omniture

Lagu tema "We Will Be Better" menggema ulang tahun ke-25 kembalinya HK ke tanah air

CCTV+
2022-06-28 09:09 158

BEIJING, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Video muzik untuk lagu tema bagi meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong ke tanah air telahpun dilancarkan oleh China Media Group pada hari Jumaat.

Lagu tema "We Will Be Better", digubah oleh pemuzik Hong Kong, Keith Chan Siu-kei dan Alan Cheung Ka-shing, memaparkan sepenuhnya keyakinan dan harapan rakyat Hong Kong dengan melodi yang rancak dan lirik yang mudah dibaca.

Diilhamkan oleh penyepaduan yang semakin erat antara Hong Kong dan tanah besar sepanjang 25 tahun yang lalu, Chan menggunakan lebih 30 aksara Cina dalam lirik seperti "laut", "sungai" dan "teluk" yang berkongsi komponen yang sama, bagi mengetengahkan ciri-ciri serantau Kawasan Teluk Lebih Besar. Sementara itu, imej-imej mesra "jambatan", "pantai" dan "rumah api" digunakan untuk menggambarkan persaudaraan antara Hong Kong dan tanah besar.

Gubahan dan susunan lagu tersebut menampilkan "gaya Hong Kong" yang tersendiri, menggabungkan 'rock' ringan yang popular dalam kalangan belia Hong Kong dan muzik tradisional Cina yang menonjolkan budaya tradisional.

Cheung berharap dapat menyatakan rasa bangga beliau sebagai rakyat Cina melalui hasil ciptaan beliau dan tidak pernah sama sekali lupa akan aspirasi asal beliau dalam arus perkembangan zaman dan berusaha untuk maju ke hadapan menuju masa depan dengan gigih.

Video muzik tersebut merakamkan adegan kerja dan kehidupan ramai rakan senegara Hong Kong, termasuk Doo Hoi Kem, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Janis Chan Pui-yee, model ikutan "Touching China 2021" dan Leung On-lee, penduduk Hong Kong pasca-90an yang memulakan kerjaya pembasmian kemiskinan beliau di Wilayah Guizhou barat daya China pada tahun 2018.

Pautan: https://youtu.be/BNGFcwnZ2-4

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Internet Technology Music Publishing/Information Service Telecommunications