omniture

Tronsmart Lancar Fon Telinga Onyx Ace Pro TWS Dengan Penyahkodan Audio Adaptif aptX™Qualcomm®

Tronsmart
2022-05-16 10:14 237

SHENZHEN, China, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Fon telinga Tronsmart Onyx Ace Pro dengan cip Qualcomm® merupakan nilai terbaik untuk wang bagi tahun 2022.

Tronsmart Onyx Ace Pro True Wireless Earphones
Tronsmart Onyx Ace Pro True Wireless Earphones

Cip QCC3040 Qualcomm®, audio berprestasi tinggi digabungkan dengan penggunaan kuasa yang rendah, menyokong penyahkodan audio aptX™ dan aptX™ adaptif. Generasi ke-8 cVc™ Qualcomm® menampilkan ciri pembatalan gema dan penindasan hingar dengan sokongan konfigurasi untuk 1 mikrofon dan 2 mikrofon.

Jenama audio yang utama dalam industri, Tronsmart, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran fon telinga TWS baharunya, Onyx Ace Pro. Cip Qualcomm® yang canggih, penyahkodan audio adaptif aptX™ dan mikrofon quad dengan pengurangan panggilan cVc 8.0, ia menawarkan kualiti audio dan suara yang hebat selain sambungan yang lancar dan andal sama ada mendengar muzik, di gimnasium atau permainan. Tronsmart Onyx Ace Pro boleh didapati di laman sesawang Tronsmart dan Aliexpress sekarang.

Menampilkan cip QCC3040 Qualcomm® termaju dengan penyahkodan audio aptX™ dan aptX™ adaptif Qualcomm® selain pemacu polimer komposit 13mm, Onyx Ace Pro menyampaikan bunyi yang mengagumkan dengan kedalaman dan nuansa yang hebat. Kombinasi ini membolehkan setiap instrumen dipersembahkan dengan sempurna pada tahap bunyi yang luas untuk kualiti pendengaran yang hebat tanpa mengira genre. Selain itu, ia merangkumi mikrofon quad (2 setiap satu) dengan pengurangan panggilan cVc 8.0 yang meningkatkan penangkap suara dan membatalkan hingar latar bagi mengasingkan suara dan menghantarnya dengan tahao kejelasan yang tinggi agar panggilan menjadi sangat jelas.

Onyx Ace Pro menampilkan sehingga 27 jam hayat bateri dengan bekas pengecasan kompak selain 6.5 jam masa mendengar untuk sekali cas. IPX5 kalis air boleh bertahan daripada sebarang hujan, percikan atau habuk, bermakna pengguna tidak perlu bimbang sekiranya mereka terkandas dalam beberapa keadaan cuaca buruk atau menggunakannya semasa sesi gimnasium yang berpeluh.

Menggunakan teknologi Bluetooth 5.2 yang canggih, ia memiliki kestabilan sambungan yang lebih hebat walaupun dengan frekuensi radio yang lemah dan menyediakan penghantaran audio yang lebih pantas (sehingga jarak 10m/33 kaki) dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Fon telinga yang versatil, ia bukan sahaja optimum untuk mendengar muzik atau menjawab panggilan, bahkan ia turut menawarkan Mod Permainan bagi memberikan pengalaman yang imersif kepada pemain.

Dengan kombinasi yang sempurna antara cip Qualcomm® dan ciri-ciri luar biasa lain yang disebut di atas, fon telinga Tronsmart Onyx Ace Pro merupakan nilai yang terbaik untuk wang bagi tahun 2022. Kini, ia tersedia untuk dibeli daripada laman sesawang Tronsmart dan Aliexpress pada harga $26.99 mulai 16 Mei hingga 20 Mei.

Source: Tronsmart
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services