omniture

Kerajaan Mongolia dan UNESCO menandatangani Memorandum Persefahaman penting

The Government of Mongolia
2022-07-15 16:49 203

ULAANBAATAR, Mongolia, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) penting telah ditandatangani antara Kerajaan Mongolia dengan UNESCO sempena meraikan ulang tahun Mongolia ke-60 sebagai anggota organisasi tersebut.

MoU yang berkuat kuasa hingga tahun 2029 ini yang menjelaskan matlamat bersama Kerajaan Mongolia dan UNESCO terhadap pendidikan, sains, kebudayaan dan transformasi digital, telah ditandatangani semasa lawatan Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay ke Mongolia yang kini berada di negara tersebut untuk festival Naadam.

Komitmen utama dalam MoU ini akan membantu menyokong pencapaian Dasar Pemulihan Baharu dan Wawasan 2050 Mongolia dengan tumpuan terhadap peralihan negara tersebut untuk menjadi sebuah kuasa serantau terkemuka pada pertengahan abad ini:

  • Mengukuhkan sistem pendidikan Mongolia: dengan meningkatkan kualiti serta akses kepada kelayakan teknikal dan vokasional, menyokong pembangunan rangka kerja kelayakan nasional untuk pengajian tinggi, bersama-sama membangun dan menghasilkan laluan pembelajaran sepanjang hayat serta mempromosikan transformasi digital dalam sektor pendidikan
  • Menyingkap peluang yang dibawa oleh sains: dengan meningkatkan pelaburan dalam bidang sains dan teknologi, menyokong pembangunan universiti penyelidikan, memudahkan pemindahan pengetahuan yang lebih besar dalam sektor sains serta mendayakan penubuhan dan pembangunan wilayah dengan infrastruktur inovasi seperti taman sains dan teknologi, zon ekonomi bebas dan perniagaan berasaskan teknologi yang berkaitan
  • Mempamerkan budaya dan warisan Mongolia yang unik: dengan mengukuhkan kapasiti untuk menentang pemerdagangan haram artifak budaya, mempromosikan muzium Mongolia, menghapuskan halangan kawal selia yang tidak diperlukan dalam pembangunan industri budaya dan kreatif Mongolia serta meningkatkan tahap penglibatan belia dalam warisan budaya Mongolia yang kaya

Festival Naadam pada tahun ini telah dibuka secara rasmi oleh Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khürelsükh pada hari Isnin. Naadam tersenarai dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Manusia yang Tersembunyi pada tahun 2010.

Menteri Kebudayaan Mongolia, Nomin Chinbat mengulas: "Kerjasama yang penting antara Kerajaan Mongolia dan UNESCO ini akan membantu melindungi warisan budaya negara kami dengan lebih baik sambil membolehkan rakyat Mongolia memanfaatkan peluang masa depan.

"Tidak kira sama ada ia berkaitan dengan pendidikan, sains atau galakan untuk menggunakan teknologi digital dengan lebih meluas, komitmen dalam perjanjian ini akan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat Wawasan 2050 serta Dasar Pemulihan Baharu." 

Source: The Government of Mongolia
Keywords: Art Computer/Electronics Education Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)