omniture

Education Cannot Wait: 222 Juta Kanak-kanak yang Terkesan Akibat Krisis Memerlukan Sokongan Pendidikan Segera

Education Cannot Wait
2022-06-21 16:30 56

GENEVA, 21 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Dana global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pendidikan bagi situasi kecemasan dan krisis berlarutan, Education Cannot Wait (ECW), mengeluarkan satu laporan baharu yang mengejutkan pada hari ini yang menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak dengan umur bersekolah yang terkesan akibat krisis dan memerlukan sokongan pendidikan telah meningkat daripada anggaran 75 juta pada tahun 2016 kepada 222 juta pada hari ini.

Caption: ‘Help us place education within reach of every child, everywhere. Help us keep #222MillionDreams alive.’ - UN Secretary-General António Guterres.
Caption: ‘Help us place education within reach of every child, everywhere. Help us keep #222MillionDreams alive.’ - UN Secretary-General António Guterres.

Kajian menunjukkan bahawa daripada 222 juta orang kanak-kanak dan remaja yang terjejas akibat krisis dan memerlukan sokongan segera, seramai 78.2 juta orang tidak bersekolah manakala hampir 120 juta orang masih bersekolah namun tidak mencapai penguasaan minimum dalam mengira atau membaca. Malah, hanya seorang daripada sepuluh kanak-kanak terjejas akibat krisis ini yang benar-benar mencapai standard kecekapan ini walaupun mengikuti pendidikan sekolah rendah atau menengah.

"Kami memerlukan bantuan kerajaan, perniagaan, yayasan dan individu untuk menyokong usaha penting Education Cannot Wait ini. Bantulah kami meletakkan pendidikan dalam jangkauan setiap kanak-kanak di mana-mana sahaja. Bantulah kami mengekalkan impian 222 juta orang," kata Setiausaha Agung PBB António Guterres.

Analisis ini menunjukkan bahawa 84% daripada kanak-kanak terjejas yang tidak bersekolah ini tinggal di kawasan yang mengalami krisis yang berlarutan. Sebahagian besar kawasan ini adalah di negara-negara yang disasarkan secara khusus melalui pelaburan berbilang tahun ECW, termasuk Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Mali, Nigeria, Pakistan, Somalia, Sudan Selatan, Sudan dan Yaman

Untuk bertindak balas terhadap krisis pendidikan global yang mendesak ini, ECW dan rakan kongsi strategik melancarkan kempen pengerahan sumber #222MillionDreams di Geneva pada hari ini. Kempen ini menyeru para penderma, sektor swasta, yayasan dermawan dan individu bernilai tinggi untuk segera mengerahkan lebih banyak sumber bagi meningkatkan pelaburan ECW yang telah pun memberikan pendidikan berkualiti kepada lebih 5 juta kanak-kanak di lebih 40 buah negara yang dilanda krisis.

"Sumber kewangan ini adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak dan anak muda dapat menerima pendidikan berkualiti yang wujud di dunia ini. Pihak kerajaan, sektor swasta dan yayasan boleh dan mesti mengenal pasti sumber-sumber ini," kata Rt. Hon. Gordon Brown, Utusan Khas PBB untuk Pendidikan Global dan Pengerusi Kumpulan Pemandu Peringkat Tinggi ECW.

Kempen ini membawa kepada Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi Education Cannot Wait yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Februari 2023 di Geneva.

"Ini merupakan satu seruan global untuk bertindak. Sementara dunia bergelut dengan kesan buruk konflik bersenjata, COVID-19 dan perubahan iklim, 222 juta orang kanak-kanak terpaksa melalui pengalaman yang amat teruk ini. Adalah menjadi tugas kami untuk memperkasakan mereka melalui pendidikan dan membantu menjadikan impian mereka menjadi kenyataan," kata Pengarah ECW Yasmine Sherif.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1842686/Education_Cannot_Wait_Rania.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1656121/Education_Cannot_Wait_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Children-related news Survey, Polls & Research Public Interest