omniture

Model Terkenal Luar Jalan Baharu - GWM Lancar SUV Perniagaan Mewah Baharu GWM TANK500

GWM
2022-04-25 22:37 135

BAODING, China, 25 April 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM TANK500, model baharu jenama TANK GWM dilancarkan di China, seterusnya menjadi salah satu model yang paling hangat dalam pasaran tempatan.

GWM TANK500
GWM TANK500

Sebagai ahli baharu dalam GWM, GWM TANK500, model SUV sederhana dan besar, tergolong dalam siri perniagaan mewah pertama jenama ini yang mempunyai ciri-ciri perniagaan mahupun luar jalan.

GWM TANK500 mempunyai rupa luaran yang tahan lasak dan profil badan kereta yang lebih besar berbanding model-model dalam kelasnya. Dengan jeriji mendatar yang besar dan lampu besar segi empat sama asli, kesan visual yang lebih matang dan mantap tercipta. Garisan badan kereta, seperti garisan sisi di bahagian tengah badan kereta yang menyambungkan lampu besar dan lampu belakang, adalah licin dan menyerlahkan kehalusannya.

Selain daripada penampilannya yang megah, bahagian dalam GWM TANK500 menyampaikan perasaan yang lembut, sama seperti seorang lelaki yang bersopan-santun. Bahan yang lembut dan corak kayu diaplikasikan dengan mewah pada ruang dalam kenderaan ini, membawakan suasana yang lembut dan hangat. Sama ada roda stereng atau tempat duduk kereta, kesemuanya dibalut dengan kulit asli bagi memberi keselesaan model perniagaan mewah apabila pengguna menyentuh roda stereng dan menyandarkan badan di tempat duduk.

Kenderaan ini juga mempunyai tetapan siri kereta mewah seperti Internet pelbagai kenderaan, bumbung matahari panoramik dan kaca privasi. Khususnya, reka bentuk kaca privasi mencerminkan sepenuhnya butiran kualiti mewah GWM TANK500.

Bagi pengalaman pemanduan, GWM TANK500 mewarisi kelebihan jenama TANK dalam pemanduan luar jalan dari segi keupayaan penerokaan dan struktur casis. Lebih penting lagi, kenderaan ini merupakan model GMW pertama yang dilengkapi dengan kombinasi kuasa 3.0T+9AT. Kuasa yang hebat bukan sahaja dapat membantu mengendalikan pelbagai keadaan jalan raya yang rumit, tetapi juga dapat memberi rasa selamat yang lebih mencukupi kepada pengguna menerusi kestabilannya.

Model baharu ini juga mesra walaupun terhadap pemandu luar jalan yang baharu. Sistem pacuan empat roda ini boleh ditukarkan kepada sistem pacuan dua roda bagi menjamin sepenuhnya kecekapan bahan apinya. Keperluan pengguna dapat dipenuhi tanpa mengira sama ada ia merupakan pemanduan luar jalan sekali-sekala atau berulang alik harian.

Selepas pandu uji GWM TANK500, ramai pengguna memberi komen yang positif bahawa kereta ini memenuhi harapan pengguna secara komprehensif dalam era baharu untuk kehidupan kereta yang berkualiti tinggi dalam masa terdekat. Ia lebih kepada pembantu serba boleh untuk seisi keluarga, mengambil peranan sebagai penyedia perkhidmatan yang komprehensif untuk tujuan perniagaan, berulang alik setiap hari dan perjalanan keluarga.

Pelancaran GWM TANK500 akan menarik minat lebih ramai pengguna kepada jenama TANK sementara pengguna masih mempunyai kesan yang mendalam terhadap populariti GWM TANK300, model popular pertama jenama TANK dalam pasaran tempatan.

Dalam separuh kedua tahun 2022, GWM merancang untuk melancarkan GWM TANK300 dan GWM TANK500 dalam pasaran luar negara. Kedua-dua model ini akan berpotensi membawa banyak kejutan yang menggembirakan kepada pengguna global.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services