omniture

Country Garden Keluarkan Laporan Kemampanan 2021

Country Garden Holdings
2022-06-20 09:41 165
  • Laporan menunjukkan perkembangan terkini Country Garden berhubung komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan strategi pembangunan hijau dan rendah-karbonnya.

FOSHAN, China, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden") (02007.HK) mengeluarkan Laporan Kemampanan 2021, yang menunjukkan secara sistematik amalan utama serta pencapaian luar biasanya dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

FOREST CITY
FOREST CITY

Menurut laporan berkenaan, setakat penghujung tahun 2021, syarikat ini telah menyelesaikan pembinaan 997 projek yang mematuhi piawaian penilaian bangunan hijau negara, dengan GFA keseluruhan mencecah 221.16 juta meter persegi, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun masing-masing mencecah 46.4% dan 46.2% dari tahun 2017 hingga 2021. Pada tahun 2021, 61 bangunan hijau tambahan yang memperoleh sijil dibina oleh syarikat ini dengan gabungan kawasan berkeluasan 9.15 juta meter persegi, manakala 124 projek Sponge City baharu telah ditambah dengan kawasan lantai berukuran melebihi 8.65 juta meter persegi.

Dari segi inovasi berteknologi, subsidiari, Bright Dream Robotics, membuat pelarasan parameter pintar yang akhir pada robot penyemburnya. Ia merupakan kali pertama robot sedemikian dipamerkan ke seluruh dunia. Bright Dream Robotics telah lulus ujian penerimaan sistem pembinaan berbilang mesin "BIM + FMS + WMS + robot pembinaan" di Shantou dan merupakan firma pembinaan pertama di seluruh dunia yang berbuat demikian.

Setakat penghujung tahun 2021, Country Garden memiliki hampir 50 jenis robot yang sedang dibangunkan dengan 18 jenis robot pembinaan telahpun diaplikasikan secara komersial dan disewa atau dijual, melibatkan lebih daripada 350 projek di 25 wilayah Cina. Di samping itu, lebih daripada 730 robot pembinaan telah diserahkan, mengendalikan sejumlah kawasan pembinaan gunaan mencecah lebih daripada 7 juta meter persegi.

Di samping itu, Country Garden terus meningkatkan pelaburannya dalam tenaga boleh diperbaharui dan tenaga lestari serta teknologi hijau dan teknologi mesra alam dan dalam masa yang sama memperluas portfolio neutral karbon melalui Country Garden Venture Capital, bahagian pelaburan ekuitinya.

Pada tahun 2021, Country Garden Venture Capital meraih banyak pencapaian dalam sektor neutral karbon, melabur dalam beberapa firma neutral karbon termasuk SVOLT Energy, Morion Nanotech dan UtmoLight Technology. Syarikat ini disenaraikan sebagai "10 Institusi Pelaburan Keneutralan Karbon Teratas" bagi tahun berkenaan oleh lieyunwang.com dan telah memasuki portfolio pelaburan Hang Seng ESG ETF, GX Hang Seng ESG, VSGXETF serta pelbagai dana ETF yang lain di seluruh dunia.

Sementara itu, Country Garden melaksanakan tindakan bermakna untuk mengatasi perubahan iklim dan melindungi biodiversiti.

Satu contoh ialah Country Garden Forest City Project. Pada tahun 2021, Pusat Pameran Dermaga dan Kulit Cangkerang Nelayan Forest City memulakan pemasangan beberapa stesen janakuasa fotovolta solar, dengan kapasiti terpasang yang dijangkakan mencecah 405kWp manakala anggaran bekalan kuasa mencecah 480,000 kWj setahun

Pada tahun 2021, Forest City memenangi Anugerah Penyelesaian Hijau Antarabangsa Construction21 untuk penyelesaian komprehensifnya, antaranya, projek kitar semula sumber air dan perlindungan biodiversiti. Ia juga memperoleh Anugerah Model Perancangan dan Reka Bentuk Bandar Karbon-Rendah Global SCAHSA daripada Sustainable Cities and Human Settlements Awards (SCAHSA) menerusi konsep karbon-rendah dan pembangunan hijaunya.

Country Garden terlibat dalam tindakan kedermawanan sambil membangunkan perniagaan teras.

Setakat ini, Country Garden Group dan pengasasnya telah menyumbang sebanyak lebih 10 bilion yuan dan mengambil bahagian dengan aktif dalam projek-projek bantuan kemiskinan bersasar di 57 daerah merentas 16 wilayah Cina, membantu lebih daripada 490,000 orang keluar daripada garisan kemiskinan.

Pengasas dan Pengerusi Country Garden Yang Guoqiang serta keluarga beliau merupakan penyedia paling pemurah keempat China bagi sumbangan wang tunai ihsan pada tahun 2021 menurut Senarai Kedermawanan China 2021 yang dikeluarkan oleh Forbes China. Ini merupakan kali ke-13 keluarga Yang telah dimasukkan ke dalam senarai berkenaan.

 

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Real Estate Awards Corporate Social Responsibility Environmental Issues