omniture

Casio bakal Lancar Model Kolaborasi EDIFICE dengan TOM'S, Diinspirasikan oleh Kereta Sport Mewah

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-04-20 05:55 185

TOKYO, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan terkini kepada barisan EDIFICE berdasarkan kepada konsep jenama "Kepantasan dan Kecerdasan" ("Speed and Intelligence"). Edisi Terhad TOM'S EQB-1100TMS ialah model kolaborasi yang direka bentuk bersama TOM'S untuk menonjolkan elemen kereta sport mewah yang merupakan kepakaran pasukan berkenaan.

EQB-1100TMS
EQB-1100TMS

TOM'S ialah pasukan lumba Jepun terunggul yang bersaing dalam perlumbaan yang paling berprestij di Jepun dengan beberapa kejohanan SUPER GT dan SUPER FORMULA berjaya dimenanginya. Syarikat ini turut membawa teknologi yang diusahakannya untuk perlumbaan kepada alat ganti selepas pasaran dan kereta tersuainya. Dengan pasukan TOM'S memerlukan jam tangan yang membolehkan ahli-ahlinya berkongsi waktu yang tepat semasa perlumbaan, Casio telah menjadi penaja sejak tahun 2013 melalui EDIFICE, barisan jam tangannya yang diinspirasikan oleh pandangan dunia sukan bermotor.

Kolaborasi ketiga antara TOM'S dan Casio, EQB-1100TMS merupakan jam tangan berprestasi tinggi yang mempunyai bekas jam nipis yang hanya berukuran 8.9mm dan reka bentuk yang diinspirasikan oleh kereta sport mewah TOM'S. Jam tangan tersebut menampilkan muka jam yang diperbuat daripada gentian karbon yang begitu lazim dalam sukan bermotor dan diaksenkan dengan logo TOM'S, jarum saat dan jarum penunjuk berwarna emas agar kelihatan mewah diperkaya. Penggredan di sekitar perimeter kristal nilam dan muka jam inset di kedudukan pukul 6 mencipta semula perubahan warna paip ekor titanium kereta sport apabila haba ekzos menyebabkan titanium berubah menjadi kebiruan. Setiap perincian dihasilkan di bawah pengawasan TOM'S termasuk bezel oktagon yang dikemaskan dengan penyaduran ion hitam serta bekas jam dan tali jam bersadur ion kelabu untuk jam tangan bergaya yang sama hebat seperti kereta sport mewah syarikat berkenaan.

EQB-1100TMS turut dilengkapi dengan fungsi Mobile Link yang menyambungkannya melalui Bluetooth® ke telefon pintar. Apabila digunakan dengan aplikasi EDIFICE Connected khusus, jam tangan tersebut melaraskan waktu secara automatik dan membolehkan pemakai menggunakan telefon pintar mereka untuk memilih mana-mana daripada kira-kira 300 bandar dengan mudah untuk mendapatkan waktu dunia dan memaparkan waktu tersebut di dua buah bandar. Sistem pengecasan Tough Solar menukarkan cahaya untuk memberi kuasa kepada jam tangan tersebut demi ciri praktikal dan kemudahan.

EQB-1100TMS
EQB-1100TMS

 

TOM’S logo, second hand and indicator hand in gold color
TOM’S logo, second hand and indicator hand in gold color

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Auto Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Licensing/marketing agreements New products/services