omniture

SHUTTERSTOCK MENYERTAI AHLI LEMBAGA NEWS MEDIA COALITION

Shutterstock, Inc.
2022-07-08 15:24 197

NMC mengalu-alukan sokongan Shutterstock bersama-sama dengan syarikat berita utama yang lain terhadap kebebasan akhbar, pembentukan dasar awam dan kemajuan dalam liputan editorial bebas  

NEW YORK, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan penyelesaian perkhidmatan penuh, kandungan berkualiti tinggi dan penyelesaian aliran kerja kreatif untuk jenama, perniagaan dan syarikat media, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam News Media Coalition (NMC) atau Pakatan Media Berita, sebuah organisasi industri antarabangsa yang terdiri daripada jenama berita global termasuk penerbit berita serta agensi berita utama. Misi NMC adalah untuk melindungi peluang mengumpulkan berita secara bebas, memastikan hak harta intelek undang-undang dihormati, serta merundingkan aturan amalan terbaik untuk operasi berita dan kebebasan kandungan ahli. 

Keahlian ini menandakan satu langkah yang bermakna buat Shutterstock dan perniagaan Editorialnya. Editorial Shutterstock komited untuk menyokong akhbar bebas yang membolehkan wartawan serta para penyumbang berita melaporkan secara editorial tentang peristiwa di seluruh dunia tanpa sekatan arbitrari. Bilik Berita Shutterstock yang dilancarkan pada bulan Mei 2021 menghubungkan sebuah pasukan yang mantap dengan lebih 1,000 orang wartawan global, jurugambar serta jurugambar video kepada pasukan berita di seluruh dunia untuk akses yang tiada tandingan terhadap kandungan berita terkini, kandungan eksklusif dan arkib. Selain itu, perniagaan Editorial mempunyai kerjasama kandungan yang eksklusif dengan Condé Nast, 'epa', LIFE Picture Collection, AP dan A+E, serta kehadiran penting di acara global termasuk Liga Perdana Inggeris, Anugerah Screen Actors Guild, Anugerah Academy, BAFTA dan banyak lagi. 

"Telah sekian lama kami mengagumi usaha berimpak tinggi yang dijalankan oleh News Media Coalition selama lebih 14 tahun demi meningkatkan kebebasan akhbar dalam bidang yang khusus ini dan kami amat teruja kerana mempunyai kedudukan untuk menyokong para wartawan dan penyumbang kami," kata Candice Murray, Naib Presiden Editorial Shutterstock. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan NMC untuk memastikan kebebasan mengumpulkan berita serta memastikan bahawa peristiwa yang menarik perhatian umum dalam bidang sukan dan hiburan boleh diakses oleh pengguna baharu di seluruh dunia." 

Andrew Moger, Ketua Pegawai Eksekutif News Media Coalition berkata: "NMC merupakan satu-satunya badan industri berita antarabangsa yang beroperasi dalam bidang ini. Sambil kami mengembangkan pengaruh dan kejayaan, kami gembira dengan penglibatan serta sokongan Shutterstock terhadap misi kami. Kami maklum, sepertimana jenama berita utama lain yang ada dalam keahlian kami, Shutterstock akan turut membawa pelbagai kepakaran dan pengetahuan industri ke NMC. Shutterstock menyertai ahli lembaga kami ketika kebebasan akhbar menjadi semakin penting. Kami berharap dapat bekerjasama dalam isu-isu dasar yang penting, meningkatkan dan berkongsi nilai-nilai integriti serta ketelusan dan kebebasan kewartawanan kami."

Tentang Shutterstock, Inc.

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformatif. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang melebihi 2 juta orang penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 405 juta imej dan lebih 25 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia serta pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran video terbesar di dunia, TurboSquid,sebuah pasaran kandungan 3D;, PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah pustaka muzik tanpa royalti yang telah dipilih susun; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu Kecerdasan Buatan; dan Bigstock, sebuah tawaran stok media berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter serta Facebook.

Tentang News Media Coalition (NMC)

NMC ialah organisasi bukan untung antarabangsa yang berfungsi untuk melindungi sektor berita daripada kawalan arbitrari atau sekatan terhadap pengumpulan berita, edaran berita, pemilikan hak cipta dan penggunaan kandungan. Ditubuhkan pada tahun 2008, NMC terlibat dengan para penganjur acara bagi berita-berita besar yang mempunyai kepentingan awam yang tinggi termasuk kejohanan sukan, serta terlibat dengan penggubal dasar awam untuk meraih sokongan terhadap keperluan dan perkembangan sektor berita bebas.

Ahli NMC sedia ada termasuk syarikat penerbitan, agensi berita kebangsaan dan antarabangsa utama seperti Agence France-Presse, Associated Press, Associated Newspapers, Australian Associated Press, Deutsche Presse-Agentur, EFE Agencia, ESI Media, European pressphoto agency, European Publishers Council, Getty Images, Guardian Media Group, News UK, News Corp Australia, PA Media, Reach, SNTV, Stuff, Telegraph Media Group dan Thomson Reuters.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements