omniture

Plasan memperkenalkan sebuah kenderaan baharu - WILDER

Plasan Sasa Ltd.
2022-06-13 14:00 48

KIBBUTZ SASA, Israel, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ketika pameran Eurosatory 2022, Plasan Sasa Ltd. ("Plasan") memperkenalkan sebuah kenderaan baharu yang menarik yang direka sepenuhnya untuk memenuhi keperluan kenderaan rondaan tentera dan Pasukan Khas. Reka bentuk yang menakjubkan ini mengubah paradigma yang perlu dipilih oleh pasukan tentera antara mobiliti, perlindungan dan senjata api.

Plasan Wilder Ultra-Light Armored Vehicle
Plasan Wilder Ultra-Light Armored Vehicle


Wilder
 menyediakan perlindungan Stanag 4569 Tahap 2 untuk 4 orang dalam kenderaan kompak dengan berat hanya 3.7 tan dan menawarkan muatan penuh seberat 800kg. Dengan jarak gerak roda yang besar iaitu 370mm hasil daripada sistem ampaian unik yang telah dipatenkan, enjin berkuasa 420Nm yang memacu kesemua 4 roda melalui kotak gear automatik 8 kelajuan, serta kedudukan pemanduan tengah dengan pemandangan panoramik, Wilder mempunyai mobiliti dan keupayaan luar jalan raya seperti bugi perlumbaan, digabungkan dengan perlindungan dan kuasa tembak yang dikendalikan dari jarak jauh yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan yang dua kali ganda lebih berat. Kesedaran situasi adalah sangat baik untuk kesemua 4 penumpang dalam ruangan Kitted Hull™ monokok berhawa dingin yang selesa serta ruangan kargo bahagian belakang yang boleh memuatkan kotak palet NATO yang dipenuhi dengan peralatan dan bekalan untuk misi yang panjang dengan begitu mudah.

Ringan dan kompak, Wilder boleh diangkut secara dalaman menggunakan helikopter CH47 yang membolehkannya digunakan di mana-mana lokasi anggota tentera perlu berada dan membolehkannya menjalankan pelbagai misi termasuk tinjauan dan serbuan di kawasan rupa bumi yang paling berceranggah dan dalam keadaan yang paling sukar.

Pilihan yang tersedia termasuklah stereng 4 roda dan kawalan jarak jauh bagi keseluruhan kenderaan tersebut. Anggota kru boleh keluar dan memandu kenderaan serta senjatanya dari jarak jauh ke kedudukan yang baik tanpa perlu membahayakan diri mereka. Dengan keupayaan pemanduan berwayar yang bersepadu sepenuhnya ini serta kamera dan sensor yang ada padanya, Wilder juga bersedia untuk operasi autonomi sepenuhnya.

Wilder juga boleh digandingkan dengan ATeMM Plasan untuk mencipta kenderaan elektrik hibrid 6 kali 6 dengan 2 tan gabungan muatan serta semua keupayaan kuasa dan sistem mudah alih ATeMM dan ATeMM Tandem yang unik.

Reka bentuk asal yang sangat inovatif ini ditawarkan oleh Plasan sebagai produk siap guna atau dalam bentuk kit untuk dipasang secara setempat oleh pengeluar kenderaan di seluruh dunia.

WILDER dan ATeMM akan dipamerkan di reruai kami iaitu EXT Pe6B, e231 di Eurosatory. 

Sila lawati kami di http://www.plasan.com 

Ikuti kami di LinkedIn , YouTubeTwitter

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1828215/Plasan_Armored_Vehicle.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Meirav Ofir, Komunikasi Pemasaran
miravo@plasan.com

 

 

Source: Plasan Sasa Ltd.
Keywords: Aerospace/Defense Auto Transportation New products/services