omniture

Quantinuum Umum Kemas Kini tentang Set Peralatan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum, λambeq yang Meningkatkan Kebolehcapaian

Quantinuum
2022-03-30 19:40 7

Kemas kini λambeq memperkenalkan banyak ciri-ciri penting baharu untuk menyediakan para penyelidik dan pembangun dengan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam menukar ayat menjadi litar kuantum 

OXFORD, England, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ --Pasukan pemprosesan bahasa semula jadi kuantum di Quantinuum iaitu sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terkemuka di dunia, telah mengeluarkan kemas kini utama tentang pustaka Python sumber terbuka dan set peralatannya, λambeq (disebut sebagai "Lambek").

λambeq menukarkan mana-mana ayat bahasa semula jadi menjadi litar kuantum serta bersedia untuk direalisasikan pada komputer kuantum. Keluaran baharu ini telah direka untuk komuniti penyelidik, pembangun dan pengguna yang semakin berkembang yang mahir dalam pemprosesan bahasa semula jadi kuantum (QNLP) dan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP). Pasaran pemprosesan bahasa semula jadi diunjurkan akan meningkat sebanyak 27% setiap tahun sepanjang lima tahun akan datang.[1]

Kemas kini ini akan menyokong pertumbuhan QNLP dan penggunaan masa depan yang berpotensi seperti dialog automatik, perlombongan teks, penterjemahan bahasa, teks-ke-tutur, biomaklumat dan penjanaan bahasa.

Ketua Penyelidikan NLP Kuantum Gunaan Quantinuum, Dr. Dimitrios Kartsaklis berkata: "Sejak kami melancarkan λambeq, kami telah menerima maklum balas yang berharga daripada komuniti pengguna yang sedang berkembang pesat dan kebanyakan ciri baharu yang tersedia hari ini menggambarkan penggunaannya. Sebagai contoh, versi baharu λambeq kini muncul dengan penghurai tercanggih asli yang telah disepadukan sepenuhnya dengan set peralatan tersebut. Selain itu, set peralatan itu kini dilengkapi dengan pakej latihan yang menyokong perpustakaan pembelajaran berselia yang popular seperti PyTorch bagi membantu para pengguna melatih tugas NLP dengan cekap menggunakan rangkaian tensor dan litar kuantum yang dihasilkan oleh λambeq. Kemas kini ini adalah tentang kebolehcapaian – dan yang penting, ia mengurangkan masa yang diperlukan untuk memperoleh keputusan."

Di samping itu dan juga yang penting, penghurai CCG berasaskan neural yang baharu iaitu Bobcat telah dilatih pada korpus terbitan sintaksis beranotasi manusia yang besar. Ia disepadukan sepenuhnya dengan set peralatan tersebut, memudahkan proses pemasangan dan memberikan prestasi penghuraian canggih yang lebih baik. Penghurai terdahulu kekal sebagai sebahagian daripada set peralatan ini dan untuk manfaat komuniti, Bobcat juga akan dikeluarkan sebagai sebuah alat sumber terbuka kendiri yang berasingan dalam masa terdekat.

Kemas kini baharu ini dilengkapi dengan antara muka garis perintah yang memanfaatkan kebanyakan fungsi set peralatan ini yang tersedia kepada para pengguna tanpa pengetahuan pengaturcaraan. Ia juga mengandungi modul latihan berselia baharu yang direka untuk memudahkan proses latihan rangkaian tensor dan litar kuantum berparameter dalam persekitaran pembelajaran mesin.

λambeq ialah set peralatan linguistik berkomputer dan NLP kuantum yang pertama. Ia boleh menukar ayat yang mewarisi struktur kekusutan daripada struktur sintaksis ayat tersebut menjadi litar kuantum. Pembinaan ayat ini didorong oleh persamaan matematik formal antara model matematik tatabahasa dan protokol kuantum seperti yang ditetapkan oleh para penyelidik kanan Quantinuum, Ketua Saintis Prof. Bob Coecke dan Ketua Kecerdasan Buatan (AI), Prof. Stephen Clark.

Melalui kemas kini tersebut, λambeq menjadi lebih fleksibel dalam menyediakan lebih banyak pilihan pada litar kuantum yang boleh dihasilkannya kepada para pengguna. Ia membenarkan manipulasi gambar rajah sintaksis dan menjadikannya lebih mudah untuk menentukan litar kuantum daripada struktur sintaksis tersebut.

Penggambaran output λambeq juga telah dipertingkatkan dan dokumentasi telah diperluaskan dengan pelbagai contoh bagi menghapuskan halangan kemasukan pengguna biasa.

Di mana boleh mendapatkan λambeq 

[1] Mordor Intelligence, 2021: https://www.mordorintelligence.com/industry-reports/natural-language-processing-market 

Tentang Quantinuum 

Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dan aplikasi dan perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya.

Quantinuum mempunyai lebih 400 orang pekerja termasuk 300 orang saintis di lapan buah lokasi di AS, Eropah dan Jepun.

Quantinuum yang diterajui sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan.

Set peralatan pembangun sumber terbuka Quantinuum iaitu TKET menyediakan akses inklusif platform kepada simulator dan perkakasan kuantum terkemuka di dunia serta meningkatkan prestasi setiap produk Quantinuum, termasuk platform penjanaan kunci keselamatan siber iaitu Quantum Origin, pakej sains bahan dan kimia pengkomputeran kuantum iaitu EUMEN serta λambeq, set peralatan linguistik berkomputer dan pemprosesan bahasa asli kuantum Quantinuum.

Komputer kuantum generasi H1 Quantinuum yang dikuasakan oleh Honeywell merupakan salah satu yang termaju di dunia dan merupakan yang pertama melepasi penanda aras 2048 iaitu jumlah kuantum standard industri. Quantinuum komited untuk meningkatkan jumlah kuantum komputer kuantum komersialnya mengikut urutan magnitud setiap tahun untuk tempoh lima tahun akan datang.

Source: Quantinuum
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services