omniture

Dengan pelancaran rasmi kabinet bateri Elementa Serba-Baharu, Trina Storage umum rancangan penyepaduan vertikal, tubuhkan 'Gigafactory' sel LFP di China

Trina Solar (Germany) GmbH
2022-05-12 11:33 179
  • Trina Storage melancarkan Elementa Serba-Baharu dengan 25% lebih kitaran di Intersolar Europe 2022
  • Ia memperkenalkan penyelesaian BESS Generasi-Seterusnya yang mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) sebanyak 25%

MUNICH, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Storage, penyedia penyelesaian storan tenaga bateri bersepadu secara vertikal, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi produk baharunya - Elementa Serba-Baharu, BESS yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi sehingga 25% lebih kitaran dan penjimatan kos.

Penyelesaian storan modular, pintar ini disesuaikan untuk pemasangan berskala grid. Disepadukan sepenuhnya dan dipasang siap dengan bateri LFP termaju, sistem pengurusan terma sejukan cecair, sistem pengurusan bateri dan sistem pengesanan & penindasan kebakaran, ia dioptimumkan untuk kefleksibelan, pemasangan lancar dan penyelenggaraan yang cekap. Reka bentuk terpiawai Elementa dan konfigurasi dipasang di kilang membantu mengurangkan masa pemasangan sehingga 70%, membawa kepada CAPEX yang lebih rendah.

ELEMENTA Trina Storage
ELEMENTA Trina Storage

Trina Storage meningkatkan lagi kapasiti pembuatan bateri untuk memperkukuh penyepaduan vertikal, merendahkan kos purata melalui ekonomi skala selain meningkatkan prestasi sel dengan kawalan yang lebih baik ke atas proses pengeluaran. Sel bateri ini dikeluarkan di Wilayah Jiangsu, China. Kemudahan pembuatan sel mempunyai kapasiti 3GWj setiap tahun untuk ditingkatkan kepada beberapa GWj dalam tempoh terdekat. Trina Storage turut menubuhkan tapak penyepaduan yang mengupayakan reka bentuk BESS yang boleh disesuaikan dengan kapasiti tahunan 5GWj.

Di Intersolar Europe tahun ini, Trina Storage akan mempamerkan Elementa Serba-Baharu & melancarkan selanjutnya penyelesaian storan bateri Generasi-Seterusnya. Menggunakan Elementa, pelanggan boleh menjimatkan sehingga 8% ke atas CAPEX & OPEX. Digandingkan dengan peningkatan kitaran bateri sebanyak 25%, jumlah kos pemilikan (TCO) dikurangkan sebanyak 25% bagi setiap MWj dibandingkan dengan purata pasaran Tahap-1.

Terry Chen (Ketua Perniagaan Storan Tenaga Luar Negara, Trina Storage) berkata, "Permintaan yang semakin meningkat terhadap bateri daripada pasaran Kenderaan Elektrik (EV) menonjolkan kelemahan rantaian bekalan di serata dunia dan dengan mengukuhkan penyepaduan vertikal, kami dapat mengurangkan atau menghapuskan banyak ketidakpastian semasa kami meningkat naik. Kami ingin membawa nilai tambahan kepada pelanggan kami dengan menyampaikan produk dan penyelesaian yang inovatif dan dalam proses mempercepatkan pertumbuhan syarikat kami. Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, kami telah membina IP kami dengan melabur dengan banyak dalam proses pengeluaran yang melibatkan penubuhan pasukan R&D dalaman kami. Hasilnya ialah Elementa Produk-Baharu dan Penyelesaian Storan Bateri Generasi-Seterusnya dengan jangka hayat sistem, prestasi dan pulangan yang lebih baik."

Latar Belakang Trina Storage 

Trina Storage, unit perniagaan Trina Solar, ialah penyedia sistem storan tenaga global yang mengkhusus untuk mentransformasikan cara kami menyediakan tenaga. Misi kami adalah untuk menerajui peralihan tenaga boleh diperbaharui melalui storan yang menjimatkan kos dan bagi menyediakan Solar Untuk Semua Orang (Solar For Everyone) dengan memperluaskan penjanaan solar secara berskala. Membina berdasarkan pengalaman solar selama lebih 20 tahun, kami menyampaikan penyelesaian yang menjimatkan kos dan fleksibel untuk utiliti dan pembangun di seluruh dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Trina Storage , Facebook dan LinkedIn.

Source: Trina Solar (Germany) GmbH
Keywords: Electrical Utilities Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news