omniture

Sentient.io Bersedia untuk Pelancaran Global TeamSpaces, Ruang Kerja Kolaboratif Inovatifnya

Sentient.io
2022-04-14 10:11 108

Mengupayakan perkongsian model AI dan set data yang lancar dan terjamin pada satu platform mudah

SINGAPURA, JAKARTA, Indonesia dan TOKYO, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Sentient.io, syarikat pemula AI dan pasaran data berpangkalan di Singapura, hari ini mengumumkan pelancaran global ruang kerja kolaboratifnya, TeamSpaces, dibenamkan dalam platform Sentient.io natif. Ini membolehkan cara yang lebih mudah yang melaluinya pasukan boleh bekerjasama dan membangun dalam ruang yang terjamin dan peribadi.

Banyak syarikat pada hari ini menghadapi cabaran menerima pakai AI terutamanya kerana mereka kekurangan set kemahiran untuk membangunkan model AI. Sentient.io menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan model AI yang sedia digunakan yang tersedia sebagai API kepada pembangun perisian yang kurang mahir dalam AI atau sains data. Ini menjadikan penerimaan AI lebih pantas dalam syarikat-syarikat dan dapat mengurangkan masa yang diambil lebih dua pertiga lamanya!

Serupa dengan proposisi nilai platform AI-sebagai-satu-perkhidmatan Sentient.io, TeamSpaces dapat membantu menangani cabaran yang berbeza apabila melibatkan penerimaan teknologi untuk meningkatkan amalan perniagaan dalam aspek pembangunan. Pengguna berupaya berkolaborasi pada algoritma sebarang sumber tanpa sekatan, dengan akses tersedia baik pada awan mahupun sistem dalaman, berserta alat dan fungsi pengurusan projek yang lebih mudah. Di samping itu, pengguna juga boleh menjemput rakan usaha sama ke dalam TeamSpaces mereka untuk berkongsi set data atau API sebagai 'sandbox' atau mencipta berbilang 'sandbox' untuk rakan kongsi ekosistem dan bakal tersedia tidak lama lagi, berupaya melaksanakan Model AI tanpa-kod atau editor analitik ke dalam penyelesaian.

"Telah berada dalam industri ini untuk tempoh waktu yang agak lama, kecekapan data dan AI adalah sangat penting tatkala kami melangkah selanjutnya menuju revolusi digital. Penciptaan dan penerimaan TeamSpaces akan membolehkan pembangun yang berada di mana-mana bukan sahaja untuk memanfaatkan alat canggih yang boleh digunakan oleh Sentient.io, tetapi juga bekerjasama dengan lebih erat bersama rakan kongsi mereka untuk menghidupkan visi kreatif," kata Christopher Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif Sentient.io. "Kami mempunyai hasrat yang kuat untuk menyokong platform dan inovasi seperti TeamSpaces untuk tempoh jangka panjang dan akan terus memperhalusi dan meningkatkan penawaran kami bagi memastikan semua orang dalam industri ini boleh mendapat manfaat dan membuka jalan menuju masa depan yang lebih cerah."

Tanpa mengira sama ada ia merupakan syarikat pemula atau perusahaan yang telah mantap yang ingin merekrut saintis data atau jurutera AI terbaik, atau mencari ekosistem rakan kongsi inovasi yang kukuh, bantuan yang disediakan oleh TeamSpaces tidak dapat dinafikan dan tidak ternilai. Dengan menguasai kolaborasi dan menerima kecekapan yang dijayakan oleh ruang kerja yang benar-benar bersifat kolaboratif ini, syarikat-syarikat boleh bergantung kepada sokongan dalaman dan luaran, disandarkan oleh persekitaran yang selamat dan kondusif.

Dengan pelan langganan atau bayaran lesen yang disediakan dalam awan awam atau persediaan awan persendirian/di-premis masing-masing, TeamSpaces berupaya untuk menyampaikan nilai yang amat besar pada harga yang berpatutan, dengan pakej-pakej yang dapat menampung industri-industri serta keperluan tertentu. Keadaan penggunaan TeamSpaces terdahulu membawa kepada pengurangan kos sehingga 50% selain peningkatan produktiviti dan inovasi. Pemilik mengekalkan tahap kawalan dan kefleksibelan penugasan yang tinggi, dengan penyepaduan lancar ke dalam penyedia perisian lain demi memacu lebih banyak output.

Matlamat Sentient.io adalah untuk mengubah naratif penerimaan AI dengan penyelesaian yang sedia digunakan diteruskan dengan TeamSpaces dan pembangun hanya akan mendapat manfaat daripada inovasi terkini ini.

Latar Belakang Sentient.io 

Ditubuhkan pada tahun 2017, Sentient.io ialah syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) Singapura yang bermatlamat untuk membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai sedikit atau tiada kemahiran AI untuk mencipta aplikasi didayakan AI atau perkhidmatan berpandukan AI dengan membenamkan keupayaan AI ke dalam aplikasi mereka. Para pelabur Sentient.io melibatkan A*ccelerate, cabang pengkomersialan A*STAR dan telah menerima dana daripada Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Enterprise Singapore. Sentient.io percaya bahawa AI harus dijadikan lazim dan boleh diakses. Syarikat pemula ini kini berada dalam fasa Siri B1nya.

Hubungan Media
Linda Tan
Emel: linda@sentient.io

 

 

Source: Sentient.io
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services