omniture

CGTN: Hong Kong 25 tahun kemudian: Ikatan kebudayaan antara China dan dunia

CGTN
2022-07-04 09:00 123

BEIJING, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Selepas usaha dan pembinaan selama lima tahun, Hong Kong Palace Museum (HKPM) akhirnya dirasmikan pada 22 Jun dan dijadualkan untuk dibuka pada 2 Julai, membawakan mercu tanda budaya baharu di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

Lima tahun lalu, pada 29 Jun 2017, Presiden Cina Xi Jinping hadir di majlis penandatanganan untuk perjanjian kerjasama antara tanah besar dan HKSAR berhubung pembangunan muzium berkenaan di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat.

Bagi menunjukkan keprihatian dan minat beliau terhadap pembangunan budaya dan seni bandar berkenaan, Xi melawat daerah tersebut beberapa jam setelah beliau tiba untuk lawatan pemeriksaan selama tiga hari sempena sambutan ulang tahun ke-20 kembalinya Hong Kong ke tanah air.

Xi berkata bahawa beliau berharap agar HKSAR akan meneruskan budaya tradisional dan memainkan peranan dalam memudahkan dan menggalakkan pertukaran budaya dan kerjasama antara China dan Barat serta antara Hong Kong dan tanah besar.

Jendela kepada budaya Cina

Budaya tradisional Cina Hong Kong yang sudahpun berkembang maju, dikenali sebagai "Mutiara Timur" ("Pearl of the Orient") ditingkatkan lagi oleh perasmian HKPM.

Dengan elemen-elemen seperti pintu berwarna merah yang dihiasi dengan paku pintu emas, muzium tersebut merangkumkan kecemerlangan budaya tradisional Cina dan menegaskan aspirasinya untuk menjadi salah sebuah institusi kebudayaan yang terkemuka di dunia, komited terhadap kajian dan penghargaan seni serta budaya Cina dan dalam masa yang sama memajukan dialog antara tamadun melalui perkongsian antarabangsa.

Lebih daripada 900 khazanah daripada koleksi Muzium Istana di Beijing akan diletakkan pada paparan bergilir untuk pameran sulungnya. Beberapa barangan ini dipamerkan di Hong Kong buat kali pertama, manakala barangan yang lain belum pernah ditunjukkan kepada khayalak ramai sebelum ini, menurut HKPM.

Selain daripada institusi-institusi fizikal seperti muzium, Hong Kong juga telah menjadi pentas untuk gaya-gaya berbeza teater tradisional Cina. Ditulis ke dalam senarai kebangsaan pertama Warisan Budaya Tak Ketara pada tahun 2006 dan Senarai Perwakilan UNESCO pada tahun 2009, Opera Kantonis merupakan antara yang paling popular.

Pada bulan Ogos 2017, bagi memelihara warisan budaya tak ketara, Hong Kong memperkenalkan senarai wakil pertama 20 barangan, bermula daripada seni persembahan seperti Opera Kantonis hinggalah acara-acara festival seperti Tarian Naga Api Tai Hang dan ketukangan tradisional Teknik Membina Teater Buluh.

Gabungan Timur dan Barat

Hong Kong ialah tempat di mana budaya Cina dan Barat bersepadu, tradisi dan kemodenan bercantum serta lama dan baharu bergabung untuk menunjukkan kontras yang unik.

Presiden Xi menegaskan pada tahun 2018 bahawa melalui kepelbagaian budayanya, Hong Kong akan terus memainkan peranan khas dalam menggalakkan pertukaran budaya Timur-Barat, memudahkan pembelajaran bersama antara tamadun dan membina ikatan sesama individu.

Sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang menampilkan ciri keterbukaan dan kepelbagaian, Hong Kong merupakan pusat kepada kira-kira 600,000 penduduk bukan Cina, kebanyakannya telah menetap di bandar tersebut selama berdekad-dekad.

Arthur de Villepin ialah salah seorang daripada mereka. Beliau mengendalikan galeri di Hollywood Road di daerah Tengah, Pulau Hong Kong bersama bapa beliau Dominique de Villepin yang berkhidmat sebagai perdana menteri Perancis dari tahun 2005 hingga 2007.

Dalam satu temu bual bersama China Media Group (CMG), gandingan tersebut berkata mereka telah mendedikasikan pameran sulung galeri Villepin kepada mendiang pelukis abstrak Cina-Perancis Zao Wou-Ki, memuji beliau sebagai contoh yang baik bagi "perdamaian antara Timur dan Barat."

de Villepin yang lebih muda menyatakan keyakinan beliau bahawa "seni dan budaya kedua-duanya akan berkembang secara dramatik" di bandar tersebut dan cara "China akan mendedahkan dirinya kepada dunia melalui rakyatnya dengan seni akan menjadi luar biasa."

Bandar yang menceritakan kisah China

Semasa satu mesyuarat bersama delegasi Hong Kong, Presiden Xi berkata bahawa bandar tersebut, sebagai sebuah metropolis kosmopolitan, dapat memanfaatkan hubungan luasnya dengan dunia, menyebarkan yang terbaik daripada budaya tradisional Cina dan menceritakan kisah China.

Pengacara TV Janis Chan ialah salah seorang pencerita sedemikian. Dalam dokumentari "No Poverty Land," beliau dan pasukan beliau meluangkan masa selama tiga bulan melawat 10 kawasan di tanah besar Cina bagi memperkenalkan usaha pembasmian kemiskinan China yang tidak diketahui secara meluas oleh dunia.

Hasil kerja tersebut telah mendapat pujian daripada penonton di Hong Kong, tanah besar dan selanjutnya, memenangi gelaran Hos Wanita Terbaik untuk Chan di TVB Anniversary Awards 2021 di Hong Kong serta model peranan "Touching China 2021" di tanah besar.

Berikutan penghormatan ini, beliau memberitahu rakan media bahawa beliaulah yang berasa tersentuh. "Setiap individu yang ditemu bual oleh kami mewakili watak luar biasa rakyat Cina."

Dalam satu temu bual baru-baru ini bersama CMG, Chan berkata beliau akan mendokumentasikan lebih banyak kisah tentang China untuk membolehkan khalayak di dalam dan luar negara mengetahui tentang pembangunan negara ini.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-30/Hong-Kong-25-years-on-A-cultural-bond-between-China-and-the-world--1bhc01Ua5ws/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion