omniture

Rockwell Automation Dinamakan Sebagai "Berwawasan"(Visionary); Plex Systems Dinamakan Peneraju dalam Gartner(R) Magic Quadrant(TM) 2022 untuk Sistem Pelaksanaan Pembuatan

Rockwell Automation
2022-06-20 15:47 182

Portfolio komprehensif Rockwell mempercepatkan transformasi Sistem Pelaksanaan Pembuatan untuk lebih ramai pelanggan di seluruh dunia

MILWAUKEE, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhususkan untuk automasi perindustrian dan transformasi digital, mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Berwawasan (Visionary) untuk FactoryTalk® ProductionCentre manakala Plex Systems pula dinamakan sebagai Peneraju (Leader) untuk Platform Pembuatan Pintarnya dalam penilaian Sistem Pelaksanaan Pembuatan (MES) Gartner Magic Quadrant.

Rockwell percaya kedudukan dalam Gartner Magic Quadrant 2022 menunjukkan jangkauan pasaran yang berkembang pesat dan pengiktirafan industri untuk portfolio MES keseluruhan.  Pelanggan Rockwell kini boleh mengambil manfaat daripada perspektif "lebih besar daripada sejumlah bahagian-bahagiannya" yang semakin berkembang yang menjangkau pelbagai jenis industri.

"Kami mengalu-alukan pengiktirafan portfolio MES Rockwell dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2022," kata Brian Shepherd, naib presiden kanan Rockwell Automation, Perisian & Kawalan, yang menyatakan bahawa interpretasi fungsian MES oleh Gartner kini berkembang melangkaui definisi tradisional dengan merangkumkan kesemua fungsi peringkat loji antara operasi perniagaan, sistem kejuruteraan dan automasi loji peringkat perusahaan.

"Kami bangga melihat penyelesaian Rockwell FactoryTalk diiktiraf sebagai Berwawasan bagi merevolusi pengaturan fungsi-fungsi MES," sambung Shepherd. "Kami percaya kedudukan Plex sebagai Peneraju turut menunjukkan impak dan nilai yang dibawakan oleh Platform Pembuatan Pintar kepada pelanggan. Kami merasakan pengiktirafan terhadap portfolio komprehensif Rockwell oleh Gartner menunjukkan sinergi antara tawaran-tawaran ini."

Portfolio pengurusan operasi Rockwell yang lengkap merangkumi penyelesaian Plex Systems dan FactoryTalk ProductionCentre dengan keupayaan termasuk MES, QMS, Perancangan Rantaian Bekalan, Pemantauan Pengeluaran dan Pengurusan Prestasi Aset. FactoryTalk ProductionCentre menawarkan ciri dan fungsi yang mendalam yang diperlukan oleh industri-industri yang dikawal ketat. Plex menawarkan satu-satunya platform pembuatan perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS), berbilang penyewa yang beroperasi secara meluas, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 700 pelanggan dan mengurus lebih daripada lapan bilion transaksi setiap hari. Portfolio pengurusan operasi Rockwell bersama-sama menyediakan penyelesaian yang terbaik untuk kumpulan pelanggan yang paling luas bagi mencapai perjalanan transformasi digital operasi mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang kedudukan Rockwell sebagai Berwawasan di sini dan kedudukan Plex sebagai Peneraju di sini, dalam Magic Quadrant 2022 untuk Sistem Pelaksanaan Pembuatan.

Penafian Gartner

GARTNER dan Magic Quadrant ialah cap dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner, Inc. dan/atau rakan sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Plex di ambil alih oleh Rockwell Automation dan dikenali dalam laporan ini sebagai Rockwell Automation (Plex).

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Latar Belakang Plex Systems

Plex Systems, Inc., sebuah syarikat Rockwell Automation merupakan peneraju dalam penyelesaian pembuatan pintar yang disampaikan oleh awan, memperkasakan pengeluar dunia untuk menghasilkan produk yang hebat. Platform kami memberi keupayaan kepada pengeluar untuk menghubungkan, mengautomasikan, menjejaki dan menganalisis setiap aspek perniagaan mereka untuk memacu transformasi. Platform Pembuatan Pintar Plex merangkumi penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, pengurusan prestasi aset, pemantauan pengeluaran, automasi proses dan analitik bagi menghubungkan orang ramai, sistem, mesin dan rantaian bekalan, seterusnya mengupayakannya untuk memimpin dengan tepat, cekap dan tangkas.


 

Source: Rockwell Automation
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications