omniture

CATL lancar bateri CTP 3.0 "Qilin," capai tahap integrasi tertinggi di dunia

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-06-24 20:23 397

NINGDE, China, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 23 Jun, CATL melancarkan Qilin, generasi ketiga teknologi CTP (sel-ke-pek). Dengan kecekapan penggunaan volum memecah rekod iaitu 72% dan ketumpatan tenaga sehingga 255 Wj/kg, ia dapat mencapai tahap integrasi yang tertinggi di dunia setakat ini, berupaya menyampaikan jarak melebihi 1,000 km sekelip mata.

5min Permulaan Hebat 10min Pengecasan Pantas
5min Permulaan Hebat 10min Pengecasan Pantas

Memfokuskan kepada sifat elektrokimia, CATL meneruskan usahanya untuk menerobos sempadan inovasi dalam struktur sistem. Pada tahun 2019, CATL melancarkan CTP pek bateri tanpa modul yang pertama dunia, menjadi peneraju dalam mencapai kecekapan penggunaan volum melebihi 50%. Berserta penemuan keseluruhan dalam proses teras, algoritma dan bahan-bahan, CATL mentakrifkan semula reka bentuk struktur bateri dengan "Qilin," yang dinamakan sempena nama makhluk legenda dalam mitologi Cina.

Penyepaduan Fungsi. Dalam bateri CTP 3.0, plat penyejukan cecair, alang dalaman serta pad haba telah disepadukan ke dalam antara lapisan elastik berbilang fungsi. Ia turut membawakan jambatan mikron terbina dalam di dalam antara lapisan, yang dapat menampung perubahan di dalam sel dengan fleksibel, meningkatkan keandalan bateri sepanjang kitaran hayat penuhnya. Unit tenaga bersepadu, yang terdiri daripada sel dan antara lapisan elastik berbilang fungsi, membina struktur galas beban lebih stabil yang berserenjang dengan arah pemanduan, meningkatkan rintangan hentakan dan getaran pek bateri.

Membentuk semula struktur sistem. Dikuasakan oleh keupayaan pengkomputeran yang tepat dan simulasi AI, CATL meneroka sempadan reka bentuk bateri yang melibatkan senario aplikasi kitaran hayat penuh bateri. Reka bentuk perkongsian bahagian bawah yang bijak membolehkan susunan pintar pelbagai komponen termasuk perlindungan struktur, sambungan bervoltan tinggi dan bolong pelindung untuk larian terma (thermal runaway), memberikan peningkatan seterusnya kapasiti bateri sebanyak 6%. Sementara itu, bateri CTP 3.0 memenuhi kriteria ujian-ujian keselamatan bateri yang diperlukan oleh piawaian kebangsaan seperti ujian tonggak.

Reka Bentuk Penyejukan Air Disruptif. Dengan menempatkan bahagian fungsi penyejukan cecair antara sel-sel bersebelahan, teknologi penyejukan sel permukaan besar perintis ini meningkatkan kawasan pemindahan haba sebanyak empat kali ganda, mengurangkan masa kawalan haba sehingga separuh dan menyokong permulaan panas dalam 5 minit dan pengecasan pantas dalam 10 minit. Ia membolehkan sel menyejuk dengan pantas dalam keadaan melampau, menghalang pengaliran haba yang tidak normal antara sel-sel dengan berkesan. Tambahan pula, ia telah mencapai kestabilan haba dan keselamatan haba untuk semua sistem kimia, menjadikannya serasi dengan bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi.

Bermula daripada bahan, sel hinggalah struktur sistem, pola fikir kejuruteraan yang sistematik meliputi seluruh rantaian penyelidikan dan pembangunan dalam CATL. Disokong oleh inovasi teknologi yang disebut di atas, bateri CTP 3.0 dapat meningkatkan ketumpatan tenaga kepada 255Wj/kg untuk sistem bateri ternar dan 160Wj/kg untuk sistem bateri LFP. Dengan sistem kimia yang sama dan saiz pek yang sama, ia dapat menyampaikan 13% lebih banyak kuasa berbanding bateri 4680, mencapai peningkatan yang menyeluruh dari segi jarak, pengecasan pantas, keselamatan, hayat perkhidmatan, kecekapan dan prestasi suhu rendah.

Bateri CTP 3.0 atau Qilin dijangka dikeluarkan secara besar-besaran dan memasuki pasaran pada tahun 2023. Bermula daripada pengkomputeran simulasi dalam dunia mikro hinggalah penyelarasan yang mahir di dalam struktur bateri, CATL tetap fokus kepada kepintaran teknologi dan inovasi bebas, bertujuan untuk menggalakkan pemotongan kenderaan bahan api fosil oleh kenderaan elektrik.

Bateri CTP 3.0 Qilin lwn. 4680
Bateri CTP 3.0 Qilin lwn. 4680

 

Prestasi Bateri CTP 3.0 Qilin
Prestasi Bateri CTP 3.0 Qilin

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services