omniture

CGTN: Hari Ibu: Kisah Xi Jinping dan ibu beliau

CGTN
2022-05-11 02:11 200

BEIJING, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada Hari Ibu Antarabangsa yang jatuh pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun, orang ramai dari serata dunia berkongsi kisah mengenai ibu mereka dan menunjukkan kasih sayang dan rasa syukur kepada insan yang melahirkan mereka ke dunia ini.

Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan untuk anak-anak dan ini tidak terkecuali untuk Presiden Cina Xi Jinping.

Beliau mengimbau kembali kisah bagaimana ibu beliau Qi Xin telah mempengaruhi beliau sepanjang hayat beliau.

Dilahirkan pada tahun 1926, Qi menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1943 ketika berusia 17 tahun dan menjadi penyokong tegar nilai dan kepercayaan Parti berkenaan.

"Ibu bapa dan orang tua hendaklah mewariskan akhlak yang baik kepada anak-anak mereka sewaktu mereka kecil, membantu mereka membina integriti moral dan perasaan muhibah agar mereka dapat membesar menjadi insan yang dapat menyumbang kepada negara dan masyarakat umum," Qi pernah berkata.

'Berkhidmat kepada negara dengan penuh kesetiaan'

Semasa Xi berumur sekitar lima atau enam tahun, ibu beliau membelikan buku bergambar kepada beliau dan menceritakan kisah Yue Fei, seorang jeneral legenda yang berperang untuk membela bangsanya dengan penuh kesetiaan semasa Dinasti Song Selatan (1127-1279).

Ibunya memberitahu budak lelaki itu bagaimana ibu Yue Fei melukis empat aksara Cina yang secara harfiahnya diterjemahkan sebagai "berkhidmat kepada negara dengan penuh kesetiaan," pada bahagian belakang anak lelakinya.

"Saya berkata ia pasti amat sakit apabila kata-kata tersebut dilukis di bahagian belakang," Xi mengimbau. "Namun, ibu saya berkata walaupun ia menyakitkan, beliau mengingatinya sepenuh hati."

Sejak itu, Xi memanfaatkaan kata-kata tersebut sebagai matlamat untuk dikejar dalam kehidupan.

Ketaataan kepada ibu bapa yang tertinggi

Sebagai seorang anak yang taat, Xi berbual bersama ibu beliau dan bersiar-siar bersamanya bilamana beliau mempunyai masa terluang. Gambar beliau berjalan sambi berpegangan tangan bersama ibu beliau diletakkan di atas rak buku beliau.

Semasa Festival Musim Bunga 2001, Xi, ketika itu merupakan gabenor Wilayah Fujian, tenggara China, tidak dapat berkumpul bersama ibu bapa beliau disebabkan oleh tugas.

Qi menghubungi anak lelaki beliau, berkata bahawa selagi mana beliau melakukan yang terbaik untuk tugas beliau, beliau menunjukkan ketaataan kepada ibu bapa yang tertinggi kepada beliau dan juga bapa beliau.

Kata-kata sokongan ibu beliau benar-benar memberi inspirasi kepada Xi untuk berkhidmat kepada rakyat dengan matlamat untuk mencapai kehidupan yang baik untuk keluarga bangsa Cina.

Xi berulang-kali berkata bahawa beliau "menyayangi rakyat sama seperti menyayangi ibu bapa beliau."

Mewariskan tradisi keluarga 

Qi menjalani kehidupan yang ringkas, yang menjadi suatu tradisi keluarga. Gaya hidup beliau dan suasana keluarga membimbing nilai Xi.

"Seseorang yang gagal menjadi seorang yang amanah dan berdisiplin akan menjadi insan yang tidak mempunyai keberanian. Ingatlah bahawa kejujuran merupakan satu rahmat dan sifat tamak merupakan satu laknat dan dalam masa yang sama mewujudkan pandangan yang betul mengenai kuasa, status dan kepentingan," Qi pernah menulis dalam sepucuk surat kepada Xi, mengingatkan beliau mengenai disiplin diri.

Xi menerapkan kepercayaan ini ke dalam ideologi beliau dan amalan tadbir urus.

Pada tahun 2000, Qi meluangkan selama 40 hari melawat kawasan tapak revolusioner lama CPC di Shaanxi, Gansu dan Ningxia. Di Zhaojin, pusat kawasan tersebut, beliau melihat sebuah bilik darjah sekolah rendah tempatan yang buruk dan menggerakkan keluarga beliau untuk menyumbang sebanyak 150,000 yuan bagi membina semula sekolah tersebut.

Pada bulan Mei 2018, para pelajar sekolah berkenaan menulis sepucuk surat kepada Xi, melaporkan mengenai pembelajaran mereka dan pembangunan sekolah berkenaan. Seminggu kemudian, presiden membalas surat tersebut, menggalakkan mereka untuk mewarisi dan meneruskan semangat CPC dengan tindakan yang konkrit.

Hari Ibu: Kisah Xi Jinping dan ibu beliau Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan yang penting untuk anak-anak dan ini tidak terkecuali untuk Presiden Cina Xi Jinping.

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements