omniture

Rockwell Automation Kini MenawarkanPlatform Pembuatan Pintar Natif-Awan Plex Systems di Asia Tenggara

Rockwell Automation
2022-05-04 10:58 151

Plex menawarkan paparan masa sebenar bagi keseluruhan kitaran hayat pengeluaran, menghubungkan orang ramai, sistem, mesin dan rantaian bekalan untuk memacu kejituan, kecekapan dan ketangkasan

SINGAPURA, 4 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus untuk automasi industri dan transformasi digital, kini menawarkan platform pembuatan pintar natif-awan yang terkemuka di dunia Plex Systems melalui salurannya di Asia Tenggara.

Platform Pembuatan Pintar PLEX (Plex Smart Manufacturing Platform) ialah satu-satunya penyelesaian Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) contoh-tunggal, berbilang-penyewa yang beroperasi secara meluas, memberi paparan masa sebenar kepada perniagaan mengenai keseluruhan kitaran hayat pengeluaran. Platform tersebut melibatkan penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan yang maju (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, pengurusan prestasi aset, pemantauan pengeluaran, automasi proses dan analitik, berserta keupayaan keterhubungan mesin.

Plex memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan dalam sektor proses pembuatan diskret yang berulang ulang dan proses pembuatan yang berjumlah tinggi, seperti sektor automotif, fabrikasi logam, elektronik, makanan dan minuman serta aeroangkasa. Perniagaan boleh menghubungkan, mengautomasikan, menjejak dan menganalisis dengan mudah setiap aspek perniagaan mereka bagi mencapai kejituan, kecekapan dan ketangkasan.

Permintaan terhadap automasi industri dan penyelesaian Industri 4.0 semakin meningkat di rantau ini. Pasaran automasi industri dan kawalan proses Asia Tenggara dijangka bernilai US$4.97 bilion menjelang tahun 2025[1]. Permintaan ini didorong oleh kesedaran teknikal yang tinggi mengenai penggunaan robotik dan keupayaan pengeluaran mantap sektor pembuatan.

Di samping itu, laporan McKinsey menganggarkan bahawa dengan menerima langkah-langkah Industri 4.0—penggunaan sistem dan teknologi pintar berpandukan data, untuk meningkatkan kapasiti inventori dan pengkomputeran—dapat meningkatkan produktiviti rantau ASEAN sehingga US$600 bilion menjelang tahun 2025.[2]

"IDC mendedahkan bahawa pelaburan dalam infrastruktur awan, perisian dan platform merupakan salah satu daripada tiga bidang teknologi tumpuan utama bagi pengeluar Asia Pasifik. Keperluan kritikal terhadap pemantauan dan penjejakan data telah mendorong pengeluar untuk beralih daripada atas-premis kepada platform awan dan penerimaan ini akan terus meningkat. IDC menganggarkan perbelanjaan untuk aplikasi dan infrastruktur awan akan mencecah US$124 bilion menjelang tahun 2025 pada kadar pertumbuhan 28.8%[3] berbanding tahun sebelumnya," kata Marcelo Tarkieltaub, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Rockwell Automation. "Penyelesaian perisian-sebagai-satu-perkhidmatan berasaskan awan dapat memberi impak yang luar biasa ke atas pembuatan, mempercepatkan inovasi, memperkemas operasi dan menyumbang ke arah produktiviti dan pertumbuhan perniagaan. Plex menjadikan penyelesaian automasi dan pembuatan pintar lebih mudah diakses untuk pengilang Asia Tenggara," tambah Tarkieltaub.

Diambil alih oleh Rockwell Automation pada September 2021, Plex mempunyai lebih 700 pelanggan di hampir 40 negara termasuk di Asia dan mengurus lebih daripada 8 bilion transaksi sehari. Jangkauan Plex kini dilanjutkan sebagai sebahagian daripada segmen operasi Perisian dan Kawalan Rockwell yang menyediakan tawaran perkakasan dan perisian yang utama bagi tujuan reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan automasi pengeluaran dan sistem pengurusan.

Rockwell Automation telah berada di Asia Pasifik selama lebih 40 tahun dan terus melabur dalam visinya untuk mengembangkan kemungkinan yang boleh dicapai oleh manusia dan transformasi digital untuk pelanggannya di seluruh rantau ini. Dengan lebih 5,800 pekerja berdedikasi di rantau ini dan ekosistem rakan kongsi yang mantap berkolaborasi ke arah menyampaikan nilai kepada pelanggan kami, Rockwell Automation terus mentransformasikan industri ini, menyerlahkan potensi dan produktiviti melalui inovasi automatik dan terhubung.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 24,500 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com

Latar Belakang Plex Systems

Plex Systems, Inc., sebuah Syarikat Rockwell Automation, merupakan peneraju bagi penyelesaian pembuatan pintar disampaikan oleh awan, memperkasa pengeluar di dunia untuk menghasilkan produk yang hebat. Platform kami memberi keupayaan kepada pengilang untuk menghubungkan, mengautomasikan, menjejak dan menganalisis setiap aspek perniagaan mereka bagi memacu transformasi. Plex Smart Manufacturing Platform melibatkan penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, pengurusan prestasi aset, pemantauan pengeluaran, automasi proses dan analitik untuk menghubungkan orang ramai, sistem, mesin dan rantaian bekalan, bagi membolehkan mereka menjadi peneraju dengan tepat, cekap dan tangkas.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Mining/Metals Telecommunications New products/services