omniture

XCMG Perkukuh Kehadirannya dalam Pasaran Asia Tenggara dengan Produk dan Perkhidmatan Mantap

XCMG
2022-05-11 02:15 202
  • Kren Semua-rupa-bumi Tanan Terbesar Dieksport dari China ke Pasaran Luar Negara Mulakan Operasi di Singapura 

SINGAPURA, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Kren semua-rupa-bumi XCA800 daripada XCMG (SHE: 000425), kren semua-rupa-bumi tanan terbesar China yang telah dieksport ke pasaran luar negara, telah memulakan operasi buat julung kali di tapak pembinaan di timur laut Singapura, sebuah projek kilang cip yang dilaburkan oleh negara Jerman.

Kren Semua-Rupa-Bumi XCA800 daripada XCMG, Kren Semua-rupa-bumi Tanan Terbesar Dieksport dari China ke Pasaran Luar Negara Mulakan Operasi di Singapura.
Kren Semua-Rupa-Bumi XCA800 daripada XCMG, Kren Semua-rupa-bumi Tanan Terbesar Dieksport dari China ke Pasaran Luar Negara Mulakan Operasi di Singapura.

Dua unit XCA800 dan satu unit XCA500 digunakan untuk tapak pembinaan tersebut pada pertengahan bulan Mac. Syarikat Jerman berkenaan mempunyai syarat-syarat yang ketat untuk peralatan pembinaan termasuk had ketinggian 55 meter, setiap kren harus menyimpan 30 peratus beban angkat dan keperluan tanan melebihi 500 tan. Setiap kren yang memasuki kilang cip dipasang dengan perakam data yang menghantar dan menganalisis keadaan pembinaan pada waktu sebenar.

"Sebagai daya penggerak utama ekonomi global, negara-negara Asia-Pasifik sedang membangun dengan pesat dan dengan matlamat untuk 'mengekalkan kestabilan dan meningkatkan kualiti,' kren tanan besar dan kren jenis-Y XCMG menembusi pasaran Asia-Pasifik sejak awal tahun 2022. Nilai keseluruhan kren ini telah melangkaui USD 15 juta dan ia menunjukkan kekuatan dan kevitalan industri-industri pembuatan peralatan China dalam pasaran antarabangsa," kata Wang Min, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi XCMG.

Selain daripada produk yang hebat, XCMG turut memberi tumpuan untuk mempromosikan perkhidmatan selepas-jualan. Syarikat ini menjalankan siri acara untuk seluruh perkhidmatan kitaran hayat dan integrasi rantaian nilai, menyediakan perkhidmatan sehenti yang mudah dan cekap yang meliputi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan pembiayaan.

XCMG melancarkan jelajah perkhidmatan kren rangkak Filipina pada Oktober lalu dan telah melawat lebih dua belas pelanggan dan menservis lebih daripada 100 unit peralatan, mengumpul jumlah jarak sejauh 5,600 kilometer bagi menyediakan bantuan operasi dan perkhidmatan latihan kren rangkak XGC12000. Jurutera XCMG melawat pelabuhan dan melatih kakitangan projek berhubung teknik-teknik pemasangan dan penyahpasangan kren rangkak. Pasukan perkhidmatan ditempatkan di gudang pelanggan selama 20 hari untuk memastikan kejayaan pengangkutan dan operasi kren rangkak.

"Filipina mempunyai kapasiti pasaran yang besar dengan bilangan peralatan yang banyak dan keperluan khidmat pelanggan yang berbeza. XCMG telah mewujudkan jaringan jualan, perkhidmatan dan alat ganti yang komprehensif di Filipina yang dapat memberi tindak balas kepada pelanggan tanpa sebarang kelewatan," kata Wang.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Transportation