omniture

TiNDLE KINI TERSEDIA SEBAGAI MENU BAHARU YANG ISTIMEWA DI SCHMATZ, TOKYO

TiNDLE
2022-07-22 04:20 116
  • Di sebuah bandar yang terkenal dengan tumpuan restoran dan kedai makan berprestij, penduduk Tokyo kini dapat merasai TiNDLE, ayam 'ekstra lazat' yang diperbuat daripada tumbuhan dan dikenali sebagai TiNDLE Karaage dan TiNDLE Hamburg Steak di Schmatz – restoran Bir Jerman Moden yang popular
  • Mulai 20 Julai, TiNDLE akan tersedia di Schmatz Nakameguro dan CIAL ANNEX Yokohama, disusuli dengan lokasi Ark Hills dan Shimokitazawa pada akhir bulan, sebagai hidangan bermusim yang istimewa dan ditampilkan sebagai item menu tempoh terhad
  • Dalam masa hanya setahun, TiNDLE telah menjadi ayam berasaskan tumbuhan yang digemari dalam dunia masakan, bekerjasama rapat dengan beberapa restoran dan jurumasak terkemuka di seluruh Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat

TOKYO, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- TiNDLE kini ditawarkan sebagai menu istimewa di Schmatz, sebuah kumpulan restoran bir Jerman yang popular di lokasi Nakameguro dan Yokohama, disusuli dengan outlet di Ark Hills dan Shimokitazawa pada akhir bulan ini. Schmatz terkenal secara meluas sebagai salah satu destinasi makan kasual terkemuka di Jepun untuk masakan dan inovasi makanan yang berkualiti tinggi dan mulai hari ini, ayam berasaskan tumbuhan yang popular ini ditampilkan dalam rangkaian menu kegemaran berinspirasikan masakan Jerman dan Jepun dalam tempoh terhad.

TiNDLE Karaage at Schmatz (Tokyo, Japan)
TiNDLE Karaage at Schmatz (Tokyo, Japan)

Bermula dari sebuah trak makanan di Tokyo pada tahun 2013 hingga berkembang pada hari ini sebagai kumpulan restoran dan jenama bir tradisional, Schmatz terkenal dengan sajian Jerman moden yang lazat dan inovatif serta perkhidmatannya yang mesra. Hari ini, Schmatz mempunyai 40 buah lokasi di seluruh negara yang menyajikan bukan sahaja sosej ikonik mereka, malah hidangan istimewa bermusim dengan pengaruh tempatan.

Lokasi Schmatz di Nakameguro dan Yokohama kini menawarkan TiNDLE dalam dua hidangan: TiNDLE Karaage gaya Jerman yang menawarkan kelainan pada citarasa klasik, yang digaul dengan perisa Schmatz asli dan digoreng rangup sehingga berwarna perang keemasan dan juga TiNDLE Hamburg Steak, yang menawarkan hidangan ringkas menggunakan ayam yang diperbuat daripada tumbuhan dengan campuran bawang, herba dan rempah, lalu dibakar di dalam ketuhar dengan kentang segar dan keju cair. Ikuti perkembangan terkini selanjutnya tentang bila kedua-dua hidangan ini akan tersedia di lokasi Schmatz Ark Hills dan Shimokitazawa.

Dikenali sebagai pusat makanan berkualiti dan kulinari kreatif, Jepun sendiri menempatkan lebih 1.4 juta restoran. Secara khususnya, Tokyo merupakan sebuah destinasi yang diingati kerana bandar ini merupakan pusat tumpuan restoran dan kedai makan yang memenangi anugerah dan dicari-cari – menawarkan segala-galanya daripada sajian dan teknik terbaik Jepun hinggalah penguasaan hidangan avant-garde dan moden. TiNDLE amat serasi dengan pelbagai gaya dan jenis masakan yang menawarkan kemungkinan tanpa batasan.

"Kami teruja untuk membawa TiNDLE ke Schmatz di Tokyo dan memperkenalkan pengalaman ayam yang sama seperti yang diketahui dan digemari umum, kepada para penjamu selera di Jepun," kata Alex Ward, Ketua Pegawai Operasi Next Gen Foods, syarikat di sebalik penghasilan TiNDLE. "Kami bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan kumpulan restoran terkenal seperti Schmatz – menampilkan TiNDLE sebagai tawaran menu yang istimewa – dalam usaha kami untuk membawa TiNDLE ke lokasi baharu di seluruh dunia dan mengumpulkan maklumat yang lebih mendalam tentang makanan yang diingini pengguna apabila memilih daging berasaskan tumbuhan berbanding pilihan berasaskan haiwan yang tradisional."

Marc Luetten, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Schmatz berkongsi, "Kami sentiasa cuba berinovasi dan menghasilkan elemen asli yang menyeronokkan ke dalam pengalaman menjamu selera di Schmatz. Jurumasak kami berbangga kerana berupaya mencipta bukan sahaja item menu yang lazat menggunakan TiNDLE, malah menu yang lestari dan memberi inspirasi kepada potensi baharu untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik bagi planet kita."

Pada 22 dan 23 Julai, TiNDLE dan Schmatz bekerjasama untuk memberikan sampel hidangan TiNDLE istimewa baharu mereka secara percuma termasuk TiNDLE Karaage, TiNDLE Hamburg Steak dan hidangan istimewa untuk dua hari sahaja iaitu TiNDLE Wrap tempoh terhad, yang diperbuat dengan TiNDLE panggang lalu dibalut dengan tortilla, ditambah dengan inti sayur-sayuran segar, keju serta dihidangkan dengan mayonis pedas yang manis. Para penjamu selera di Tokyo boleh mencuba hidangan TiNDLE secara percuma (sehingga kehabisan stok) pada 22-23 Julai bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang di outlet Schmatz Nakameguro.

Diperbuat daripada sembilan bahan sahaja, TiNDLE merupakan produk pertama daripada Next Gen Foods, sebuah syarikat pemula teknologi makanan yang membantu menjadikan sistem makanan global mampan dengan penciptaan makanan yang lazat. Dengan rasa, tekstur atau ciri serba gunanya yang tiada kompromi, TiNDLE juga tidak mengandungi antibiotik, hormon haiwan, kolesterol atau bahan-bahan yang diubah suai secara genetik.

TiNDLE ialah ayam pertama yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan dan dicipta oleh jurumasak untuk jurumasak — produk serba guna yang mudah digunakan dan telah menarik perhatian para profesional masakan di peringkat antarabangsa. Ia merupakan ayam berasaskan tumbuhan serba guna yang mudah disediakan, yang boleh dijadikan bahan utama dalam mana-mana hidangan, merangkumi makanan kegemaran seperti sate dan schnitzel serta Döner kebab atau ramen.

Dalam tempoh lebih setahun sejak pelancarannya, TiNDLE telah berkembang daripada hidangan yang ditawarkan di beberapa buah lokasi di Singapura hingga ditampilkan di lebih 500 buah restoran di seluruh Amerika Syarikat, Asia, Timur Tengah dan Eropah – termasuk pelancaran di United Kingdom dan Jerman baru-baru ini. Syarikat ini merancang untuk mengembangkan saluran jualan dan pasaran tambahan pada tahun hadapan, yang merangkumi kajian lanjutan dan penerokaan tentang permintaan TiNDLE di Jepun.

Next Gen Foods ditubuhkan pada tahun 2020 oleh pengeksport ayam dan itik kelahiran Brazil serta veteran industri makanan, Andre Menezes dan Timo Recker yang berketurunan Jerman, dengan sejarah perniagaan keluarga yang menghasilkan schnitzel dan produk daging lain selama tiga generasi. Selepas bertemu melalui satu sesi pengenalan oleh Rohit Bhattacharya, yang kini merupakan Ketua Pegawai Kewangan syarikat pemula ini, mereka membuat keputusan untuk mengusahakan produk yang mengurangkan pergantungan manusia terhadap penternakan haiwan. 

Pasukan pucuk pimpinan awal - termasuk Ketua Pegawai Operasi, Alex Ward dan Ketua Pegawai Pemasaran, Jean Madden - bekerjasama rapat dengan Ketua Pegawai Teknologi yang juga merupakan pencetus idea di sebalik TiNDLE, John Seegers, untuk membangunkan satu produk yang unggul melalui penyelidikan terperinci tentang faktor-faktor yang menghasilkan rasa ayam dan berprestasi seperti ayam. Mereka menamakan produk pertama mereka TiNDLE sebagai rujukan zaman moden terhadap ahli fizik Ireland abad ke-19 , John Tyndall, yang membuktikan hubungan antara CO2 di atmosfera dengan kesan rumah hijau. 

Secara purata, ayam yang diperbuat daripada tumbuhan memerlukan tanah dan air yang kurang serta menghasilkan kurang CO₂ berbanding ayam daripada burung. Berdasarkan laporan Blue Horizon 2020, memilih ayam berasaskan tumbuhan menggantikan daging haiwan mampu mengurangkan 82% penggunaan air, 74% penggunaan tanah dan mengurangkan 88% pelepasan gas rumah hijau.

Untuk melihat senarai lengkap restoran yang menawarkan TiNDLE, sila layari di sini. Jurumasak dan pengendali yang berminat untuk menambah TiNDLE pada menu mereka boleh menghubungi apmepartners@tindle.com untuk maklumat lanjut dan sampel.

Tentang TiNDLE

TiNDLE ialah ayam berasaskan tumbuhan yang lazat dan menawarkan rasa, tekstur yang menyelerakan serta bersifat serba guna. TiNDLE diperbuat tanpa daging haiwan dan dengan penggunaan tanah, air dan tenaga yang kurang, yang biasanya digunakan untuk menghasilkan daging daripada burung. TiNDLE menyatukan orang ramai untuk menikmati pengalaman rasa yang lazat yang turut memberi manfaat kepada planet ini. TiNDLE ialah jenama pertama yang dicipta oleh Next Gen Foods, sebuah syarikat teknologi makanan yang beribu pejabat di Singapura yang membangun dan mengkomersialkan makanan inovatif dan lestari. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tindle.com atau ikuti @tindlefoods di Instagram dan @tindle.foods di TikTok.

Tentang Next Gen Foods

Ditubuhkan pada tahun 2020, Next Gen Foods merupakan sebuah syarikat pemula teknologi makanan yang membangun dan mengkomersialkan produk makanan berasaskan tumbuhan yang inovatif dan lestari-- termasuk produk utamanya, TiNDLE. Next Gen Foods disokong oleh sebuah pasukan dengan pengalaman yang terbukti dalam teknologi makanan berasaskan tumbuhan, pembangunan jenama global dan peningkatan skala edaran global. Untuk maklumat lanjut, sila layari nextgenfoods.sg.

Tentang Schmatz

Schmatz ialah jenama bir dan restoran Jerman yang pada asalnya dimulakan oleh para pengasas, Christopher Ax dan Marc Luetten, dengan sebuah trak makanan yang menjual bir dan sosej pada tahun 2013. Pada tahun 2015, Schmatz membuka restoran hidangan bir pertamanya di Akasaka. Konsep ini telah menjadi popular di seluruh Tokyo dan berkembang dengan lebih banyak kedai dibuka serta lebih banyak jenama bir tradisional runcit milik syarikat ini yang dilancarkan. Pada masa ini, Schmatz mempunyai 39 buah restoran di kawasan metropolitan Tokyo dan Nagoya serta menjual bir di lebih 100 buah pasar raya di seluruh Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.schmatz.jp atau ikuti @schmatzjp di Instagram.

TiNDLE Hamburg Steak at Schmatz (Tokyo, Japan)
TiNDLE Hamburg Steak at Schmatz (Tokyo, Japan)

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1862392/TiNDLE_Karaage_Schmatz_Japan.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1862393/TiNDLE_Hamburg_Steak_Schmatz_Japan.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1746867/TiNDLE.jpg?p=medium600

Source: TiNDLE
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail New products/services