omniture

Berhenti Sebarkan Olokan! Pesanan Daripada Laleilmanino dan JKT48 dalam "Berani Bersuara <3<3"

Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia
2022-06-13 08:45 118

Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia bersama Siberkreasi telah berkolaborasi dengan LALEILMANINO dan JKT48 untuk melancarkan "Berani Bersuara <3<3" bagi menekankan kepentingan etika digital.

JAKARTA, Indonesia, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Muzik dan lirik lagu yang rancak dan ceria membawa pengaruh yang besar dalam menyampaikan pesanan kepada generasi muda dan Gen-Z di Indonesia. Inilah yang menjadi asas kepada Kementerian Komunikasi dan Informatik (MCI) Indonesia bersama Gerakan Nasional Literasi Digital (GNLD) Siberkreasi, untuk berkolaborasi bersama dua kumpulan pemuzik yang terkenal, LALEILMANINO dan JKT48 dalam kempen #BeraniBersuara.

Berhenti Sebarkan Olokan! Pesanan Daripada Laleilmanino dan JKT48 dalam "Berani Bersuara <3<3"
Berhenti Sebarkan Olokan! Pesanan Daripada Laleilmanino dan JKT48 dalam "Berani Bersuara <3<3"

Dalam semangat mencapai perubahan, lagu dan video lirik yang digelar "Berani Bersuara <3<3" dilancarkan pada 27 Mei, yang menekankan kepentingan untuk beretika secara digital. Di samping itu, lagu ini juga mendidik orang ramai bahawa keberanian untuk mengekspresikan diri sendiri tidak sama dengan bercakap tanpa berfikir.

Muzik sebagai medium penyampaian yang berkesan untuk generasi muda

Menurut laporan terkini daripada DataReportal.com dan Statista, terdapat kira-kira 191.4 juta pengguna media sosial di Indonesia dengan purata masa penggunaan internet adalah kira-kira tiga jam sehari. Daripada statistik ini, Gen Z mendominasi penggunaan media sosial di Indonesia. Tanpa garis panduan etika digital, Gen-Z mudah terdedah kepada isu-isu dalam talian yang berbahaya seperti penyebaran maklumat palsu dan olokan, serta pelbagai tingkah laku tidak beretika seperti perbalahan, provokasi, ugutan, pertuturan berunsur kebencian dan penipuan.

Di samping itu, Gen-Z merupakan pengguna terbesar dalam menikmati muzik dan video di platform penstriman seperti Spotify. Menggabungkan audio dan visual sebagai unsur-unsur utama dalam menyampaikan pesanan, lirik video merupakan medium yang paling berkesan bagi memulakan perubahan untuk generasi muda.

"Seperti ungkapan yang berbunyi 'pertuturan yang melulu ibarat tikaman sebilah pedang', jari kita juga boleh menjadi 'pedang' yang mampu menikam dalam dunia digital. Apa yang kita katakan secara dalam talian boleh mengguris perasaan orang lain atau menyebabkan orang lain percaya dengan maklumat palsu. Melalui lagu ini, kami ingin menjemput pendengar agar menjadi lebih berhati-hati apabila bercakap dan membaca dalam talian agar mereka tidak terperangkap dalam olokan maklumat yang mengelirukan. Tajuk dengan emotikon <3<3 merupakan mainan kata untuk hati-hati, yang boleh bermaksud 'dua hati' atau 'berhati-hati' dalam Bahasa Melayu," kata Nino, ahli LALEILMANINO, penerbit dan pencipta lagu terkenal yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan menjadi inspirasi kepada generasi muda di Indonesia.

"Sebagai generasi yang paling banyak menggunakan media sosial, kita sering terlupa bahawa di sebalik skrin kita, terdapat orang ramai yang membaca dan memperhatikan kata-kata serta tindakan kita. Seperti ayat pertama dalam lagu ini, berfikir sebelum bercakap merupakan perkara yang bijak untuk dilakukan bagi mengekspresikan diri anda dengan positif dalam dunia digital," kata Sheni, ahli JKT48.

Mencipta generasi celik digital sebagai daya pendorong untuk Indonesia 

Ketika transformasi digital berlaku, literasi digital memainkan peranan penting dalam membina masa depan Indonesia.

"Dengan potensi kreatif Indonesia sebagai sebuah negara, amat penting untuk terus memupuk dan membangunkan bakat-bakat daripada generasi muda ini termasuk cara mereka mengekspresikan diri mereka dalam talian. Melalui #BeraniBersuara, kami berharap Gen Z dapat menjadi daya pendorong yang beretika, produktif dan mempunyai kemahiran digital untuk memajukan negara ini," kata Rizki Ameliah, Penyelaras Literasi Digital di Kementerian Komunikasi dan Informatik.

Lirik lagu dan video "Berani Bersuara <3<3" boleh diakses di saluran YouTube  Siberkreasi. Pertandingan "Berani Dance Challenge" yang akan datang bakal diadakan dengan hadiah keseluruhan bernilai lima juta rupiah. Kunjungi TikTok Siberkreasi untuk butiran mengenai pertandingan berkenaan. Untuk maklumat lanjut tentang lirik video, para pemuzik yang terlibat dan butiran pertandingan, kunjungi http://info.literasidigital.id.

Latar Belakang Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia

Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia melalui Ditjen Aptika mempunyai fungsi utama untuk menyebarkan dan membangunkan infrastruktur digital negara bagi mempercepatkan transformasi digital Indonesia.

Kementerian ini bekerjasama dengan Gerakan Nasional Literasi Digital (National Digital Literacy Movement) Siberkreasi sebagai rakan kongsinya bagi menyediakan peluang pendidikan untuk literasi digital kepada kelompok orang ramai yang lebih luas melalui pelbagai bentuk media. Gerakan ini memfokuskan kepada pemanfaatan literasi digital bagi meningkatkan keupayaan negara dan memajukan rakyat Indonesia.

Source: Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music