omniture

BigPay dari Ghana dilancarkan dengan Penyelesaian Pengurusan dan Pengesanan Jenayah Kewangan Amlock™ Azentio

Azentio Software Pvt Ltd
2022-05-18 00:24 142

Memastikan kecekapan melalui pemprosesan transaksi yang standard dan pematuhan peraturan yang lebih baik 

SINGAPURA, 18 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan dimiliki oleh dana yang mendapat khidmat nasihat daripada Apax Partners, hari ini mengumumkan bahawa BigPay, sebuah syarikat penyelesaian pembayaran digital global yang berpangkalan di Ghana, telah dilancarkan dengan Penyelesaian Pengurusan dan Pengesanan Jenayah Kewangan (FCDMS) Amlock™ Azentio.

Amlock™ akan memenuhi keperluan BigPay terhadap proses pemantauan transaksi yang berkesan melalui sebuah sistem aliran kerja dalam talian. Ciri unik aliran kerja ini ialah keupayaan sistem untuk mengumpul atau memautkan semua akaun milik pelanggan dan menyiasat semua transaksi serta amaran yang mendasarinya, di bawah satu ID kes.

Cabaran perniagaan untuk BigPay muncul disebabkan oleh format transaksi berbeza yang diterima daripada pelbagai sumber seperti bank dan dompet mudah alih. Terdapat keperluan mendesak terhadap format yang standard bagi pemprosesan transaksi selanjutnya. Di samping itu, memandangkan pelanggan menggunakan mod pembayaran dan akaun yang berbeza, mengait dan menghubungkan mereka kepada transaksi yang dilakukan merupakan suatu cabaran.

Untuk menangani cabaran ini, BigPay telah memilih Amlock™ bagi menjejak transaksi pelanggan melalui saluran yang berbeza, kepada satu kod fail maklumat pelanggan (CIF) yang unik. Selain itu, aliran kerja kes dalam talian bagi penyelesaian ini memudahkan pengumpulan amaran pelanggan ke dalam satu ID kes bagi memantau transaksi dengan mudah. Dengan ciri pautan pelanggan Amlock™, BigPay kini boleh mengaitkan akaun pelanggan dalam pelbagai institusi perbankan/dompet mudah alih. Ini akan membantu BigPay memenuhi keperluan model perniagaannya yang unik.

BigPay pada masa ini bekerjasama dengan pengendali pemindahan wang (MTO) seperti World Remit, Ria Money Transfer, Western Union dan lain-lain untuk memproses pembayaran dan merancang dengan lebih lanjut berkaitan perkembangan ekosistem rakan kongsinya. Amlock™ menyediakan kebolehskaan yang diperlukan untuk memantau pembayaran dan menghasilkan pemberitahuan amaran yang berkaitan berdasarkan koleksi peraturan sebagai asasnya.

Selain itu, aliran kerja kes Amlock™ juga memudahkan pengumpulan pelbagai amaran berkaitan pelanggan yang memberikan gambaran menyeluruh tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan. Ini membolehkan BigPay mematuhi sepenuhnya peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Bank of Ghana dan Pusat Perisikan Kewangan (FIC) Ghana serta mematuhi Akta Antipengubahan Wang Haram (Pindaan). Amlock™ juga menghasilkan laporan transaksi yang mencurigakan (STR) mengikut keperluan kawal selia Ghana.

Issac Tetteh, Pengarah Urusan BigPay menyatakan: "Kami berupaya memastikan profesionalisme dan kreativiti pasukan projek Azentio dalam menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kami. Dedikasi dan komitmen mereka untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya merupakan sesuatu yang luar biasa. Ketua Projek, Rajesh Gedela dan pasukannya memastikan bahawa objektif perniagaan kami ditangani sebaiknya. Kami yakin dalam mengesyorkan perkhidmatan Azentio kepada mana-mana perniagaan yang sedang mencari rakan kongsi untuk penyelesaian antipengubahan wang haram."

Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan BigPay yang telah membawa penyelesaian pembayaran digital ke tahap yang lebih tinggi walaupun mereka baru sahaja menyertai pasaran. Saya pasti ciri-ciri canggih Amlock™ termasuk alat aliran kerja kes dalam taliannya, akan membantu BigPay memastikan ketepatan dalam mengekalkan rekod pelanggan serta memastikan pengurusan risiko berkaitan yang lebih baik sepanjang kitaran hayat lengkap pelanggan."

Tentang Azentio 

Azentio Software menyediakan produk perisian khusus menegak dengan misi penting untuk pelanggan dalam segmen perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans. Syarikat ini mempunyai lebih 900 pelanggan di lebih 65 buah negara dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 orang pekerja di seluruh pejabat di 9 buah negara di seluruh dunia. Azentio Software Private Limited dimiliki sepenuhnya oleh dana yang mendapat khidmat nasihat daripada Apax Partners.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services