omniture

TK Elevator Lancar Platform Operasi Bangunan Terunggul MAX di Malaysia

TK Elevator
2022-05-31 11:00 24
  • TK Elevator mengumumkan pelancaran platform operasi bangunan IoT berasaskan 'cloud-based' di Malaysia
  • MAX menganalisis data waktu sebenar daripada lif bersambung, eskalator dan laluan pejalan bergerak bagi menawarkan operasi yang diperkemas dan meningkatkan kebolehcapaian
  • MAX ialah penyelesaian operasi bangunan ideal untuk pengendali lif dan eskalator daripada semua aspek

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- TK Elevator, salah satu peneraju pasaran dan inovasi dalam industri lif, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran platform operasi bangunan terunggulnya, MAX di Malaysia. MAX menyediakan data penyelenggaraan berasaskan 'cloud-based' dan pemahaman mengenai operasi bangunan, memberikan kelebihan untuk pemilik bangunan, pengurus hartanah dan kakitangan penyelenggaraan dengan menawarkan operasi yang lebih teratur dan meningkatkan kebolehcapaian yang dipertingkat daripada sistem mobiliti vertikal.

Penyelesaian digital yang menyeluruh daripada TK Elevator merangkumi platform MAX dan AGILE, masing-masing menampung keperluan operasi bangunan dan pengalaman orang ramai. Smart Maintenance akan dilancarkan di Asia Pasifik sebagai produk utama daripada rangkaian MAX. Memandangkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur berterusan di Malaysia, Khidmat pelanggan MAX yang optimum membolehkan pengendali dan pengurus bangunan dengan menganalisis data waktu sebenar daripada lif , eskalator dan 'moving walks'. Dengan memanfaatkan ketersediaan status lif dan eskalator yang sedia ada dalam waktu sebenar, pengurus hartanah dan kakitangan penyelenggaraan dapat mengurus seluruh hartanah dengan mudah melalui satu platform komprehensif, seterusnya mengambil manfaat sepenuhnya daripada penyelenggaraan prediktif dan pintar yang dibawa oleh MAX.

"Dengan MAX, penyelesaian penyelenggaraan prediktif berasaskan 'cloud-based' yang pertama dalam industri, TK Elevator meletakkan asas yang kukuh untuk pendigitalan sistem mobiliti vertikal. MAX melengkapkan sistem panggilan dan penghantaran lif digital termaju kami AGILE yang menawarkan pengalaman penumpang yang dioptimumkan dan kawalan destinasi pintar," kata James Leong, Pengarah Urusan TK Elevator Malaysia. "Penyelesaian digital ini akan mengukuhkan kedudukan TK Elevator dalam pasaran Malaysia yang bersaing maju, mencipta pengalaman yang terbaik dalam kelas serta memperkukuh kedudukan utama kami sebagai peneraju inovasi."

MAX ialah penyelesaian operasi bangunan yang ideal untuk pengendali lif dan eskalator daripada semua aspek. Bermula daripada satu lif TKE kendiri dalam bangunan kediaman hinggalah beratus-ratus unit yang baru dipasang atau dimodenkan oleh TKE dalam kemudahan komersial atau projek prasarana, penambahan baharu MAX atau sebagai pengubahsuaian memberikan pemilik dan pengurus hartanah tahap pengendalian dan penyelenggaraan yang berbeza melalui pakej premium MAX plus, MAX pro dan MAX.

IMEJ AKHBAR
Boleh dimuat turun DI SINI

LATAR BELAKANG TK ELEVATOR
Sila muat turun penyimpan peranggan DI SINI

 

 

Source: TK Elevator
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building New products/services