omniture

Yili Menjadi Pengeluar Tenusu Pertama Asia Jangkaui RMB 100 Bilion Hasil Tahunan

Yili Group
2022-05-02 16:43 219
  • Keputusannya memenuhi sasaran RMB 100 bilion syarikat bagi Tahun Fiskal 2021 dengan syarikat ini turut memberikan permulaan yang mantap untuk Tahun Fiskal 2022 dalam suku pertama
  • Walaupun dengan isu-isu yang masih berlaku yang berkaitan dengan COVID-19, syarikat ini terus mencatatkan peningkatan yang kukuh dari segi hasil dan keuntungan

HOHHOT, China, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi tenusu global Yili Group telah menjadi pengeluar tenusu pertama Asia yang mencatatkan hasil tahunan melebihi RMB 100 bilion, mengukuhkan dominasi syarikat ini di rantau ini.

Yili Menjadi Pengeluar Tenusu Pertama Asia Jangkaui RMB 100 Bilion Hasil Tahunan
Yili Menjadi Pengeluar Tenusu Pertama Asia Jangkaui RMB 100 Bilion Hasil Tahunan

Jumlah hasil untuk syarikat ini pada tahun 2021 ialah RMB 110.595 bilion, meningkat 14.15% berbanding tahun sebelumnya dan lebih daripada RMB 13.7 bilion berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih melonjak 23% berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah RMB 8.732 bilion.

Keputusan suku pertama bagi tahun 2022 mendedahkan hasil keseluruhan untuk Yili Group adalah sebanyak RMB 31.047 bilion, satu peningkatan sebanyak 13.47% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih meningkat 24.08% berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah RMB 3.508 bilion.

Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, menyatakan bahawa Yili akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bekalan produk tenusu yang mencukupi dalam keadaan wabak yang masih berlaku ini. Syarikat ini akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi bagi memenuhi keperluan kesihatan pelanggan serta untuk mencipta nilai buat kakitangan, pelabur dan masyarakat.

Produk teras terus mengungguli pasaran 

Produk teras Yili mengekalkan momentum yang kukuh pada tahun 2021 lantaran pelaburan syarikat ini dalam inovasi produk, pengoptimuman portfolio produk dan pengembangan saluran.

Perniagaan susu cair utamanya menjana hasil sebanyak RMB 84.911 bilion, meningkat 11.54% berbanding tahun sebelumnya dan terus mengungguli pasaran tenusu. Yili Pure Milk, Satine Pure Milk dan AMBPOMIAL Yoghurt Series mencatatkan rekod jualan tahunan sebanyak RMB 20 bilion. Satine Organic Series terus menduduki kedudukan pertama dalam segmen susu organik pada tahun 2021. Sektor ais krim menjana hasil sebanyak RMB 7.161 bilion untuk Yili, meningkat 16.28% berbanding tahun sebelumnya.

Pemacu pertumbuhan baharu muncul dengan perniagaan susu tepung menerajui laluannya

Pada Tahun Fiskal 2021, perniagaan susu tepung dan yang berkaitan daripada syarikat ini menjana hasil sebanyak RMB 16.209 bilion, satu peningkatan sebanyak 25.80% berbanding tahun sebelumnya, lalu menunjukkan momentum pertumbuhan yang kukuh. Dalam sektor keju yang berpotensi tinggi, perniagaan keju Yili meningkat sebanyak lebih daripada 150% berbanding tahun sebelumnya.

Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat ini meningkat 23.39% kepada RMB 601 juta, angka yang jauh lebih tinggi berbanding purata industri.

Yili meneruskan pengembangan strategik dalam seluruh rantaian industri

Pada bulan Mac 2022, Yili menyempurnakan pemerolehan rasmi Ausnutria Dairy. Syarikat ini menubuhkan sebuah syarikat keju sebagai respons kepada pertumbuhan yang pesat dalam industri ini. Produk utama Yili kini menembusi pasaran merentas lima benua dan lebih daripada 60 negara dan wilayah, dengan hasil daripada perniagaan luar negaranya meningkat sebanyak 8% berbanding tahun sebelumnya. Contoh unggul berhubung pencapaian luar negara syarikat ini termasuk tapak pengeluaran ais krim di Indonesia dan penaiktarafan kilang-kilang Westland.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Earnings