omniture

CARIFLEX PECAH TANAH DI KILANG LATEKS POLIISOPRENA TERBESAR DUNIA DI SINGAPURA DENGAN PELABURAN LEBIH AS$350J

Cariflex Pte. Ltd.
2022-07-29 09:14 99

SINGAPURA, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju pasaran global bagi lateks getah poliisoprena untuk pasaran akhir perubatan, Cariflex Pte. Ltd. (Cariflex), memecah tanah pada hari ini di tapak berkeluasan 6.1 hektar di Pulau Jurong, Singapura. Cariflex akan membina kilang lateks poliisoprena yang terbesar di dunia dan yang pertama di Singapura di tapak ini. Dipacu oleh komitmen teguh untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan globalnya dalam produk perubatan dan pengguna, pelaburan ini mewakili pengembangan kapasiti terbesar dalam pencapaian sedia ada Cariflex.

Dalam pengembangan utama yang terkini, Cariflex menggandakan kapasiti lateks poliisoprenanya di Paulinia, Brazil yang diselesaikan dengan jayanya pada tahun 2021.
(Photo credit: Cariflex Pte. Ltd.)
Dalam pengembangan utama yang terkini, Cariflex menggandakan kapasiti lateks poliisoprenanya di Paulinia, Brazil yang diselesaikan dengan jayanya pada tahun 2021. (Photo credit: Cariflex Pte. Ltd.)

Cariflex memindahkan ibu pejabatnya ke Singapura pada tahun 2020 sebagai subsidiari milik penuh DL Chemical Co., Ltd. DL Chemical Co., Ltd ialah sebuah syarikat petrokimia global dan sebahagian daripada DL Group [KRW 12.3T (AS$10.8B) Hasil pada tahun 2021], pemaju global dan syarikat pembinaan pertama Korea yang ditubuhkan pada tahun 1939. DL Holdings juga merupakan pemegang saham majoriti DL E&C Co., Ltd, sebuah syarikat bersekutu dengan kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam dan pembinaan serta rakan kontrak utama yang melaksanakan projek ini di Singapura.

"Kapasiti penuh yang berpotensi bagi kilang Singapura akan disampaikan dalam dua fasa. Gabungan pelaburan untuk fasa pertama dan pra-pelaburan infrastruktur yang diperlukan untuk fasa kedua adalah lebih AS$350J. Pra-pelaburan untuk fasa kedua akan membolehkan kapasiti tambahan disediakan dengan pantas dan cekap bagi menyokong pertumbuhan pasaran. Ini juga akan terus mengukuhkan kedudukan Cariflex sebagai pembekal nombor satu lateks poliisoprena dengan kualiti yang tiada tandingan dan kepelbagaian sumber bekalan," kata En. Jong-Hyun Kim, Ketua Pegawai Eksekutif DL Chemical Co., Ltd.

Lateks getah poliisoprena Cariflex (Lateks IR Cariflex™) ialah lateks polimer sintetik berasaskan air, sesuai untuk pelbagai kegunaan bernilai tinggi. Sarung getah pembedahan dan kondom mewakili pasaran akhir utama yang menggunakan Lateks IR Cariflex™, berdasarkan kepada proposisi nilai uniknya sebagai alternatif kepada lateks getah asli.

Kilang Singapura akan memainkan peranan penting dalam keserbabolehan bekalan pembuatan Cariflex untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka di Asia Tenggara, tempat letaknya kilang-kilang pembuatan sarung tangan pembedahan dan kondom yang utama di dunia.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Cariflex menaik taraf, menyahsesak dan memperluas kapasiti dengan konsisten dan segera di lokasi-lokasi pembuatan sedia ada mereka di Brazil dan Jepun bagi memenuhi keperluan volum yang semakin meningkat daripada pelanggan dan bidang pasarannya. Cariflex menyelesaikan pengembangan utamanya yang terkini pada tahun 2021 dengan jayanya, lalu menggandakan kapasiti lateks poliisoprenanya di Kemudahan Paulinia, Brazil, dengan nilai pelaburan sebanyak AS$50J.

"Kami menempatkan kemudahan pembuatan canggih kami yang baharu di Singapura ini secara strategik, di hadapan pelanggan penting kami. Kami menghargai Singapura bukan sahaja atas keupayaannya untuk mendorong hab kewangan yang berkembang maju, tetapi juga atas dedikasinya untuk membangunkan hab inovasi, perdagangan dan logistik. Dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan mahir, Singapura menawarkan perlindungan yang kukuh terhadap hak harta intelek dalam kerangka negara yang stabil dari segi politik. Di samping itu, ekosistem Pulau Jurong, dengan kesemua infrastruktur dan perkhidmatan sedia ada serta sokongan daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura serta agensi-agensi kerajaan yang lain, memberi keyakinan kepada kami terhadap keputusan pelaburan kami di Singapura," kata En. Prakash Kolluri, Ketua Pegawai Eksekutif Cariflex.

Kilang tersebut dijangka akan beroperasi menjelang separuh kedua tahun 2024 dan akan mencipta sekurang-kurangnya 70 pekerjaan tetap bagi fasa pertama projek berkenaan. Ini termasuk jawatan dalam fungsi kejuruteraan, pengeluaran, kualiti, rantaian bekalan dan sokongan pembuatan yang lain. Semasa kemuncak pembinaan, Cariflex menjangkakan lebih daripada 1,500 pekerja diambil bekerja di tapak.

"Kilang Singapura tersebut dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran lateks poliisoprena global kami sebanyak lebih 50%. Projek ini memelihara dan mengekalkan kedudukan pasaran utama lateks poliisoprena kami dari segi kapasiti tergabung, bilangan lokasi dan barisan pengeluaran untuk menyampaikan kualiti produk terbaik dalam kelas yang konsisten. Ini memberi keyakinan penuh kepada pelanggan kami untuk terus bergantung kepada Lateks IR Cariflex™ sebagai sumber mampan untuk mengembangkan perniagaan mereka," tambah En. Kolluri.

Pelaburan dan pengembangan Cariflex ke Singapura benar-benar disokong oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) Singapura dan JTC, lembaga berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura.

"Pandemik COVID-19 telah menekankan kepentingan kebingkasan rantaian bekalan. Justeru itu, kami berbesar hati kerana Cariflex memilih Singapura untuk kilang lateks poliisoprena yang terbesar di dunia yang akan membekalkan bahan-bahan berkualiti tinggi ke rantau ini bagi tujuan pengeluaran sarung tangan pembedahan yang dijual di seluruh dunia. Ini menekankan nilai Singapura sebagai nod rantaian bekalan yang berdaya tahan dan penting untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran rawatan kesihatan dan kebersihan di Asia," kata En. Tan Kong Hwee, Naib Presiden Eksekutif, EDB. "Aktiviti-aktiviti syarikat ini akan menyumbang kepada cita-cita kami untuk mengembangkan sektor kimia khusus hiliran bernilai tinggi di Singapura dan kami tidak sabar-sabar menantikan peluang pekerjaan yang bagus yang akan dicipta olehnya."

En. Alvin Tan, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif JTC, Industry Cluster Group berkata: "Keputusan Cariflex untuk menempatkan kilang pembuatan lateks poliisoprena yang terbesar di dunia di Pulau Jurong membuktikan daya tarikan infrastruktur pasang-dan-main serta ekosistem bersepadu pulau tersebut. Ini membolehkan syarikat-syarikat memfokuskan kepada pelaburan penting ke atas kemudahan teras sekali gus memanfaatkan utiliti dan perkhidmatan pihak ketiga yang dikongsi bersama."

Source: Cariflex Pte. Ltd.
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Chemical Household Products Household/Consumer/Cosmetics Machinery Mining/Metals Retail