omniture

Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China 2022 Labuh Tirai pada 11 Julai, Stabilkan Rantaian Industri dan Rantaian Bekalan

CBD Fair
2022-07-21 01:53 223

GUANGZHOU, China21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China ("Pameran CBD (Guangzhou)" dan "Pameran") kembali mulai 8 hingga 11 Julai, menghimpunkan golongan profesional reka bentuk, hiasan dan pembinaan untuk melawat pendedahan luas produk dan perkhidmatan yang terkini. Pameran CBD (Guangzhou) ke-24 menampilkan syarikat-syarikat cemerlang daripada pelbagai segmen dalam industri pembinaan dan hiasan rumah dan terus berfungsi sebagai peneraju industri yang memainkan peranan penting dalam memacu dan mentransformasikan pembangunan sektor ini.


Pameran CBD 2022 meneruskan kejayaannya yang terdahulu untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pameran perdagangan NO.1 dunia dalam industri ini. Ekspo luar talian terbesar bagi tahun ini yang diadakan di China menyaksikan pelbagai pencapaian dari segi skala dan bilangan hadirin, menganjurkan 80 forum termaju dan mengalu-alukan lebih 120,000 pelawat profesional selama empat hari. Dengan dewan pameran yang mencakupi keluasan lebih 300,000 meter persegi, pameran perdagangan mega tersebut menarik lebih daripada 1,200 syarikat yang mempamerkan penyelesaian, produk dan perkhidmatan yang meliputi seluruh rantaian bekalan, memacu pertumbuhan pasaran domestik China.

Dengan penaiktarafan yang holistik untuk empat kawasan pameran utamanya, yang menyediakan reka bentuk yang inovatif serta penyelesaian tersuai, pintar dan sistematik, Pameran CBD meninggikan standard ke atas keselamatan, kebersihan dan pengalaman acara yang berkualiti tinggi. Pameran berkenaan turut menganjurkan 30 pameran, forum dan salon yang direka khusus, mencipta platform yang direka bentuk untuk berkongsi idea yang inovatif dan menggalakkan pertukaran yang kreatif antara pereka.

Menyasarkan keperluan pempamer yang berusaha untuk meluaskan jaringan pengedar dan pemegang francais mereka, Pameran CBD 2022 turut melancarkan satu inisiatif baharu yang menjemput sekitar 20 pasaran cemerlang untuk membawa lebih ramai pengedar dan pemegang francais ke pameran tersebut.

Selain memaparkan inovasi industri yang terkini dan meningkatkan peluang perniagaan, Pameran CBD 2022 turut memainkan peranan penting dalam menggiatkan semula pembangunan ekonomi dalam dunia pasca-pandemik. Industri pembinaan dan hiasan rumah merupakan tonggak pembangunan ekonomi China memandangkan rantaian industrinya meliputi pembuatan, pembinaan, penggunaan dan peredaran, menyumbang kepada sebahagian besar daripada pertumbuhan ekonomi China. Pemulihan penggiat-penggiat industri penting yang pantas dan sepenuhnya adalah kritikal untuk kestabilan rantaian bekalan. Pameran berkenaan membantu China mengekalkan momentum ekonomi yang kukuh dengan mempercepatkan kerja-kerja dan penyambungan semula pengeluaran perniagaan yang penting untuk pemulihan ekonomi negara ini.

 

Source: CBD Fair
Keywords: Construction/Building Retail Trade show news