omniture

Vantage jalin kerjasama dengan Supercar Blondie bawa perjalanan ESG globalnya dengan lebih giat

Vantage
2022-07-08 17:05 333

SINGAPURA, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan selebriti media sosial Alexandra Mary 'Alex' Hirschi, terkenal secara dalam talian sebagai Supercar Blondie, dalam pelancaran program ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) globalnya.

Berpangkalan di Dubai, Alex ialah individu berpengaruh wanita popular yang paling disukai kerana video beliau yang menghiburkan mengenai kereta super mewah, memiliki lebih daripada 75 juta pengikut melalui saluran media sosial beliau. Beliau akan menyertai Sardinia, Itali, mengambil bahagian dalam inisiatif kelestarian Blue Carbon Extreme E untuk menanam rumput laut di lautan semasa minggu perlumbaan Extreme E Sardinia.

Ini merupakan kolaborasi pertama antara Vantage dan Supercar Blondie dalam bidang ESG. Perkongsian ini akan memfokuskan bagi memacu inovasi untuk pengeluaran kenderaan elektrik, menggalakkan kesamaan gender dan memberi tumpuan kepada perubahan iklim.

Perjalanan ESG korporat Vantage sendiri didorong oleh semangat yang ditunjukkan oleh pekerjanya untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Pekerja-pekerjanya di wilayah-wilayah yang berbeza telah melaksanakan projek-projek ESG setempat untuk masyarakat tempatan mereka selama bertahun-tahun, bermula daripada kerja sukarela dan sumbangan hinggalah pengumpulan dana dan pendidikan. Inisiatif ESG global Vantage akan memformalkan usaha ini, memberi sokongan dan penyelarasan tambahan serta membolehkan pasukan untuk berkongsi sumber dan juga idea bagi memaksimumkan impak.

Ini menyokong keputusan syarikat bagi menaja McLaren MX Extreme E pada bulan Februari.

Di samping itu, syarikat ini akan menjalankan beberapa program ESG global termasuk kempen derma darah seluruh dunia, pengumpulan dana untuk pelarian dan menyokong inisiatif pendidikan kewangan percuma dalam pasaran-pasaran baru muncul bagi menambah baik literasi kewangan dan meningkatkan kebebasan kewangan.

Bagi mengemudi program ini, Vantage membangunkan lima prinsip panduan dan turut melantik duta ESG yang akan menyelaraskan program dan memastikan semua sumber memberi impak sebanyak mungkin dalam bidang-bidang yang paling diambil peduli oleh orang ramai.

Sofiia Starchevska, Duta ESG di Vantage, berkata, "Bagi kami, ESG adalah lebih daripada sekadar rangka kerja atau peluang yang boleh dimulakan oleh syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur. Setiap orang bertanggungjawab untuk menyumbang kepada dunia yang menjadi tempat kediaman kita dengan cara yang positif. Kami menyasarkan untuk menjadikan ESG sebagai sebahagian daripada kehidupan harian kami dengan memberi peluang kepada pekerja kami untuk menyumbang kepada projek-projek ESG dan akhirnya menyumbang kembali kepada masyarakat di tempat mereka tinggal."

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata, "Kami gembira kerana mendapat sokongan daripada Supercar Blondie, Sofiia dan para pekerja kami ketika kami memulakan perjalanan ESG kami. Jelas sekali kami benar-benar prihatin terhadap pemberian sumbangan kepada dunia di sekeliling kita dan pelancaran program ESG, berserta kolaborasi kami bersama Alex merupakan satu cara untuk menyatukan semua usaha ini dan untuk menggalakkan penyertaan. Kemahuan pasti ada. Perjuangannya hanya melibatkan pengaturan dan mobilisasi. Inisiatif-inisiatif ini hanyalah permulaan dan kami teruja untuk melihat apa yang dapat dicapai oleh tindakan kolektif ini."

Untuk maklumat lanjut tentang program ESG kami, sila kunjungi: https://www.vantagemarkets.com/esg/

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage merupakan lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah, dan platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Apl Vantage di App Store atau Google Play. 

Diperkasakan untuk memanfaatkan dengan lebih baik peluang pasaran yang berjaya apabila anda

trade smarter @vantage.

Source: Vantage
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Corporate Social Responsibility Financial Technology