omniture

YuppTV Memperoleh Hak Penyiaran TATA IPL 2022

YuppTV
2022-03-30 20:15 15

Salah satu platform penstriman kandungan dalam talian terbesar di Dunia, YuppTV menerima hak penyiaran Tata IPL 2022 di 114 buah negara untuk tahun ke-5 berturut-turut

ATLANTA, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mulai 26 Mac, para peminat di India serta sebahagian besar populasi dunia akan terpaku di hadapan set TV mereka untuk menonton Tata IPL 2022 yang amat dinanti-nantikan, dengan hak penstriman yang telah diperoleh YuppTV di 114 buah negara.

YuppTV Bags Broadcasting Rights for TATA IPL 2022
YuppTV Bags Broadcasting Rights for TATA IPL 2022

Disiarkan dari 26 Mac hingga 29 Mei 2022, pelanggan YuppTV boleh menikmati perlawanan dan bersorak untuk pasukan dan pemain kegemaran mereka hanya dari rumah dalam keadaan yang selesa dan selamat. Tahun ini akan menampilkan dua francais baharu buat julung-julung kalinya - Gujarat Titans (GT) dan Lucknow Super Giants (LSG) – bersama-sama dengan francais sedia ada - Chennai Super Kings (CSK), Delhi Capitals (DC), Kolkata Knight Riders (KKR), Mumbai Indians (MI), Punjab Kings (PBKS), Rajasthan Royals (RR), Royal Challengers Bangalore (RCB) serta Sunrisers Hyderabad (SRH).

Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif - YuppTV berkata, "Kriket sentiasa menarik perhatian ramai dan IPL telah memperbaharui semula format serta keterujaan yang dikaitkan dengannya. Selaras dengan objektif untuk membawa kriket kepada khalayak ramai, kami berasa gembira dapat menjadi platform penstriman pilihan bagi meluaskan jangkauan ke 114 buah negara di seluruh dunia. Kami memastikan bahawa teknologi sokongan kami yang teguh akan menyokong penstriman masa nyata sukan ini yang tidak terganggu, yang akan meletakkan kedudukan India pada taraf dunia berkenaan liga antarabangsa."

"Kami gembira dapat meneruskan kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan YuppTV yang terus memberi khidmat kepada diaspora India global dengan kandungan yang bertaraf dunia. Tata IPL 2022 berjanji akan menjadi edisi yang terbesar dan paling menyeronokkan sejak penubuhannya," kata Harry Griffith, Ketua Pengambilalihan & Pensindiketan- Sukan, Disney Star.

Perlawanan liga ini akan diadakan di Stadium Wankhede, Stadium Brabourne dan Stadium Patil DY di Mumbai serta Stadium Antarabangsa MCA di Pune. Kejohanan ini mengandungi 74 perlawanan pada musim ini.

Perlawanan akan disiarkan melalui YuppTV di seluruh rantau berikut:

  • Australia
  • Benua Eropah
  • Asia Tenggara (Kecuali Singapura)
  • Malaysia
  • Amerika Tengah & Selatan
  • Asia Tengah
  • Kepulauan Pasifik
  • Sri Lanka
  • Pakistan
  • Jepun
  • Nepal
  • Bhutan
  • Maldives

Tentang YuppTV 

YuppTV merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas Permintaan yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan yang menawarkan lebih 250 buah saluran TV, lebih 3,000 buah Filem dan lebih 100 buah Rancangan TV dalam 14 bahasa.

Sila layari  https://www.yupptv.com/cricket untuk maklumat lanjut.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1774690/TATA_IPL_YuppTV.jpg?p=medium600

 

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Entertainment Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements