omniture

Huawei SD-WAN Diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan Gartner® Peer™ untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

Huawei
2022-05-12 09:50 206

SHENZHEN, China, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2022 untuk Infrastruktur Pinggir WAN, menerima pengiktirafan ini buat tahun ketiga berturut-turut. Menurut laporan Voice of the Customer (Suara Pelanggan), Huawei SD-WAN menerima sejumlah 102 ulasan dan penarafan keseluruhan dengan 4.9/5 bintang daripada pelanggan merentas industri-industri di serata dunia setakat Disember 2021. Huawei SD-WAN turut dinamakan sebagai "Pilihan Pelanggan" dalam tiga kategori: Perusahaan Bersaiz Sederhana, Asia/Pasifik dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dalam laporan yang sama. Kami berpendapat, pengiktirafan sedemikian merupakan bukti pengesahan yang meluas terhadap penyelesaian SD-WAN Huawei daripada pelanggan seluruh dunia.

Huawei SD-WAN recognized as a 2022 Gartner Peer Insights Customers' Choice
Huawei SD-WAN recognized as a 2022 Gartner Peer Insights Customers' Choice

Setakat 31 Disember 2021, pelanggan daripada pelbagai industri seperti kewangan, pembuatan dan perkhidmatan, mengkaji semula secara komprehensif produk dan penyelesaian infrastruktur pinggir WAN daripada pelbagai vendor dari segi fungsian, pelaksanaan, O&M dan sokongan perkhidmatan.

Buat julung kalinya, Gartner mengkategorikan vendor infrastruktur pinggir WAN kepada empat kuadran berdasarkan kepada Minat dan Penerimaan Pengguna (Paksi-X) dan Penarafan Keseluruhan (Paksi-Y). Huawei menerima skor 100% dalam Kesediaan untuk Mengesyorkan dan mendapat skor penarafan keseluruhan tertinggi iaitu 4.9/5 bintang. Pada pendapat kami, keputusan yang mengagumkan ini menunjukkan sepenuhnya pengiktirafan pelanggan global terhadap Huawei SD-WAN dari segi kedudukan industri, skala pelaksanaan dan kematangan komersial.

Pesanan keseluruhan daripada pelanggan yang memilih penyelesaian SD-WAN Huawei adalah sangat positif. Berikut merupakan beberapa petikan:

  • "Kami amat gembira kerana akhirnya kami memilih Huawei SD-WAN. Menurut keputusan pelaksanaan, Huawei SD-WAN dapat menyediakan penyelesaian sambungan rangkaian yang sangat terjamin, selamat dan pintar. Pengurusan penumpuan LAN-WAN mereka membantu kami mengurangkan banyak OPEX." — Seorang pelanggan dalam industri pengangkutan[1]
  • "Pasukan Huawei SD-WAN adalah sangat profesional dan bertindak balas dengan pantas. Pasukan Huawei SD-WAN sentiasa dapat memberi tindak balas yang sangat cepat dan penyelesaian yang baik kepada saya. Penyelesaian itu sendiri adalah sangat bermanfaat untuk melihat kualiti rangkaian." — Seorang pelanggan dalam industri kewangan[2]

Huawei ialah pengusaha yang mantap dalam pasaran SD-WAN, menawarkan kemudahan kepada lebih ribuan pelanggan di serata dunia termasuk Itali, Sepanyol, Jepun, Thailand, Mexico dan China. Setakat Mac 2022, Huawei dinamakan sebagai Pencabar (Challenger) dalam Gartner Magic Quadrant™ untuk Infrastruktur Pinggir WAN selama empat tahun berturut-turut.

[1] https://www.gartner.com/reviews/market/wan-edge-infrastructure/vendor/huawei/product/cloudwan/review/view/3921638

[2] https://www.gartner.com/reviews/market/wan-edge-infrastructure/vendor/huawei/product/cloudwan/review/view/3894676 

"Kami teruja apabila dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights untuk Infrastruktur Pinggir WAN sekali lagi pada tahun 2022. Ini merupakan bukti dedikasi sekian lama dan prestasi pasaran luar biasa Huawei dalam bidang SD-WAN. Kami amat menghargai kepercayaan daripada semua pelanggan perusahaan terhadap penyelesaian SD-WAN kami," kata Tongqiang Cao, pengarah penyelesaian SD-WAN Huawei. "Memandang ke hadapan, kami akan melakukan inovasi yang berterusan, menyediakan sambungan rangkaian yang lebih pantas, lebih stabil dan lebih pintar serta membantu perusahaan mempercepatkan transformasi digital dengan penyelesaian SD-WAN kami yang menampilkan pengalaman pengguna yang lebih baik."

Untuk maklumat lanjut mengenai penghala AR NetEngine dan penyelesaian SD-WAN Huawei, kunjungi laman sesawang Huawei SD-WAN: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/sd-wan

Sumber: 

1. Gartner Peer Insights 'Voice of the Customer': WAN Edge Infrastructure, 24 Mac 2022

2. Gartner, Magic Quadrant for WAN Edge Infrastructure, 2021

Penafian: 

1. Kandungan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat pengguna akhir individu berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri bersama vendor yang disenaraikan di platform, tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta, mahupun mewakili pendapat Gartner atau rakan gabungannya. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam kandungan ini dan tidak memberi apa-apa jaminan, yang tersurat atau tersirat, berhubung kandungan ini, mengenai ketepatan atau kesempurnaannya, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu

2. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan kajian ini dan tidak menyarankan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan kajian Gartner merangkumi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan kajian ini termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER, PEER INSIGHTS dan MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Gartner, Inc. dan/atau rakan gabungannya serta digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards