omniture

Huawei Mudahkan Transformasi Awan Pengendali untuk Serlahkan Nilai Ketersambungan

Huawei
2022-07-25 12:38 152

SHENZHEN, China, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Peng Song, Presiden Jabatan Pemasaran & Penjualan Penyelesaian Huawei Carrier BG, hari ini berucap tentang rancangan terbaru syarikat ini untuk transformasi awan pengendali di Sidang Kemuncak Transformasi Awan Pembawa sempena Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei. Beliau menjelaskan betapa Huawei teruja untuk menyokong transformasi ini dengan membantu meningkatkan nilai rangkaian, mempercepatkan inovasi perkhidmatan dan mengoptimumkan operasi telekomunikasi bagi menyerlahkan faedah-faedah ketersambungan.

Awan menjadi bahagian yang penting dalam transformasi digital industri dan kini dianggap sebagai faktor ekonomi yang penting lantaran keupayaannya untuk membentuk semula struktur ekonomi dan landskap pasaran industri-industri individu.

Industri telekomunikasi telahpun memasuki tahap yang kritikal dalam transformasi awannya sendiri, menghasilkan banyak peluang dan cabaran baharu. 15% pengendali dijangka untuk membangunkan dan melaksanakan sepenuhnya strategi awan yang komprehensif menjelang akhir tahun 2023, lalu menghasilkan pasaran awan telekomunikasi bernilai ratusan bilion dolar. Bagi menyokong pengembangan ini dan mengambil peluang daripada pasaran baharu yang dicipta oleh teknologi ini, pengendali haruslah mengutamakan pembinaan infrastruktur ICT yang lebih cekap dan tangkas.

Peng Song berucap di Sidang Kemuncak Transformasi Awan Pembawa sempena Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei
Peng Song berucap di Sidang Kemuncak Transformasi Awan Pembawa sempena Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei

Peng percaya bahawa transformasi awan pengendali haruslah berasaskan kepada teknologi komunikasi (ICT) dan pengendali harus memanfaatkan kekuatan unik industri telekomunikasi serta transformasi awan untuk memperbesar nilai rangkaian dan perkhidmatan mereka.

Beliau menekankan bahawa terdapat tiga bidang yang harus ditumpukan oleh pengendali untuk merebut peluang yang dibawakan:

Pertama, dari segi nilai rangkaian, pengendali perlu memperluas sempadan rangkaian dengan awan dan meningkatkan nilai rangkaian dalam pasaran B2B untuk memastikan kemajuan ini memberi faedah kepada lebih ramai pelanggan. Rangkaian merupakan aset teras pengendali dan pengendali boleh memanfaatkan kelebihan ini dan memajukan transformasi awan dengan cara yang sinergistik.

Di China, Huawei menyediakan keupayaan rangkaian dan awan pinggir untuk mengupayakan pengendali menyediakan kepada pelanggan perusahaan mereka dengan penyelesaian demi produktiviti yang lebih tinggi, memperluas pasaran tersambungkan mereka sebanyak 25%.

Kedua, dari segi inovasi digital, pengendali perlu membina platform awan untuk inovasi perkhidmatan digital yang boleh digunakan oleh mereka untuk melancarkan perkhidmatan baharu dengan lebih cepat. Platform awan kolaboratif yang menghubungkan perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan digital akan mempercepatkan lagi inovasi dan meningkatkan keupayaan pemerolehan pelanggan mereka.

Di Eropah, Huawei telahpun membantu pengendali memindahkan persekitaran pembangunan, persekitaran ujian dan ratusan perkhidmatan ke platform Huawei Cloud. Ini telah membantu beberapa pengendali memendekkan masa ke pasaran untuk perkhidmatan baharu sebanyak 75% melalui penggunaan platform pembangunan yang tangkas dan keupayaan PaaS telekomunikasi.

Ketiga, dari segi operasi telekomunikasi, pengendali perlu menggunakan penyelesaian awan pra-integrasi yang direka khusus untuk industri telekomunikasi bagi menyokong pertumbuhan mampan perniagaan utama mereka. Transformasi awan telekomunikasi memerlukan platform awan yang mempunyai seni bina teragih yang berupaya memenuhi keperluan keselamatan dan pengurusan data bagi seni bina perkhidmatan telekomunikasi adaptif. Garis masa rasional transformasi awan juga diperlukan bagi memastikan perkhidmatan dipindahkan dengan mantap ke awan.

Di Asia, Huawei menggunakan awan teragih untuk mengendalikan pelbagai jenis perkhidmatan dan ciri pengendali serta menggunakan himpunan data teragih Huawei untuk menjalankan analisis data berkorelasi untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang berbeza, lalu meningkatkan kadar kejayaan pemasaran pakej 5G sebanyak 180%.

Peng mengakhiri ucapan beliau dengan berkata bahawa, untuk berjaya dalam transformasi digital dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, penting agar pengendali memeterai perkongsian yang strategik dengan mereka yang memahami secara mendalam industri telekomunikasi dan mengetahui cara untuk memanfaatkan kekuatan telekomunikasi. Menjelang akhir tahun 2021, Huawei bekerjasama secara meluas dengan lebih daripada 120 pengendali seluruh dunia untuk perkhidmatan awan. Huawei komited untuk melabur selanjutnya dalam ICT dan memanfaatkan keupayaan perkhidmatan setempatnya di seluruh dunia bagi mempercepatkan transformasi awan pengendali dan menyerlahkan faedah-faedah ketersambungan.

Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei diadakan mulai 18 Julai hingga 21 Julai di Shenzhen, China. Bersama-sama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami meneroka topik-topik seperti 5.5G, pembangunan hijau dan transformasi digital untuk membayangkan kejayaan bersama dalam ekonomi digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/winwin-innovation-week.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment