetik ketulenan tinggi yang dipasarkan dan dijual di AS di bawah pelbagai nama termasuk MOTiVO Synthetic S-Nicotine," dan bahawa produk import tersebut "dihasilkan melalui proses yang mengamalkan setiap langkah tuntutan 1" daripada Paten Zanoprima.

Selain daripada inginkan ganti rugi pelanggaran, Zanoprima juga inginkan perintah injunksi yang lebih awal dan kekal untuk menghalang Hangsen daripada meneruskan tindakan pelanggarannya itu.

"Proses Zanoprima untuk membuat SyNic™ menunjukkan inovasi teknologi yang menghasilkan nikotin-(S) yang boleh dikesan sepenuhnya dengan tahap ketulenan enantiomerik dan kimia yang tinggi yang tersedia secara komersial pada harga yang kompetitif berbanding nikotin daripada tembakau. Seterusnya, SyNic™ menunjukkan peluang terbesar untuk memudahkan gerakan ke arah dunia yang bebas tembakau," kata Encik Narasimhan.  

SILA BACA SIARAN PENUH DI SINI.

 

 

Source: Zanoprima Lifesciences Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Legal issues Patent Law