omniture

Pameran Canton ke-131 promosikan kluster industri serantau di kawasan kurang maju

Pameran Canton
2022-04-25 14:41 124

GUANGZHOU, China, 25 April 2022 /PRNewswire/ -- Satu pencapaian penting untuk memperkasa pembangunan serantau dan mendayakan pembangunan baharu kepada ekonomi, zon "Penggiatan Luar Bandar" khusus di Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-131 yang sedang berlangsung ini membawa 974 peserta pameran dari kawasan-kawasan kurang maju ke dalam talian bagi menyokong mereka dalam mengambil langkah pertama dari dalam ke luar negara dengan produk khusus mereka.

Pameran Canton ke-131 promosikan kluster industri serantau di kawasan kurang maju
Pameran Canton ke-131 promosikan kluster industri serantau di kawasan kurang maju

"Pameran Canton telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam mengulangi strategi pembasmian kemiskinan negara ini dan mengukuhkan penggiatan luar bandar dengan membolehkan peserta pameran ini menyertai kami dan mempromosikan produk mereka kepada dunia," kata Alan Liu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton, "Tahun ini, kami berasa gembira melihat mereka menerokai selanjutnya pasaran antarabangsa."

Pameran Canton membantu memacu hasil kepada komuniti tempatan 

Bagi membantu syarikat-syarikat menangani cabaran dalam menjalankan perniagaan ekoran batasan geografi, Pameran Canton membangunkan modul sokongan kreatif menerusi zon "Penggiatan Luar Bandar". Ia menyediakan perkhidmatan kepada peserta pameran yang dapat membantu mereka memperoleh pengetahuan penting berkenaan perdagangan antarabangsa untuk menerima hasrat dengan lebih baik termasuk keupayaan pemasaran antarabangsa dan pemadanan dengan pelanggan berpotensi.

Kaimili, sebuah syarikat eksport dari wilayah Yunnan, China memperkenalkan ladu nasi khas mereka dan ban 'porcini' di pameran pertama mereka di Pameran Canton sesi ini. Syarikat ini datangnya dari sebuah daerah tempatan yang telah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan pada tahun 2019. Produk syarikat ini turut merangkumi pelbagai produk pertanian Yunnan seperti cendawan, lada dan articok.

Tan Ting, pengurus pembangunan perniagaan Syarikat ini yang tidak sabar-sabar menantikan perjalanan beliau di Pameran Canton, berkata bahawa syarikat ini menjangkakan untuk meningkatkan jumlah jualannya bagi membantu lebih ramai petani tempatan meningkatkan pendapatan mereka.

"Dalam konteks pandemik COVID-19, Pameran Canton menyediakan kami dengan peluang untuk membantu komuniti tempatan berkembang maju dan memperbaiki taraf hidup, memandangkan kami dapat berkomunikasi dengan pelanggan secara dalam talian agar kami dapat membincangkan mengenai perniagaan dengan mudah dan mengambil pesanan di depan pintu kami," kata Tan.

Platform khusus untuk menyokong pembangunan baharu kluster tempatan 

Tindakan menyokong syarikat-syarikat dari kawasan-kawasan kurang maju boleh disusur kembali ke tahun 2017, memandangkan Pameran Canton telah menubuhkan zon produk khusus selama tujuh tahun berturut-turut yang telah menjadi kemuncak dalam pembasmian kemiskinan.

Enquan, sebuah syarikat berpangkalan di Jiangxi yang mengkhusus dalam produk minyak kamelia, mengembangkan perniagaannya melalui pameran khas Pameran Canton. Zhao Enquan, pengerusi syarikat berkenaan, menyatakan bahawa selepas mengambil bahagian dalam Pameran Canton selama bertahun-tahun. syarikat tersebut menjadikan produknya semakin popular menerusi banyak kes perniagaan yang berjaya. Kini, syarikat tersebut memiliki tapak minyak kamelia berkeluasan 60,000-ekar yang dapat memimpin penduduk setempat untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

"Dengan bantuan Pameran Canton, kami semakin meluaskan skala jualan tahunan kami. Kini, kami dapat membawa lebih banyak faedah ekonomi, sosial dan ekologi kepada komuniti tempatan kami dengan hutan minyak kamelia berkeluasan 20,000-ekar yang baru ditanam di 8 buah bandar tempatan dan 22 buah kampung," kata Zhao.

Kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email untuk lebih banyak peluang.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail