omniture

J.S. Held Menambah Kepakaran Aset Tidak Ketara dengan Pengambilalihan Ocean Tomo

Ocean Tomo, LLC, a part of J.S. Held
2022-03-30 20:00 15

Gabungan J.S. Held dan Ocean Tomo secara unik menampilkan pakar-pakar tentang hal teknikal, saintifik dan kewangan yang kompleks dalam semua aset dan nilai yang berisiko.

JERICHO, New York, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- J.S. Held, sebuah firma perundingan global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Ocean Tomo LLC, sebuah firma penasihat pakar yang mengkhusus dalam Harta Intelek (IP) dan aset tidak ketara yang lain; penyiasatan perakaunan korporat; kewajipan kawal selia dan pelaporan; kemampubayaran dan penstrukturan semula; serta pertikaian kontrak atau persaingan.

Ditubuhkan pada tahun 2003, Ocean Tomo beribu pejabat di Chicago, Illinois dan mempunyai pejabat-pejabat di seluruh Amerika Syarikat. Pasukan Ocean Tomo terdiri daripada pakar-pakar terkemuka industri dalam penilaian serta pertikaian IP dan aset tidak ketara, forensik kewangan, risiko dan pematuhan kawal selia, analisis paten, nasihat pelaburan, perundingan pengurusan inovasi dan pembrokeran transaksi.

"Penambahan Ocean Tomo mengukuhkan keupayaan kami untuk menangani keperluan unik organisasi di seluruh dunia yang menghadapi situasi berisiko tinggi melibatkan harta intelek dan aset tidak ketara yang lain," kata Jonathon C. Held, Ketua Pegawai Eksekutif J.S. Held. "Kami sangat teruja dengan kerjasama ini yang membawakan lebih 80 orang profesional yang paling disegani dalam industri ke firma kami."

Secara kolektif, pakar-pakar Ocean Tomo telah melengkapkan lebih 1,000 penglibatan di pelbagai segmen industri yang luas. Mereka telah berunding dan memberikan keterangan pakar dalam beberapa perkara berkaitan IP berprofil tinggi sepanjang dua dekad yang lalu – yang merangkumi mahkamah negeri, persekutuan dan antarabangsa. Pelanggan mereka adalah termasuk perniagaan, firma undang-undang, pelabur, artis, pereka, pencipta, penyelidik, institusi pendidikan dan agensi kerajaan.

"Kami sangat teruja untuk menyertai J.S. Held. Dengan kerjasama ini, kami boleh menyediakan kepakaran teknikal, saintifik dan kewangan yang bersepadu secara unik kepada pelanggan kami," kata James E. Malackowski, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Tomo. "Kemahiran dan pengalaman pakar J.S. Held yang pelbagai membolehkan kami menangani perkara rumit yang melibatkan aset ketara dan tidak ketara. Apa yang penting adalah J.S. Held berkongsi nilai-nilai teras kami terhadap kecemerlangan dan pembangunan profesional yang menjadikannya satu kerjasama yang kukuh dan menarik."

Para pekerja pemegang saham Ocean Tomo telah melabur ke dalam J.S. Held sebagai sebahagian daripada urus niaga yang diumumkan.  Pengambilalihan oleh J.S. Held menyediakan satu jalan keluar kepada para pelabur institusi Ocean Tomo iaitu Bow River Capital (Denver) dan Sinofaith IP Group (Shanghai). "Memudahkan pertumbuhan peneraju pasaran merupakan satu bahagian penting dalam strategi pelaburan Bow River dan kami amat gembira dengan hasilnya di Ocean Tomo," kata Bo Sutton, Pengarah Bow River. "Kami amat berbangga dengan kejayaan kerjasama kami dengan Ocean Tomo dan kami percaya pasukan ini berada pada kedudukan yang baik sebagai sebahagian daripada J.S. Held untuk memberikan kejayaan berterusan."

Houlihan Lokey berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Ocean Tomo berhubung dengan urus niaga tersebut. Davis Graham & Stubbs LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Ocean Tomo. Vedder Price bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada eksekutif Tomo Ocean. Morgan, Lewis & Bockius LLP menasihati J.S. Held berhubung dengan urus niaga tersebut.

Tentang J.S. Held
J.S. Held ialah sebuah firma perundingan global khusus yang mana ahli profesionalnya berkhidmat sebagai penasihat pakar yang dipercayai kepada organisasi yang menghadapi keadaan berisiko tinggi yang memerlukan perhatian segera, pengetahuan yang luar biasa, integriti yang teguh serta analisis dan nasihat yang jelas. Firma ini menyediakan rangkaian perkhidmatan nasihat teknikal, saintifik, kewangan dan teknologi yang komprehensif yang membolehkan para pelanggan di seluruh spektrum industri untuk menangani situasi yang kompleks, menimbulkan perbalahan dan sering mendatangkan bencana dengan analisis yang tepat, pandangan yang boleh dipercayai serta keyakinan.

Tentang Ocean Tomo
Ditubuhkan pada tahun 2003, Ocean Tomo menyediakan perkhidmatan Pakar Kewangan, Perundingan Pengurusan dan Nasihat yang berkaitan dengan harta intelek (IP) dan aset tidak ketara yang lain; penyiasatan perakaunan korporat; kewajipan kawal selia dan pelaporan; kemampubayaran dan penstrukturan semula; serta pertikaian kontrak atau persaingan. Tawaran amalannya menangani pengiraan dan kesaksian kerosakan ekonomi; penyiasatan perakaunan dan forensik kewangan; penilaian teknologi dan aset tidak ketara; perundingan strategi dan pengurusan risiko; penggabungan dan pengambilalihan; penempatan persendirian hutang dan ekuiti; serta pembrokeran IP. Anak syarikat Ocean Tomo termasuk Ocean Tomo Investments Group, LLC, sebuah peniaga broker yang berdaftar. 

HUBUNGAN MEDIA J.S. HELD:
Monica Christopher
Ketua Pegawai Pemasaran J.S. Held LLC 
mchristopher@jsheld.com
+1 516 621 2900

HUBUNGAN MEDIA OCEAN TOMO:
Kristi L. Stathis
Ketua Pegawai Pemasaran Ocean Tomo, LLC 
kstathis@oceantomo.com
+1 773 294 4360

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1774904/JS_Held_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Ocean Tomo, LLC, a part of J.S. Held
Keywords: Acquisitions, mergers, takeovers Legal Services