omniture

KEENON Robotics Ungguli Bahagian Pasaran & Pertumbuhan

Keenon Robotics Co., Ltd.
2022-06-20 10:25 128

SHANGHAI, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Institusi penyelidikan pasaran IDC(International Data Corporation), menerusi laporan terkininya "Bahagian Pasaran Robot Perkhidmatan Komersial dalam Industri Katering China", mengiktiraf KEENON Robotics di kedudukan teratas dalam senarai Bahagian Pasaran dan Pertumbuhan bagi robot perkhidmatan komersial China untuk industri katering pada tahun 2021. Kadar pertumbuhan syarikat ini iaitu 153.4% menerajui seluruh industri, dengan bahagian pasaran mencapai 48.6%, hampir dua kali ganda lebih besar daripada yang kedua terbesar.


"Permintaan terhadap robot perkhidmatan seperti robot penghantaran, semakin berkembang dengan signifikan merentas banyak industri terutamanya industri katering," lapor IDC. Industri katering telah menjadi salah satu industri yang paling matang dalam aplikasi robot perkhidmatan komersial dengan pasaran ini menunjukkan trend pertumbuhan yang pesat sepanjang dua tahun yang lalu. Pada tahun 2021, saiz pasaran keseluruhan bagi robot perkhidmatan komersial dalam industri katering di China mencapai $84 juta dolar AS, yang merupakan satu peningkatan sebanyak lebih 110% berbanding tahun sebelumnya – ini merupakan pertumbuhan yang signifikan."

Pengurus Penyelidikan IDC, Can Cui menyatakan selanjutnya, "Pasaran robot perkhidmatan komersial untuk industri katering China mencapai pertumbuhan yang pesat pada tahun 2021, kekurangan tenaga buruh dan dasar negara yang menggalakkan; mewujudkan trend jangka panjang yang positif. Namun begitu, dalam tempoh jangka pendek, dengan pasaran ini menjadi semakin matang dan semakin diperhalusi dari segi operasi, produk, pasukan, kos dan perkhidmatan, akan terdapat keuntungan yang lebih baik tatkala pembangunan dalam industri katering tersebar ke industri-industri yang berkaitan sementara pengembangan ke luar negara akan menjadi hala tuju yang penting untuk pembangunan pasaran."

Sebagai sebuah perusahaan yang utama dalam industri ini, KEENON Robotics memiliki kelebihan penting dalam mengekalkan tahap pertumbuhan yang tinggi serta menguasai hampir 50% daripada bahagian pasaran domestik.

Penemuan Ulung Berterusan dalam Teknologi, KEENON Robotics Melangkah ke Era Pertumbuhan Berkelajuan Tinggi

Sebagai salah satu perusahaan terawal yang meninjau senario aplikasi robot komersial di China, KEENON Robotics telah menyaksikan seluruh proses aplikasi robot perkhidmatan komersial dalam industri katering sejak dari awal. Setakat ini, rangkaian inovatif T1, T2, T5, T6, T8 dan lebih banyak robot penghantaran katering telah diterima pakai oleh rakan-rakan kongsi industri dengan KEENON telahpun memiliki barisan produk beraneka yang berupaya untuk memadankan sebarang keperluan katering.

Pada tahun 2021, robot perkhidmatan khusus-katering daripada KEENON Robotics berkembang maju dari segi populariti dan penggunaan dengan hampir 65% daripada 100 jenama makanan dan minuman unggul seperti Haidilao Hotpot, Pizza Hut, Xiao NanGuo Restaurant, Grandma's House dan banyak lagi menerima produk KEENON Robotics.

Dalam tahun yang sama, KEENON Robotics menyelesaikan pembiayaan strategik eksklusif Alibaba dan pelaburan diterajui SoftBank Vision dalam pembiayaan pusingan D sebanyak $200 juta. Syarikat ini mencapai keputusan yang cemerlang dan turut tersenarai dalam senarai Syarikat Unikorn global Hurun pada tahun tersebut. Sementara itu, syarikat ini dianugerahkan 10 kes pelaburan terbaik TERATAS bagi pembuatan termaju oleh Senarai Tahunan 2021 CVINFO.

Berpangkalan di China, Meninjau Seluruh Dunia dan Terus Menggalakkan Popularisasi Teknologi Robotik

Ketika ini, KEENON Robotics dilancarkan dengan jayanya di Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Amerika Selatan, Timur Tengah dan Afrika, dengan enam bidang perniagaan global yang utama. Dalam bidang-bidang ini, KEENON Robotics bekerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional tempatan yang besar berhubung pembangunan strategik untuk terus menyokong dunia dengan robot perkhidmatan komersial.

Pada masa akan datang, KEENON Robotics akan terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), mempercepatkan pertumbuhan saluran pengedaran ke pasaran global, meningkatkan transformasi digital dan meningkatkan kecekapan. KEENON Robotics juga bersedia untuk mengambil peranan sebagai peneraju industri bersama rakan-rakan kongsi industri yang lain bagi mendorong batasan sains dan teknologi serta menggalakkan popularisasi dan pembangunan robot komersial yang benar-benar dapat membawakan teknologi untuk mengubah kehidupan.

Source: Keenon Robotics Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Financing agreements